Piena coway

Piena coway coway

Sumpah Ibuku Episod 16Episod kali ni Husna jadi mangsa. Husna terlalu percayakan Cik Yam, makan je jamu yang Cik Yam bag...
11/12/2025

Sumpah Ibuku Episod 16

Episod kali ni Husna jadi mangsa. Husna terlalu percayakan Cik Yam, makan je jamu yang Cik Yam bagi, kononnya jamu tu untuk cepatkan kehamilan. Ye la, Cik Yam asyik bising yang Husna tak mengandung lagi. Padahal jamu tu yang rosakkan rahim Husna , sampai tumpah darah. Sebab tu sebelum ni Husna kerap sakit perut.

Iman tetap cuba bantu Zaim walaupun Zaim bukan suaminya lagi. Dia tak nak Zaim jadi mangsa sihir Sya. Zaim p**a percaya yang Iman failkan penceraian sebab Iman ada hubungan dengan Nik, sedangkan Zaim yang tak adil dalam poligami.

Hadith kecewa bila tau Cik Yam aniaya Husna. Dia tak sangka sebenci itu Cik Yam pada Husna. Sampai hati Cik Yak bagi jamu yang rosakkan rahim Husna, Husna hampir maut 🥲
Hadith buat keputusan keluar dari rumah tu demi lindungi Husna. Tapi Cik Yam keluarkan sumpah dia, yang Husna takkan hidup tenang buat selamanya.

Ada yang cakap Hadith ni badan besar tapi lembut sangat depan Cik Yam. Korang faham tak watak Hadith yang tersepit nak jadi suami dan anak yang baik. Dia tetap hormat dan sayangkan mak dia. Takkan nak tengok Hadith lempang Cik Yam? Watak Hadith ni sangat berat, bermain dengan emosi , Remy Ishak berjaya bawa watak dengan baik. Terasa emosinya yang sedih, marah dan serabut.

Drama ni bawa tema berat. Mentua tak s**a menantu, madu bermain sihir, poligami tanpa pengetahuan isteri pertama, perebutan harta faraid , tanggungjawab anak lelaki dan suami.

Macam mana anak nak bencikan mak, selama ni mak dia sayang dan tatang bagai minyak yang penuh. Selepas dia berkahwin, mak dia aniaya isteri dia. Hadith pun tak sanggup nak jadi anak derhaka tapi dalam masa yang sama dia kena lindungi isterinya.

Watak Husna bukan wanita lemah dan dungu. Dia bertahan hidup di rumah mentua sebab dia tau yang suaminya akan lindungi dia. Dia percayakan mentuanya mulut bising tapi nakkan cucu dari dia dengan cepat. Watak Husna ni pun berat. Izara Aishah berjaya bawa watak dengan baik, mimik muka, bahasa tubuhnya 👍

Pada yang kata drama ni tak logik. Zaman sekarang masih ada je orang main bomoh untuk dapatkan apa yang dorang inginkan. Kalau tak, tak adalah kes pasangan berpisah sebab sihir pemisah.

Ketahuilah perkara syirik, menduakan Allah adalah berdosa besar. Ambil pengajaran dari drama ni.

- Min Potato -

02/12/2025

Perhatian untuk orang Malaysia 😅

Yg kantoi di Hatyai bini tnyaa jgn mengaku 😆

3 drama malaysia naik darah… 🤣 paling naik darah  ..dengan watak cikta macam tu… boleh laki dengar cakap kak p**ak… adoi...
30/11/2025

3 drama malaysia naik darah… 🤣

paling naik darah ..
dengan watak cikta macam tu… boleh laki dengar cakap kak p**ak… adoi… 5 minit pertama pun sudah lah… 🤣

tak sangka zara zya boleh bawak watak jahat… selalu sopan santun ja… boleh p**ak mak mertua gutu.. alahai, stress manjang…

maryam terlalu baik.. bagi harta pun tak mau… laki p**ak ermmm 😌 50 episod p**ak tu…

Cerita yg membuat org geram 😅

RESEPI AYAM GORENG ALA MCD DAN KFCKFC naikkan harga makanan! tak pe! kita buat je kt rumah! lebih puas! murah dan sedap!...
28/11/2025

RESEPI AYAM GORENG ALA MCD DAN KFC
KFC naikkan harga makanan! tak pe! kita buat je kt rumah! lebih puas! murah dan sedap!

Setelah Setahun Lebih Kerja Kfc..

Inilah Hasilnyaa.. Hehe 😁 Tak sia-sia kerja makan ayam hari-hari sampai jemu.

Tak Pakai Tepung Bestari, guna Tepung Jangung + Gandum
🍖🍗 Alhamdulillah..

Bahan-bahan perap.

1/2 ekor ayam di rebus dahulu dan sejukkan
4 ulas bawang putih dan tumbuk
1/2 paket kecil serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu teh garam
secubit soda bikarbonat
Sedikit air
Bahan-bahan utk salut ayam A
1/2 sudu serbuk cili
1 biji telur (pukul dulu)

Bahan untuk salut ayam B

2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
1/2 sudu kecil baking powder
secubit sada bikarbonat

Cara-cara penyediaan:

Perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan perapan
Gaul bahan2 salut ayam, Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur itu rata2.
Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan - bahan salut ayam (B), salut sehingga sekata, tekan ayam pd tepung berulang kali, kemudian salut lagi dengan bahan salut A dan gaul lagi pada bahan salut B
Goreng ayam yang telah disalut itu. Goreng dalam api yang sederhana, minyak yang penuh menutupi ayam dlm tempoh 10-15minit.

Siap! Boleh Dihidangkan..

Selamat mencuba..
Kredit: Suhaida Zainudi

Jgn sesekali tipu isteri ✅
27/11/2025

Jgn sesekali tipu isteri ✅

9 RAHSIA KEMANISAN RUMAH TANGGASetiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mengimpikan kebahagiaan dan kemanisa...
27/11/2025

9 RAHSIA KEMANISAN RUMAH TANGGA
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mengimpikan kebahagiaan dan kemanisan yang berkekalan. Namun, hidup bersama bukanlah sesuatu yang mudah. Ia menuntut kesabaran, kefahaman dan toleransi yang tinggi.
Kadang-kadang kita diuji dengan perbezaan pendapat, latar belakang, atau masalah kewangan. Sebab itulah penting untuk *mengenali pasangan dengan lebih mendalam*, bukan membuat andaian semata-mata.
Berikan ruang dan masa untuk pasangan menyesuaikan diri dengan kehidupan berumahtangga. Untuk membantu mengekalkan keharmonian, berikut adalah 9 rahsia yang boleh diamalkan bersama:
1. Belai Dengan Kasih Sayang
Sekeras mana pun hati seseorang, boleh lembut dengan sentuhan penuh kasih. Jadikan pelukan dan ciuman satu amalan harian.
2. Jaga Adab & Aib Pasangan
Masalah rumahtangga bukan untuk tontonan umum. Elakkan membuka aib pasangan di media sosial atau kepada orang lain. Selesaikan secara tenang dan berhemah.
3. Kawal Emosi & Kemarahan
Jangan bawa tekanan dari luar ke dalam rumah. Bila melangkah masuk ke rumah, tinggalkan segala beban di luar. Sambut pasangan dengan senyuman, bukan dengan marah.
4. Berikan Hadiah & Kejutan Kecil
Tak perlu tunggu hari istimewa. Sesekali beri kejutan atau hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Ia mampu menghidupkan kembali rasa cinta yang mungkin mulai pudar.
5. Kerjasama Dalam Segala Hal
Rumah tangga adalah tanggungjawab bersama. Bahagikan tugas, bantu pasangan bila perlu. Jangan biar pasangan memikul semuanya seorang diri.
6. Jaga Nada & Pertuturan
Bercakaplah dengan lembut dan penuh hormat. Suara tinggi tidak semestinya lebih difahami. Nada yang baik lebih mudah menyentuh hati.
7. Bersikap Jujur & Terbuka
Kepercayaan lahir daripada kejujuran. Elakkan menipu, walau sekecil mana pun. Kebenaran mungkin pahit, tapi pembohongan boleh merosakkan seluruh hubungan.
8. Terima Kekurangan Pasangan
Tiada siapa yang sempurna. Terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan dengan hati yang terbuka. Sama-sama usaha memperbaiki diri, bukan menyalahkan.
9. Hormati Keluarga Mentua
Apabila berkahwin, kita bukan sahaja menerima pasangan, tapi seluruh keluarganya. Layan keluarga mentua dengan baik kerana itu juga salah satu cara menjaga hati pasangan.
Ingatlah, jika berlaku perselisihan faham, jangan biarkan berlarutan. Elakkan bergaduh di hadapan anak-anak, dan cubalah berdamai sebelum hari berakhir.
Merajuk? Cukuplah 10 minit sahaja. Selebihnya, isilah dengan pelukan, senyuman dan doa bersama.

Address

Alor Setar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Piena coway posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Piena coway:

Share