nba supply and construction,diva gym

nba supply and construction,diva gym civil contractor

03/09/2024
09/08/2024

*INTISARI KHUTBAH JUMAAT*
*JOHOR DARUL TA'ZIM*.

Tarikh: *9 Ogos 2024*,
*4 Safar 1446*.

Tajuk: *Pendidikan Anak*
*Bermula Dari Rumah*.

_Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Luqman Ayat 13 yang bermaksud:_
_"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."_

1. _Bertaqwa kepada Allah SWT._

2. _Keluarga merupakan permulaan kehidupan bagi setiap manusia. Allah SWT menekankan pembentukan jiwa setiap insan bermula daripada rumahnya. Tidak ada contoh teladan yang paling layak untuk di ikuti oleh seorang anak melainkan daripada apa yang mereka lihat setiap hari di rumah._

3. _Allah SWT menjadikan kisah Luqman dalam Al-Quran sebagai contoh pendidikan yang baik. Menurut Islam, memberi pendidikan yang terbaik kepada anak2 adalah merupakan tanggungjawab kedua ibubapa. Pendidikan yang dimaksudkan adalah meliputi mengasuh, membesarkan, melatih rohani dan jasmani._

4. _Setiap pasangan perlu menyediakan kehidupan yang soleh dan sentiasa berpegang dengan syari'at Islam. Seorang suami perlu menyiapkan diri untuk menjadi bapa yang bertanggungjawab dan mampu untuk menyediakan kehidupan yang baik. Begitu juga seorang isteri perlu mempersiapkan diri untuk menjadi seorang ibu yang bijak dan penuh kasih sayang._

5. _Inilah persiapan untuk membina sebuah keluarga yang cemerlang. Jika baik persiapan ini, maka baiklah anak yang akan terhasil. Namun, sekiranya kita mengambil ringan, maka ia akan menjadi cermin yang membentuk zuriat dan keturunan kita. Rasullulah SAW pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:_
_"Setiap anak yang lahir dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibubapanya yang akan mencorakkan kehidupan mereka, samada menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi."_

6. _Allah SWT mengurniakan nikmat kepada manusia dalam bentuk harta dan zuriat keturunan sebagai suatu ujian dalam kehidupan. Ujian adalah untuk mengukur, siapakah di antara mereka yang berjaya menempuhnya dan siapa p**a yang gagal._

7. _Apa yang menjadi kebimbangan pada hari ini ialah sikap segelintir daripada ibubapa yang menyerahkan sepenuhnya hal pendidikan anak2 kepada guru dan pihak sekolah. Ada di kalangan mereka mudah menyalahkan pihak guru kerana gagal mendidik dan membentuk anak2 mereka_.

8. _Dalam usaha menetapkan kefahaman Islam dikalangan anak2, ibubapa hendaklah mengutamakan pendidikan agama dan menanam benih iman ke dalam hati dan jiwa mereka. Antara panduan penting dalam mendidik mereka:_
• _Pertama - Ibubapa wajib menunjukkan contoh teladan yang terbaik di hadapan anak2. Hindari daripada pergaduhan dan bercakap yang tidak elok di hadapan anak2._
• _Ke-dua - Ibubapa sebagai guru di rumah. Jadikan rumah sebagai sekolah pertama anak. Ibubapa perlu membimbing, memberi tunjuk ajar dan mengenalkan anak2 dengan ilmu tauhid, fardhu ain dan asas pegangan hidup sebagai seorang Islam._
• _Ke-tiga: Mewujudkan persekitaran yang baik dalam rumahtangga. Setiap rumah orang Islam seharusnya diterangi dengan bacaan ayat2 Al-Quran dan amal ibadah yang dilaksanakan secara berjemaah._

9. _Kesimp**an: Janganlah jadikan anak2 mangsa kejahilan kita sendiri. Beruntunglah mereka yang berusaha mendidik anak2 di dalam menghadapi ujian pada akhir zaman. Sesungguhnya, mereka telah menunaikan tanggungjawab serta amanah yang diberikan oleh Allah SWT._

_Firman Allah SWT dalam Surah At-Taghabun Ayat 15 yang bermaksud:_
_"Sesungguhnya harta benda dan anak pinak mu hanya ujian (bagimu) dan di sisi Allah jualah pahala yang besar."_

_Waallahua’lam bissawab._

أَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ.

Jom kurang kan gula dlm pemakanan Dan minuman seharian. Cegah diabetics. Latih deria rasa lidah utk kurang manis. Semoga...
18/07/2024

Jom kurang kan gula dlm pemakanan Dan minuman seharian. Cegah diabetics. Latih deria rasa lidah utk kurang manis. Semoga sihat sejahtera rakyat Malaysia

40 hari siap..60 k
25/09/2019

40 hari siap..60 k

Address

Batu Pahat
83000

Telephone

+60177220723

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when nba supply and construction,diva gym posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to nba supply and construction,diva gym:

Share