Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu

Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu “Sustainable Forest Manager” of a long term forest concession in Terengganu

feel free to contact us for any question or complaint
(1)

14/05/2026

DAULAT TUANKU

Sedikit sedutan sempena Lawatan KDYMM Pemangku Raja Terengganu ke Petak HCVF Chengal Besar di Hutan Simpan Pasir Raja Selatan, Dungun Terengganu pada 11 Mei 2026.

Menjunjung kasih KDYMM atas keberangkatan mencemar duli bg lawatan ini sebagai tanda sokongan yang paling tinggi terhadap pemuliharaan hutan di Negeri Terengganu.

LAWATAN KDYMM PEMANGKU RAJA TERENGGANU KE PETAK HCVA POKOK CHENGAL BESAR, HUTAN SIMPAN PASIR RAJA SELATAN, DUNGUN, TEREN...
12/05/2026

LAWATAN KDYMM PEMANGKU RAJA TERENGGANU KE PETAK HCVA POKOK CHENGAL BESAR, HUTAN SIMPAN PASIR RAJA SELATAN, DUNGUN, TERENGGANU

11 Mei 2026 - Satu penghormatan buat KPKKT apabila diberi peluang untuk terlibat sebagai rakan strategik dalam program lawatan KDYMM Pemangku Raja Terengganu bersama YAB Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu ke kawasan Pokok Chengal Besar, Hutan Simpan Pasir Raja Selatan, Dungun.

Lawatan ini memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk melihat sendiri khazanah hutan bernilai tinggi yang menjadi antara aset semula jadi paling bernilai di Negeri Terengganu. Kawasan ini bukan sahaja mempunyai nilai ekologi dan sejarah yang tinggi, malah turut memainkan peranan penting dalam usaha pemeliharaan biodiversiti dan pengurusan hutan secara lestari.

Sebagai kawasan yang mempunyai nilai konservasi tinggi atau High Conservation Value Area (HCVA), pemeliharaan kawasan ini selari dengan prinsip Forest Stewardship Council (FSC) khususnya Prinsip 9 yang memberi penekanan terhadap perlindungan High Conservation Values (HCV) melibatkan biodiversiti, habitat penting, fungsi ekosistem dan nilai warisan alam.

Sepanjang program berlangsung, KPKKT turut membantu dari aspek penyelarasan lapangan, persediaan logistik, kerja-kerja akses laluan hutan serta keperluan operasi di tapak bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar dan teratur.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen berterusan KPKKT dalam menyokong usaha konservasi, pengurusan hutan mampan serta kerjasama strategik bersama pihak kerajaan dan agensi berkaitan demi memastikan khazanah alam negeri terus dipelihara untuk generasi akan datang.

Selamat Hari Jururawat
11/05/2026

Selamat Hari Jururawat

Terima Kasih Ibu atas segala pengorbanan. Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu
10/05/2026

Terima Kasih Ibu atas segala pengorbanan. Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu

KOMITMEN KESELAMATAN KPKKT: TANGGUNGJAWAB BERSAMADi KPKKT, keselamatan adalah nadi setiap operasi. Dengan slogan "Utamak...
08/05/2026

KOMITMEN KESELAMATAN KPKKT: TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Di KPKKT, keselamatan adalah nadi setiap operasi. Dengan slogan "Utamakan Keselamatan, Lindungi Diri & Rakan", kami menegaskan bahawa tiada tugas yang lebih penting daripada nyawa pekerja. Budaya kerja selamat ini bukan sahaja melindungi tenaga kerja, malah menjamin kelestarian operasi syarikat.

Aspek utama perlindungan bermula dengan pemakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPD) yang lengkap. Setiap individu wajib mengenakan topi keselamatan, pelindung mata, telinga, serta pernafasan bagi mendepani risiko persekitaran hutan yang mencabar. Penggunaan jaket pantulan cahaya, sarung tangan, dan kasut _anti-slip_ memastikan setiap pekerja bersiap sedia sepenuhnya sebelum memasuki zon kerja.

Selain itu, pematuhan SOP di lapangan adalah mandatori. Antara peraturan kritikal termasuklah menjaga jarak selamat 2.5 kali ketinggian pokok dari kawasan tebangan dan sentiasa peka terhadap amaran persekitaran seperti permukaan licin atau bunyi bising. Kawasan kerja juga mestilah sentiasa kemas, dilengkapi papan tanda yang jelas, serta mempunyai sistem pencegah kebakaran yang berfungsi.

Kesimpulannya, keselamatan di KPKKT adalah hasil kerjasama semua pihak. Melalui disiplin memakai PPD dan kepatuhan pada peraturan, kita mampu mewujudkan persekitaran kerja yang sifar kemalangan. Ingat, matlamat akhir kita adalah untuk pulang selamat ke pangkuan keluarga setiap hari.

Sesi Libat Urus Mengenal Pasti Potensi Hutan Tanah Kerajaan Dalam Kawasan Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) (...
05/05/2026

Sesi Libat Urus Mengenal Pasti Potensi Hutan Tanah Kerajaan Dalam Kawasan Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) (T-SL1) untuk Diwartakan Sebagai Hutan Simpanan Kekal di Negeri Terengganu

30 April 2026 (Khamis) – Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn. Bhd. (KPKKT) telah menghadiri sesi libat urus yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu di Hotel UiTM Dungun yang berlangsung selama 3 hari iaitu pada 28 hingga 30 April 2026.

Sesi ini diadakan bagi mengenal pasti potensi kawasan hutan tanah kerajaan dalam Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) (T-SL1) untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di Negeri Terengganu.

Sepanjang sesi berlangsung, perbincangan tertumpu kepada perkongsian maklumat berkaitan status guna tanah termasuk kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), cadangan HSK, tanah kerajaan, tanah berimilik serta tanah rizab yang masih berhutan, bagi menyokong perancangan pewartaan dan pengurusan landskap hutan secara lebih tersusun.

Majlis perasmian penutup sesi libat urus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Roslan bin Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Penglibatan KPKKT dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha pemeliharaan dan pengurusan hutan secara lestari, selaras dengan agenda pemuliharaan biodiversiti serta pengukuhan rangkaian ekologi di peringkat negeri dan nasional.

KPKKT merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan peluang untuk turut serta dalam sesi libat urus ini. Diharapkan hasil perbincangan dapat memperkukuh kerjasama antara agensi serta menyokong usaha pewartaan kawasan hutan secara strategik demi kelestarian sumber hutan pada masa hadapan.

Selamat Menyambut Hari Pekerja
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja

KPKKT merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengg...
25/04/2026

KPKKT merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Semoga Allah SWT memanjangkan usia Tuanku serta mengurniakan kesejahteraan berpanjangan.

Daulat Tuanku.

Kunjungan Hormat KPKKT ke Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan (PHDTS)23 April 2026 (Khamis) – Kunjungan hormat oleh ...
23/04/2026

Kunjungan Hormat KPKKT ke Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan (PHDTS)

23 April 2026 (Khamis) – Kunjungan hormat oleh KPKKT ke Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan (PHDTS) telah diadakan di Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan dan diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar KPKKT, En. Ahmad Bazli bin Razali.

Kunjungan ini telah disambut oleh Pegawai Hutan Daerah Terengganu Selatan yang baharu, En. Ahmad Fikri bin Mistar, yang baru memulakan tugas di pejabat tersebut.

Sesi pertemuan ini bertujuan membuka ruang perbincangan awal berkaitan aspek operasi, penyelarasan aktiviti pengurusan hutan, serta isu-isu semasa yang melibatkan kawasan konsesi di bawah seliaan KPKKT. Ia turut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara KPKKT dan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

KPKKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan atas kesudian menerima kunjungan ini serta komitmen yang diberikan sepanjang sesi berlangsung.

Diharapkan hasil pertemuan ini dapat menjadi asas kepada penyelarasan yang lebih efektif antara kedua-dua pihak, seterusnya menyokong kelancaran pelaksanaan aktiviti di lapangan serta memperkukuh komitmen bersama dalam pengurusan sumber hutan secara lestari.

Audit Dalaman MC&I (SFM) FMU Terengganu oleh JPNT22 April 2026 - Audit Dalaman MC&I (SFM) FMU Terengganu oleh JPNT telah...
22/04/2026

Audit Dalaman MC&I (SFM) FMU Terengganu oleh JPNT

22 April 2026 - Audit Dalaman MC&I (SFM) FMU Terengganu oleh JPNT telah dijalankan di KPT 118 Jengai (Usahasil) dan KPT 87 Jengai (CR) bagi memastikan semua operasi dan pengurusan hutan berjalan ikut piawaian yang ditetapkan.

Sepanjang audit, semakan dibuat dari segi dokumentasi, operasi serta keadaan di lapangan untuk menilai tahap pematuhan dan pelaksanaan sebenar.

Diharapkan hasil audit ini dapat membantu penambahbaikan berterusan dalam pengurusan hutan dengan lebih tersusun dan berkesan.

Kursus Pengurusan dan Pembangunan Infrastruktur Pengusahasilan Hutan21 April 2026 - Kursus Pengurusan dan Pembangunan In...
21/04/2026

Kursus Pengurusan dan Pembangunan Infrastruktur Pengusahasilan Hutan

21 April 2026 - Kursus Pengurusan dan Pembangunan Infrastruktur Pengusahasilan Hutan Bil. 1/2026 telah berlangsung pada 20 hingga 23 April 2026 bertempat di Pusat Latihan Perhutanan Terengganu (PLPT), merangkumi pengisian berkaitan perancangan, pembinaan serta penyelenggaraan jalan hutan, dengan perkongsian ilmu daripada tenaga pengajar berpengalaman.

Pada 21 April 2026, kawasan lesen konsesi KPKKT telah dipilih sebagai lokasi lawatan tapak dan latihan berkumpulan. Pemilihan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pihak pelesen dan kontraktor KPKKT untuk turut serta dalam sesi perkongsian serta pendedahan praktikal bersama para peserta kursus.

Pihak KPKKT berbesar hati kerana kawasan konsesi telah dijadikan sebagai lokasi contoh, dan sentiasa terbuka untuk sebarang lawatan atau penganjuran kursus pada masa akan datang.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti kerja serta pengurusan infrastruktur hutan yang lebih mampan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Address

Jalan Kalsium Bandar Bukit Besi
Dungun
23200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098337245

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share