Muhammad Hazwan Azizan

Call Contact the business

Muhammad Hazwan Azizan Memerlukan tujuan dan niat yang betul untuk berjaya

19/02/2026

CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH.

Ibu mengandung yang mana tak larat nak buat solat tarawih di masjid, boleh buat sendiri di rumah.

Begitu juga ibu-ibu yang ada anak kecil, jangan sedih kalau tak dapat berjemaah di masjid, yang penting kita buat.

Solat Tarawih dikerjakan selepas mengerjakan solat Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Jangan tergesa-gesa mengerjakannya. Cari waktu yang sesuai. Tidurkan anak dahulu, lepastu boleh solat tanpa ada sebarang gangguan.

NIAT SOLAT SUNAT TERAWIH

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua
rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.
Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir.

Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir p**a, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah,
surah surah berikutnya adalah pilihan kita
dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat.

Tidak ada larangan untuk
bersalawat atau berdoa, selagi cara dan adab melakukannya baik.

Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat
yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad.

Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut
kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat
kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat
kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]
● Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Sangat lah mudah.. tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid.

Selepas anak-anak dah tidur dan selepas
berehat, bolehlah kita mulakan.

Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas
langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat, InshaAllah ❤️

Selamat menjemput pahala yang banyak di bulan Ramadhan kali ni!

TETAP BERSYUKUR 🤲🏻1. Rezeki datang dengan kita berusaha.2. Rezeki akan ditambah dengan kita selalu mensyukurinya. Jadi, ...
27/08/2024

TETAP BERSYUKUR 🤲🏻

1. Rezeki datang dengan kita berusaha.

2. Rezeki akan ditambah dengan kita selalu mensyukurinya. Jadi, bersyukurlah.

3. Rezeki akan sentiasa melimpah ruah apabila kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bertaqwa dengan mematuhi segala perintahNya.

4. Rezeki akan hadir disebabkan sentiasa beristighfar.

5. Rezeki boleh datang melalui perkahwinan oleh itu jangan takut untuk berkahwin.

6. Rezeki buat isteri dan anak akan disalurkan melalui suami.

7. Rezeki akan mencurah-curah jika kita sentiasa melazimi sedekah kepada fakir miskin.

8. Sentiasa menjaga Solat Dhuha.

9. Sentiasa membasahi lidah dengan berselawat ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah.

10. Mengamalkan bacaan Surah Al-Waaqi'ah di malam hari.

Credit: Umar Syafiq

18/08/2024

Tanda-tanda phone sudah masuk dalam hati adalah:

1) Lepas solat terus cari phone.

2) Baca Quran pun dah tak ada keghairahan.

3) Bangun tidur terus capai phone.

4) Waktu Tahajjud dilengahkan kerana melayan phone lagi.

5) Nabi rehat dengan solat, kita rehat cari phone.

6) Tidur malam kita mula terganggu kerana phone juga.

7) Solat dilengahkan kerana sikap nanti nanti sedang leka melayan phone.

😎 Segala perbuatan kita disertai ingatan kita terhadap phone.

9) Anak sembang pun kita tak dengar, terlalu fokus pada phone.

10) Ada tetamu pun kita sudah tidak beradab, sibuk layan phone.

11) Mak Ayah datang ziarah pun masih lagi layan phone.

12) Ni lagi sedih, suami/isteri sembang sorang² sampai tertido, kita dok acah² respond tapi tangan dok sibuk menaip kat phone

13) Anak minta susu sampai tertido sampai kita tak perasan dia tertido, dan tangan masih tak lekang dari phone

14) Dengar azan pun tak terkesan, selamba lagi pegang phone. Tak takut langsung panggilan Allah.

Astaghfirullah.

Jika tanda² di atas ada dalam diri kita, segera lah bermuhasabah, perbanyakkan Istighfar dan segera buat jadual penggunaan phone anda.

LAWAN! KUAT! INGAT! masa sangat berharga.

Semoga Allah pelihara kita dari Fitnah Akhir Zaman.

02/08/2024

Agama Islam sama dengan agama lain ❌
Ada persamaan Islam dengan agama lain ✅
Banyak perbezaan Islam dengan agama lain ✅

29/07/2024

PROGRAM INI 100% PERCUMA % KHAS UNTUK IBU BAPA SAHAJA

🔴 Anak Tahun 6?
🔴 Temuduga Ulul Albab dah dekat!
🔴 Tak tahu apa persediaan kena buat?

Bersama Tuan Tarmizi dalam program *SKOR A ULUL ALBAB;

Tarikh : 30 Julai 2024, Selasa
Masa : 8:00 Malam

Untuk join program, join group di bawah 👇
> https://chat.whatsapp.com/Cbj0E7GWUFUEulGzN2z9Nc

Komen "DONE" selepas dah join 😊

Deep
12/07/2024

Deep

Sebagai persediaan sempena ketibaan Awal Muharam 1446H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dengan membaca Doa Akhi...
05/07/2024

Sebagai persediaan sempena ketibaan Awal Muharam 1446H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dengan membaca Doa Akhir Tahun sebelum masuk waktu Maghrib atau selepas solat Asar pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024 (Sabtu) dan mengawali permulaan tahun baru 1446H dengan membaca Doa Awal Tahun selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024 (Sabtu) .

Semoga kehidupan kita sepanjang tahun ini dan tahun mendatang akan dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah.

[ Jawatan Kosong ]PELUANG KERJAYALOKASI :📍SMART IQ QURANIC SDN BHD, KUALA SUNGAI, ALOR SETARJawatan Yang Boleh Dipohon :...
22/06/2024

[ Jawatan Kosong ]

PELUANG KERJAYA

LOKASI :
📍SMART IQ QURANIC SDN BHD, KUALA SUNGAI, ALOR SETAR

Jawatan Yang Boleh Dipohon :

👉🏻GURU HAFAZAN AL QURAN

Kriteria :

✅Memiliki diploma dalam bidang hafazan
✅Mempunyai pengalaman mengajar al quran
✅Serius untuk bekerja dan boleh beri komitmen

Sila hantar resume anda di :
[email protected]

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :

Business Account

Doa ini adalah untuk permudahkan masalah :1) Bebanan hutang2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas3) Rasa sedih dan ta...
14/06/2024

Doa ini adalah untuk permudahkan masalah :
1) Bebanan hutang
2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas
3) Rasa sedih dan takut
4) Takde keyakinan diri
5) Selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.
Doa ni mustajab tau, cuma ramai yang tak tahu cara amal.
Cara amal doa ni adalah dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Selepas solat subuh dan solat asar.

Address

Hutan Kampung
Kampung
05358

Telephone

+60174980852

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhammad Hazwan Azizan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muhammad Hazwan Azizan:

Shortcuts

Share