07/06/2021
"Saya akan kenakan penalti kepada syarikat awak sebab lewat siapkan rumah ini sebanyak rm20,000.00, berdasarkan akta bla bla bla blaaaa" Katanya suami client.
Saya jawab:
"Encik, disini saya sertakan salinan dokumen, gambar serta rekod dimana Encik dan isteri membuat beberapa penambahan kerja yang tiada dalam perjanjian awal dahulu. Tambahan p**a Encik dan isteri mengambil masa yang terlalu lama semasa membuat pemilihan item-item bagi kerja finishing seperti tiles di setiap ruang, warna cat setiap ruang, kemasan dinding, tandas dan lain- lain lagi. Sebagai contoh, tengok salinan whatsapp saya dengan Encik dan isteri dimana supervisor tapak saya minta tuan buat pilihan tiles bagi ruang tamu, ruang keluarga, ruang dapur, porch pada 15hb januari 2020. Dan pada 23hb mac baru finalize semua. Lebih 2 bulan tuan baru setel bab pilih tiles dan bla bla bla bla........."
OK,
Itu antara drama kehidupan yang pernah saya hadap semasa menjadi kontraktor picisan.
Kepada kontrakror picisan seperti saya. Kalau bina rumah secara cash. Selain daripada perjanjian pembinaan yang cukup kuat dan diendorse oleh Peguam yang dilantik. Mohon simpan bukti bergambar dan bertarikh, bukti perbualan bertulis dalam bentuk whatsapp dan lain- lain, untuk mengelakkan dihentam oleh client kaki spin seperti ini. Duit p**a, client kena parking kepada peguam yang dilantik, jika tidak, client akan bagi macam- macam alasan untuk release duit bila progress kerja anda sudah siap.
Sebab saya pernah jumpa beberapa orang client kaki spin macam ni lah, saya perkemaskan lagi susunan dokumentasi. Kalau tak, pening anda nak fight kalau jumpa client kaki spin.
Manusia ni tuan- tuan, kalau nak tahu dia baik ke tak. Cuba deal tentang perkara yang melibatkan kos ratusan ribu ke jutaan ringgit. Baru boleh kenal perangai, yang pergi masjid 5 kali sehari pun boleh jadi munafik sekelip mata tuan. Kawan yang kita kenal selama 30 tahun pun belum tentu baik tuan selagi belum deal dengan duit yang banyak ni.
Anda biasa dengar cerita kontraktor menipu, adakah anda tahu, client yang menipu juga ramai. Ramai kontraktor yang jujur menutup operasi syarikat mereka disebabkan oleh pelanggan yang jahat seperti ini.
Orang kaki spin seperti ini biasanya rambut mereka belah tengah atau belah tepi dan soft spoken orangnya. Tak pernah jumpa lagi client yang kepala botak berperangai macam ni.