19/06/2023
Antara punca-punca berlakunya trip/blackout di bangunan atau dirumah anda:-
1-Petir atau guruh yang kuat.
*petir/guruh yang kuat boleh menyebabkan trip (selalunya terjadi pada rumah/bangunan yang mengalami masalah pembumian,ELCB hampir rosak atau masalah pendawaian itu sendiri.
2-Barangan elektrik yang sudah rosak
*oven, cerek elektrik, mesin basuh, dan lain2 kadangkala menjadi punca elektrik trip. Kalau barangan elektrik tersebut terus diguna pakai, maka elektrik akan terus trip dan boleh menyebabkan kebakaran.
3-Pepasangan elektrik yang rosak atau gagal berfungsi
*Lampu, kipas dan soket yang rosak juga boleh menyebabkan trip.
4- Wiring dah lama
*selalunya kes seperti ini terjadi pada rumah/bangunan lama. Wiring mungkin sudah terlalu lama dan mereput di dalam dinding lalu ia trip.
5- Sistem wiring yang salah
*Kes ini jarang berlaku, tetapi tidak mustahil berlaku terutama sekali di kawasan perumahan tidak terancang. Juga berpunca dr tuan rumah yang mahukan quotation termurah, maka hasil kerja juga termurah. Pastikan anda berurusan dengan kontraktor tempatan yang bertauliah.
6-Gangguan serangga @ binatang pada wiring dan pepasangan elektrik
*Semut, tikus, anai-anai; boleh jadi punca trip. Bahaya jika tikus gigit kabel kemudian kabel terdedah pada air, boleh menyebabkan kebakaran.
7-Kabel atau alat pepasangan yang tidak berkualiti
*Kabel atau alat pepasangan elektrik yang tidak berkualiti selalunya murah; namun harus diingat bahawa ianya merbahaya kerana ia akan beri kesan jangka panjang.
8-Lebihan beban pada litar (overload)
*Kes ini terjadi apabila load elektrik rumah/bangunan tidak dikira sebelum pemasangan sistem elektrik, atau penambahan suis baru yang menjadikan lebihan load. Kabel extension juga merupakan penyumbang utama masalah ini.
9-Kotak Suis utama(DB) sudah lama /rosak
*untuk kes ini selalunya DB sudah terlalu lama digunakan. contoh,usia DB sudah melangkau usia 10 tahun keatas. Kadang2 kerap berlakunya trip di DB merupakan salah satu punca kerosakan.
10-Etc
*Ada juga sebab yang complicated dan memerlukan khidmat wireman untuk troubleshoot wiring.
rujukan : google
Jika anda tidak mahir dalam kerja elektrik, usah risikokan diri untuk membetulkan masalah elektrik dirumah.
Jangan ambil mudah masalah elektrik trip terutama sekali bagi trip yang terjadi berulang kali; kerana ia boleh menyebabkan litar pintas atau sebagainya.
Hubungi kami jika anda memerlukan bantuan atau khidmat nasihat. Insyaallah kami sedia membantu anda.
Sebarang pertanyaan boleh call
📞 016-3113794
LOKASI:✅ Johor Bahru
✅ Pasir Gudang
✅ Iskandar Puteri
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.