14/09/2024
Perkongsian Pengetahuan Tentang Teknikal dan Produk Precast di Pejabat Urusan Rivo Bersama Wakil Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Johor Bahru
Hari: Khamis
Tarikh: 5 September 2024
Masa: 2.00 Petang - 4.00 Petang
Bilangan Wakil: 22 Staf
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru atas kesudian melawat kilang dan pejabat urusan Kumpulan Rivo. Melalui kesempatan ini, kami berpeluang berkongsi ilmu teknikal serta memperkenalkan produk-produk kami dengan lebih mendalam kepada pihak tuan. Kunjungan ini amat bermakna buat kami, dan kami berbesar hati dapat berkongsi pengalaman dalam menguruskan produk precast di tapak binaan. Pengalaman ini juga memberi dorongan kepada kami untuk terus meningkatkan mutu produk demi memenuhi kehendak semasa industri.
Sekali lagi, terima kasih atas kunjungan yang memberi inspirasi kepada kami.
Merah menyala si buah ceri,
Sungguh cantik berseri-seri;
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi datang ke mari.