Operasi Selamatkan Baram adalah satu operasi yang dianggotai oleh orang asal di Baram yang menentang rancangan kerajaan untuk pembinaan EMPANGAN BARAM. Empangan Baram, walaupun masih dalam peringkat perancangan, ia mendapat tentangan daripada suku kaum Orang Ulu terutama kaum Kenyah, Kayan dan Penan. Empangan itu dijangka dibina di antara Long Kesseh dan Long Na'a yang terletak di pertengahan Sung
ai Baram, kira-kira 306 kilometer dari muara sungai iaitu Sungai Patah dan Sungai Kahah dari bahagian kiri dan Sungai Hit di sebelah kanan. Ia membabitkan keluasan kira-kira 389,000 hektar atau hampir menyamai saiz Singapura. Apabila siap nanti, projek Empangan Baram ini mampu menghasilkan kapasiti 1,000MW tenaga elektrik. Pembinaan empangan ini bakal menjejaskan kehidupan 20,000 penduduk asal di Baram. Antara kampung yang terjejas ialah Long Laput, Sungai Dua, Sri Kenawan, Uma Bawang, Long Miri, Long Pilah, Long Kesseh, Long Na'ah, Long Liam, Long San, Tanjung Tepalit, Long Selatong, Long Apu, Long Julan Asal, Long Julan Pelutan, Long Anap, Long Palai, Long Je'eh, Long Moh, Long Sela'an, Long Semiyang, Long Beku, Ba'Abang, Long Tap dan Long Tebangan.