14/04/2016
PELUANG MEMBELI PROJEK PERUMAHAN TAMAN DESA CAMELIA DAN IDAMAN LAVENDER 3 OLEH KOPERASI TUNAS SDN BHD MENGGUNAKAN SKIM MyDEPOSIT!
LATARBELAKANG
---------------------------------
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman.
Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah,
Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.
SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit
----------------------------------------------------------------------
KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :
# mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
# ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
Pendapatan kasar dari RM3,000 sehingga RM10,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) .
# mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan. dan
# yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.
KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN
---------------------------------------------------------------------
Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :
**Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
**Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.
Untuk Pendaftaran Dan Keterangan Lanjut Sila Layari http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/
# UNIT PANGSAPURI LAVENDER 3 DAN TAMAN DESA CAMILIA MASIH DIBUKA. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS KE PEJABAT ATAU MENELEFON PUSAT JUALAN KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA DI TALIAN 04-470 3340 / 019 445124 # #
Jabatan Perumahan Negara (JPN) selaku organisasi yang memainkan peranan penting dalam pengurusan perumahan negara, telah menyediakan pelbagai platform kepada rakyat untuk mengakses serta memohon skim/program perumahan yang ditawarkan.