05/09/2025
Ramai juga sahabat tanya di ruangan komen pada artikel yang lepas, berapa lama air peraman kulit pisang yang diperam bersama air basuhan beras boleh disimpan.
Yang nak tahu cara buat larutan tu, boleh tengok di wall saya. Saya dah setkan pin post.
Sebelum saya jawab soalan ini, saya akan jelaskan dulu apa tujuan saya peram kulit pisang bersama air basuhan beras.
Saya peram kulit pisang bersama air basuhan beras adalah untuk dapatkan 3 benda ini.
1. Sumber nutrient terutamanya unsur potassium.
2. Enzim
3. Mikrob.
Potassium akan kekal berada dalam larutan tersebut walaupun dalam tempoh yang lama.
Berbeza dengan enzim dan mikrob, depa berdua ini ada dalam larutan tu tak lama. Biasanya sekitar 5-14 hari je bergantung kepada kualiti, cara buat dan cara simpan.
Selepas tempoh tersebut, enzim akan hilang dan mikrob akan mati. Bukannya lepas 14 hari tu, 2-2 ni terus hilang dan mati. Ini panduan asas dari segi masa sahaja.
Waktu enzim dan mikrob paling aktif adalah bilamana miselium @ kulat diatas permukaan kulit itu berwarna putih dan larutan tersebut berbau masam manis.
Masa ni la waktu yang sesuai untuk kita guna samada siram pada zon akar atau spray pada daun.
Enzim akan hilang dan mikrob akan mati bila miselium yang berwarna putih telah bertukar kepada hitam dan larutan yang sebelum ini berbau wangi, telah berbau busuk. Dari segi masa mungkin sebelum atau selepas 14 hari.
Bila miselium telah jadi hitam dan larutan berbau busuk, confirm enzim dan mikrob telah mati. Namun unsur potassium masih kekal.
Masa ni dah terlewat sebab enzim dan mikrob dah tiada. Tinggal nutrient sahaja.
Kesimpulannya,
Air peraman kulit pisang bersama air basuhan beras sesuai digunakan semasa miselium masih putih dan larutan berbau wangi . Biasanya dalam tempoh 5-7 hari selepas diperam.
(Azuan Abdullah)