25/06/2024
Kepada pelanggan serta sahabat yang dihargai,
Setelah 20 tahun beroperasi melalui pelbagai dugaan dan cabaran dengan hati yang berat dan dukacita dengan ini kami mengumumkan Zurcon Renovation & Design akan ditutup sepenuhnya bermula 25 Jun 2024, dengan cabaran ekonomi yang tidak menentu ditambah p**a keadaan kesihatan yang semakin merosot keputusan ini terpaksa diambil.
Kami ingin berterima kasih atas sokongan para pelanggan dan sahabat yang setia selama ini dalam keadaan susah dan senang.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan dokongan kalian.