RS Quantity Surveying Consultant Sdn. Bhd.

  • Home
  • RS Quantity Surveying Consultant Sdn. Bhd.

RS Quantity Surveying Consultant Sdn. Bhd. QUANTITY SURVEYING & COST CONSULTANCY FIRM

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨Maaf Zahir & Batin.Semoga Aidilfitri ini membawa kegembiraan, keberkatan dan kejayaan kep...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Maaf Zahir & Batin.
Semoga Aidilfitri ini membawa kegembiraan, keberkatan dan kejayaan kepada anda dan keluarga.
Ikhlas daripada,
RS Quantity Surveying Consultant Sdn. Bhd.

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2026恭贺新禧 · 马到成功May the Year of the Horse bring you strength, prosperity and great success in all ...
17/02/2026

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2026
恭贺新禧 · 马到成功

May the Year of the Horse bring you strength, prosperity and great success in all your endeavors.
Thank you for your continued trust and support.

愿马年为您带来力量、繁荣,并在各方面取得辉煌成就。
感谢您一直以来的信任与支持。

Warmest wishes from
RS Quantity Surveying Consultant Sdn. Bhd.

May the New Year bring new opportunities, continued success, and lasting partnerships.Happy New Year 2026 to everyone!
31/12/2025

May the New Year bring new opportunities, continued success, and lasting partnerships.
Happy New Year 2026 to everyone!

Received good news, our project had won PAM Award 2025 (Category Sport & Recreation).. Congratulations.. Proud to be par...
22/06/2025

Received good news, our project had won PAM Award 2025 (Category Sport & Recreation).. Congratulations.. Proud to be part of the team in implementing this project..

Menghampiri Penghujung Ramadhan: Sebuah Rasa & HarapanRamadhan yang penuh barakah kini semakin menuju ke penghujungnya. ...
29/03/2025

Menghampiri Penghujung Ramadhan: Sebuah Rasa & Harapan

Ramadhan yang penuh barakah kini semakin menuju ke penghujungnya. Terasa begitu cepat masa berlalu, seolah-olah baru semalam kita menyambutnya dengan penuh keterujaan. Kini, hati mula terasa berat, timbul rasa sedih dan sedikit terkilan—adakah kita telah benar-benar memanfaatkan bulan ini sebaiknya? Adakah amalan kita diterima?

Namun, Ramadhan bukan sekadar satu bulan, tetapi madrasah untuk melatih hati dan jiwa. Semoga amalan yang telah kita biasakan sepanjang bulan ini dapat terus diamalkan dalam bulan-bulan mendatang. Solat yang lebih khusyuk, Al-Quran yang lebih dekat di hati, serta sedekah yang semakin ringan di tangan—biarlah semuanya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, bukan hanya dalam Ramadhan tetapi sepanjang hayat.

Dan dalam setiap doa, kita memohon agar dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Semoga Allah panjangkan usia kita, beri kita kesihatan dan kekuatan untuk terus menjadi hamba yang lebih baik. Jika ini Ramadhan terakhir, semoga ia menjadi yang terbaik buat kita.

Selamat menutup tirai Ramadhan dengan penuh keinsafan dan keazaman. Semoga Allah menerima segala amalan kita. 🌙💖



Dilemma seorang QS.. QS Mahal Lah, Tak Payah Lantik Pun Takpe...” Betul Ke? 🤔Sebagai Quantity Surveyor (QS), ayat ni mem...
21/03/2025

Dilemma seorang QS..

QS Mahal Lah, Tak Payah Lantik Pun Takpe...” Betul Ke? 🤔

Sebagai Quantity Surveyor (QS), ayat ni memang biasa sangat kita dengar dari klien/kontraktor. Ramai yang rasa lantik QS ni macam satu kos tambahan yang boleh dijimatkan. Tapi apa yang mereka tak nampak, tanpa QS, projek boleh jadi lebih mahal atau melibatkan pertikaian yang tak dijangka!

Dari persepsi Klient :
Bayangkan satu projek dah berjalan separuh jalan, tiba-tiba bajet lari jauh. Skop kerja tak dirancang, dan tiba-tiba ada tuntutan dari kontraktor yang tak pernah dibincangkan sebelum ni. Masa tu, klien baru sedar ada banyak perkara yang terlepas pandang. Kalau ada QS dari awal, semua ni boleh dielakkan. Lebih parah bila terma kontrak berat sebelah..

Dari persepsi Kontraktor :
Kerja dah berjalan separuh, tertanya-tanya kenapa tak untung lagi ni? Semak punya semak, pengiraan banyak yang salah. Barang order lebih banyak dari kuantiti dalam BQ. Alamak, kontrak pulak 'Lump Sum'. Kalau buat rugi, tak buat pn takut kena saman.

Maka bermulalah drama pertikaian. Itu salah, ini salah.

Seorang QS bukan sekadar buat anggaran kos, tapi kami bantu pastikan setiap sen dibelanjakan dengan betul. Kami kaji kontrak, kira kos dengan lebih tepat, dan gunakan teknologi BIM untuk elak sebarang kejutan dalam bajet. Yang paling penting, kami jadi ‘penjaga’ supaya pemaju atau klien tak tertipu dengan caj tambahan yang tak masuk akal.

Ramai klient fikir tak lantik QS boleh jimat, tapi hakikatnya mereka terpaksa bayar lebih sebab kos projek tak dikawal dari awal. Bila projek dah terlebih bajet, terkurang skop, salah kira, masa tu baru menyesal, tapi dah terlambat. Jadi, sebelum duit ‘bocor’ tanpa kawalan, lantik QS yang boleh bantu jaga bajet projek anda.


Salam Nuzul Al-QuranSempena Nuzul Al-Quran, marilah kita menghayati makna dan keagungan kitab suci ini. Semoga Al-Quran ...
17/03/2025

Salam Nuzul Al-Quran

Sempena Nuzul Al-Quran, marilah kita menghayati makna dan keagungan kitab suci ini. Semoga Al-Quran terus menjadi panduan dalam kehidupan kita, memberi cahaya dalam kegelapan, dan membawa keberkatan dalam setiap langkah.

Amin..

Semakan Kuantiti (Bulk Check) dalam Kerja QSSemakan kuantiti merupakan salah satu aspek penting dalam tugas seorang QS. ...
15/03/2025

Semakan Kuantiti (Bulk Check) dalam Kerja QS

Semakan kuantiti merupakan salah satu aspek penting dalam tugas seorang QS. Walaupun pengukuran kuantiti dan penyediaan BQ dilakukan oleh pihak lain, kemahiran untuk menyemak kuantiti perlu dikuasai. Dengan hanya merujuk kepada sedikit infomasi dalam lukisan dan maklumat kuantiti dalam BQ, seorang QS yang berpengalaman dapat mengesan sebarang kesilapan dalam pengiraan.

Kesalahan kecil dalam kuantiti boleh membawa implikasi kewangan yang besar, apatah lagi jika melibatkan kesalahan yang lebih besar. Sekiranya kuantiti dikira melebihi jumlah sebenar, terdapat risiko pihak klien akan terlebih bayar jika kesilapan ini tidak dikesan sepanjang tempoh kontrak. Sebaliknya, jika kuantiti dikira kurang daripada jumlah sebenar, klien mungkin perlu menanggung kos tambahan melalui Variation Order (VO).

Kebiasaannya, pihak kontraktor akan menyedari ketidaktepatan ini ketika membuat pesanan bahan binaan. Jika kuantiti dalam BQ terlebih kira, mereka cenderung akan berdiam diri, tetapi jika kuantiti kurang, mereka berkemungkinan akan menuntut VO. Oleh itu, sebagai QS, semakan kuantiti perlu dilakukan pada peringkat awal bagi mengelakkan pertikaian dan memastikan kawalan kos projek yang lebih baik.



13/03/2025

🌙 Alhamdulillah, Salam 12 Ramadhan. Melepasi 10 Hari Pertama Ramadhan 🌙

Syukur ke hadrat Allah kerana kita telah melalui 10 hari pertama Ramadhan, fasa penuh rahmat dari-Nya. Semoga setiap amalan kita diterima, hati kita semakin dekat dengan Allah, dan kekuatan untuk terus beribadah bertambah.

Mari kita teruskan perjalanan ini dengan keikhlasan dan kesabaran, agar mendapat keampunan-Nya dalam baki hari berikutnya. 🤲✨

Salam Ramadhan, teruskan beribadah dengan penuh keimanan! 🌙💖

Send a message to learn more

Address

Sg Buloh

47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RS Quantity Surveying Consultant Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RS Quantity Surveying Consultant Sdn. Bhd.:

  • Want your business to be the top-listed Contractor?

Share