FORSB

FORSB Design Architect and Project Management Consultant Cum Contractor

08 Ramadan 1445H Bersamaan 19 Mac 2024. Selasa. Alhamdulillah. Tengahari Tadi Bersama2 Ummul dan Yasmin Diberi Kesempata...
19/03/2024

08 Ramadan 1445H Bersamaan 19 Mac 2024. Selasa. Alhamdulillah. Tengahari Tadi Bersama2 Ummul dan Yasmin Diberi Kesempatan Oleh Allah SWT Utk Kami Mengadakan Site Meeting Bersama2 AF Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim dan AF Ustaz Mohd Amir Utk Berbincang Progress Pembangunan Projek Pondok Pengajian Turath Amanullah (PPTA) di Sungai Choh, Rawang.

Alhamdulillah. Berkat musyawarah, banyak perkara yang dapat dibincangkan dan diselesaikan secara persetujuan bersama disamping beberapa idea baru kami kemukakan utk tujuan pernambahbaikan.

Dengan kemampuan kewangan yang agak terbatas, pihak Ahli Lembaga Pengarah PPTA memberi tumpuan kepada Pembangunan Surau Itqan dan Pondok @ Chalet Kediaman utk Warga Emas. Pembinaan juga tertumpu kepada menyediakan binaan yang basic dahulu.

Kerja2 binaan ini banyak dilakukan oleh Ustaz Amir dan Ustaz Najhan sendiri termasuk permilihan dan pembelian bahan binaan berdasarkan sumber kewangan yang ada.

Tahniah kepada ALP PPTA kerana telah berjaya menyiapkan keperluan asas dan menghidupkan Surau Itqan ini serta menyiapkan 8 unit daripada 50 unit Pondok Kediaman.

Beberapa Pondok Kediaman telah ada penghuni utk mengimarahkan majlis ilmu yang diusahakan oleh pihak PPTA.

Sewaktu kami hadir, Kuliah Dhuha sedang berjalan di Surau Itqan dengan dipimpin oleh AF Ustaz Azhar Yahya.

Alhamdulillah.

Pembangunan Komplek ini masih di peringkat awal. Masih banyak kerja2 tanah dan pembinaan yang perlu dilakukan.

Sokongan dan sumbangan masih diperlukan utk mencapai objektif utama iaitu menyediakan kemudahan penginapan utk warga emas yang akan menjadi penuntut utama utk Pengajian Kitab Turath yang akan disediakan oleh Komplek ini nanti.

Kepada sahabat2 yang berhajat menyumbang utk bersama2 menjayakan Pembangunan Komplek PPTA ini, bolehlah menghujungi AF Ustaz Muhammad Najhan Halim atau AF Ustaz Ust Rozalie Zahari atau AF Ustaz Mohd Amir utk mendapat maklumat lanjut.

Terima kasih kepada ALP PPTA atas kesudian melibatkan saya selaku Design Architect utk pembangunan komplek ini.

Moga Allah swt merahmati dan memudahkan segala urusan pembangunan projek ini. Moga Allah swt menerima segala kerjabuat ini sebagai amalan soleh disisiNya.

Aamiin Allahumma Aamiin.


Alhamdulillah. Dengan keizinanNya, Kita Semua Berkesempatan Melangkah Ke Tahun Hijrah 1445H Hari Ini.Alhamdulillah. Dibe...
18/07/2023

Alhamdulillah. Dengan keizinanNya, Kita Semua Berkesempatan Melangkah Ke Tahun Hijrah 1445H Hari Ini.

Alhamdulillah. Diberi Kesempatan Oleh Allah SWT Utk Saya Bersama My Ma’am Dan Malaikat Kecil Beriktikaf Di Masjid Ar-Rahman, Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka Antara Hujung Asar Hingga Ke Lepas Solat Maghrib.

Trip Sehari Ke Melaka Hari Ini. Ziarah Lokasi Destinasi Yang Akan Menjadi Tumpuan Utk Berhijrah Nanti Sementara Menanti Hari Pertemuan Yang Abadi.☺️

Lepas PRN nanti, Insha’Allah akan diusahakan utk pindahkan Tempat Mengundi. Dari PJ Sebelum Ini Shah Alam Pindah Ke Alor Gajah Atau Jasin. Insha’Allah.☺️

Salam Ma’al Hijrah Buat Ahli Keluarga Dan Sahabat2 Semua. Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Mari kita sama2 bertekad utk menjadikan kehadiran tahun baru Hijrah ini sebagai titik kesinambungan bagi memburu kesejahteraan, kebahagian dan kejayaan yang hakiki di dunia dan di Akhirat.

Semoga kehadiran tahun baru Hijrah ini akan membuka sejuta keberkatan dan peluang buat kita semua utk meraih keredhaan dan pengampunan dari Allah swt.

Semoga Allah swt merencanakan jalan2 penyelesaian dan kejayaan buat semua umat Islam walau di mana mereka berada dan atas apa jua usaha kebaikan serta kebajikan yang mereka lakukan.

Aamiin Allahumma Aamiin.


02/01/2023

Utk Peringatan Dan Kongsi2 Bersama.

Moga Allah swt menganugerahkan kefahaman dan kekuatan kepada kita utk beramal.

Aamiin Allahumma Aamiin.

23/02/2022

MCG🌏STEP BY STEP MISSION
PROJEK WAKAF MCG PEMBINAAN KOMPLEKS MASJID AL-QUDDUS PHNOM PENH
Ayuh Bersama MCG Menjadi Pengasas Bangunkan Mercu Tanda Islam Di Rantau IndoChina
RM1Juta Kos Semasa Diperlukan Utk Pembinaan Fasa 1A Kompleks Masjid Al-Quddus Phnom Penh

https://www.facebook.com/1721753788061913/posts/3210455615858382/?d=n

Video Info Projek MCG Wakaf4Ummah Pembangunan Kompleks Masjid Al-Quddus Phnom Penh Cambodia⬇️⬇️⬇️
https://fb.watch/97l9FcpZLx/

Assalamu’alaikum wbt sahabat2 yang dirahmati Allah swt.

Jom Bersama NGO MCG, Kita Bangunkan Kompleks Masjid Al-Quddus Di Phnom Penh Kemboja. Kehadirannya Akan Buka Ruang:

1️⃣Perkembangan Syiar Islam,
2️⃣Kemudahan Beribadah,
3️⃣Pusat Kesatuan Ummah,
4️⃣Pusat Pendidikan,
5️⃣Pusat Ekonomi,
6️⃣Pusat Dakwah Islamiah
7️⃣Media Ketengahkan Isu Al-Quds Di Rantau IndoChina.

Insha'Alah.

Progress semasa, setelah berjalan menanam 93 batang piling kontrik, sekarang pihak kontraktor projek sedang memberi tumpuan utk membina bahagian asas bangunan di atas piling tersebut dan seterusnya membina struktur beam utk Lantai Tingkat Bawah Bangunan Masjid Al-Quddus tersebut.

Seperti biasa, sokongan dan sumbangan sahabat2 semua amat2 diperlukan bagi membantu menjayakan Projek MCG Wakaf4Ummah ini. Seperti yang kami nyatakan di atas, kejayaan projek ini amat besar manfaat dan impaknya dalam membangunkan Syiar Islam di Cambodia dan di negara2 di rantau Indo-Cina.

Kepada sahabat2 yang ingin menyumbang bagi menjayakan projek ini disamping memburu kelebihan sepertimana yang dijanjikan dalam hadith Nabi SAW di atas, boleh salurkan sumbangan melalui akaun MCG yang tertera di bawah nota ini dan juga di poster yang kami sertakan.

Setiap sumbangan mohon sharekan info sumbangan kepada kami disamping nyatakan sumbangan tersebut utk .

Segala perhatian dan sumbangan sahabat2 semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat.

Allahumma Aamiin.

Info Hubungi :
Setiausaha Agung MCG,
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938

NOTA UTK PENDERMA:

Sahabat2 yang ingin menyumbang utk Projek MCG Wakaf4Ummah @ MCG Masjid4Cambodia ini, boleh salurkan sumbangan melalui akaun kami seperti berikut:

PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)

RHB BANK : 2-12523-6001152-6

MAYBANK : 5624-7816 - 8967

Disamping itu, mohon maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya:

Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
Hjh Kartina : 012 - 721 5938 / http://wasap.my/+60127215938
En. Hafiz : 013 - 964 5932 / http://wasap.my/+60139645932
En. Zaman : 019 - 323 3834 / http://wasap.my/+60193233834






03/04/2021

Seronok Tengok Orang Manage Restoration Work ini.☺️

16/03/2021

Perkongsian Info Menarik Pilihan FORSB. Negara Teratas Mengikut Penduduk Muslim Dan Pertumbuhan Penduduk Muslim Dari Tahun 620 Ke 2020 Masihi.

Address

Jalan Puisi U2/27, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor DE
Selangor
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60126935938

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FORSB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FORSB:

Share