Agro Garden Premium

  • Home
  • Agro Garden Premium
Call Website Contact the business

Agro Garden Premium Content Journey Agro Garden Rumah Kampung
Parit Othman, Batu Pahat
👨🏻‍🌾🍈🍇🍑🥦🫜🥬🧅🏡

22/10/2026

PART 55 | HST 67 — ANGGUR HITAM HYBRID MASIH PANJANGKAN CABANG SEKUNDER! 🍇

Sekarang saya biarkan cabang sekundernya terus memanjang dan memenuhi ruang trellis dulu.

Belum fikir nak keluarkan buah lagi. Biar struktur pokok betul-betul kuat sebelum masuk fasa seterusnya.

1st time tanam anggur, kita tengok sejauh mana pokok ni boleh pergi! 😆

21/10/2026

PART 54 | HST 52 — Daripada 40 pokok, sekarang berbaki 19 biji buah melon! 🍈

Sebelum ni ada 24 biji buah yang dah dibalut. Tapi selepas melalui pelbagai masalah, sekarang tinggal 19 biji sahaja yang berjaya masuk fasa akhir pembesaran.

Disebabkan saya kekalkan satu pokok satu buah, pencapaian Melon Season 1 setakat ni lebih kurang 48% daripada jumlah pokok asal.

Sebagai beginner yang 1st time tanam melon, dapat bawa 19 biji sampai ke tahap ni pun saya dah bersyukur. Sekarang fokus jaga semuanya sampai masa menuai! 💪

14/10/2026

PART 53 | HST 45 — Daripada 43 pokok, cuma 56% bakal masuk fasa pembesaran buah! 🍈

Melon Season 1 bermula dengan 43 pokok. Selepas 15 pokok gagal diselamatkan, sekarang tinggal 28 pokok.

Setakat ni, 24 pokok dah ada buah dan semuanya telah dibalut. Disebabkan saya kekalkan satu pokok satu buah, jumlahnya 24 biji—lebih kurang 56% daripada jumlah pokok asal.

Tapi cabaran belum habis. Satu pokok p**a mula layu akibat serangan ulat pengorek batang. Harap sempat diselamatkan.

Sebagai beginner yang 1st time tanam melon, sekarang saya fokus jaga buah yang ada sampai berjaya dituai. Jadi ke tak nanti, kita tengok sama-sama! 😅

09/10/2026

PART 52 | HST 40 — Daripada 43 pokok, sekarang tinggal 33 pokok melon! 😔

Sebanyak 10 pokok atau 23.3% gagal diselamatkan. Ada yang kena simptom virus sampai daun kerinting dan terbantut. Ada juga yang pangkal batangnya rosak serta membusuk selepas diserang ulat.

Saya dah cuba asingkan dan rawat, tapi kerosakannya dah terlalu teruk. Jadi terpaksalah korbankan pokok yang bermasalah supaya tak merebak.

Sebagai beginner yang 1st time tanam melon, memang banyak benda saya kena belajar. Alhamdulillah, masih ada 33 pokok atau 76.7% yang bertahan. Sekarang kita fokus jaga baki pokok ini sampai habis! 💪🍈

05/10/2026

PART 50 | HST 52 UPDATE POKOK ANGGUR EVEREST 🍇

BATANG PRIMER DAH JADI… SEKARANG MISI NAK PANJANGKAN BATANG SEKUNDER! 🍇🔥

HST 52 pokok Anggur Everest.

Sekarang dah masuk fasa panjangkan batang sekunder supaya dapat memenuhi ruang trellis yang aku sediakan.

Buat masa ni kita bagi dia membesar dan memanjang dulu. Belum fikir buah lagi. 😆

1st time tanam anggur, kita tengok sejauh mana Everest ni boleh pergi. 🍇

04/10/2026

PART 50 | BUAH TIN PUN DAH MULA BERBUAH 😍

Dalam sibuk dok layan melon, rupanya pokok tin ni diam-diam dah bagi hasil 😂

Mula-mula tanam dulu saja nak cuba. Kita pun bukan pandai sangat pasal buah tin ni.

Sekarang dah mula nampak 1 biji buah. Harap ada banyak lagi tangkai berbuah. Kita tunggu sampai masak p**a 🤭

03/10/2026

SEPTEMBER 2026 — SEASON 1 🍈

Sebulan perjalanan 1st time tanam melon di Agro Garden Rumah Kampung. 🌱

4 varieti kami cuba — Kirin, Candy Dalmation, Kimono & Golden Sweet Sea. 🍈

Dari benih kecil, pindah ke polibeg pada 30 Ogos 2026, pokok membesar, berbunga… sampailah ke fasa pendebungaan. 🌼

03/10/2026

PART 49 — PENDEBUNGAAN MELON SECARA MANUAL 🌼🍈

Beberapa hari lepas saya dah buat pendebungaan bunga melon secara manual.

Caranya mudah je — ambil bunga jantan, buang kelopak dan sentuhkan debunga pada bunga betina. 🌼

Alhamdulillah, dah ada beberapa putik yang lekat dan mula membesar. 🍈

1st time buat, nampaknya ada juga yang menjadi. 😅

02/10/2026

HST 33 — WABAK PENYAKIT POKOK MELON MULA MENYERANG 😥

Mula-mula kita start dengan 43 pokok melon.
Sekarang tinggal 38 pokok.

🌱 1 pokok terkena virus
🌱 2 pokok layu, pangkal busuk
🌱 2 pokok tak menjadi

Semua 5 pokok yang bermasalah terus saya keluarkan dari kawasan Agro Garden. Yang kena virus memang tak berani nak simpan, risau merebak p**a dekat pokok lain.

Sayang memang sayang… dah jaga sampai HST 33. 🥲
Tapi inilah perjalanan 1st time tanam melon. Bukan semua akan menjadi seperti yang kita harapkan.

43 pokok ➝ kini tinggal 38 pokok.

Harap-harap 38 pokok yang tinggal ni dapat bertahan sampai ke hari tuaian. 🤲🍈

Perjalanan masih jauh… kita teruskan. 🌱

27/09/2026

PART 47 — HARI KE-5 SETELAH SEMAI SAYUR DAH MULA NAMPAK DAUN 🌱

1st time saya cuba tanam sayur dalam pasu gantung macam ni. 😅

Masuk HST 5, dah mula nampak daun keluar dan makin jelas. Ada yang naik cantik, ada yang masih perlahan.

6 jenis saya cuba — bayam hijau, bayam merah, salad, pak choy, kailan & sawi bunga. 🥬

Tak tahu lagi perjalanan dia macam mana lepas ni. Kita jaga dulu satu-satu dan tengok mana yang paling menjadi. 😂

Korang kalau semai sayur, jenis apa yang paling cepat naik? 🌱👇

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60132301203

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agro Garden Premium posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Agro Garden Premium:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed contractor?

Share