ATMI General Contractor - Kontraktor Kubur sejak 1996

ATMI General Contractor - Kontraktor Kubur sejak 1996 ATMI General Contractor. BRN: 52831786E

Salaam semua,Berikutan adalah gambar-gambar proses menukar apa yang sebelum ini rumput asli kepada rumput palsu, mengiku...
09/08/2026

Salaam semua,

Berikutan adalah gambar-gambar proses menukar apa yang sebelum ini rumput asli kepada rumput palsu, mengikut kehendak keluarga arwah.

Proses yang paling penting untuk kami adalah untuk membuang sisa-sisa lalang sampai ke akarnya. Cuma dengan cara ini, boleh kami cuba memastikan yang lalang tidak akan tumbuh lagi tanpa menggunakan racun lalang (oleh kerana waris masih ingin tanam pokok pudding).

Sekian. .

Tahukah anda.Mengikut tinjauan, didapati ada juga banyak waris (generasi muda) yang tidak faham akan corak nisan yang di...
06/08/2026

Tahukah anda.

Mengikut tinjauan, didapati ada juga banyak waris (generasi muda) yang tidak faham akan corak nisan yang dicacak di kubur.

Secara am, nisan merupakan satu penanda yang mengandungi maklumat arwah dasar seperti nama dan tarikh wafat, supaya kubur arwah senang dicam.

Di Singapura, kebiasaannya (bukan semua) nisan yang bujur (gambar pertama) - lelaki, yang l***r (gambar kedua) - wanita. Kebelakangan ini, banyak waris yang berkenan dengan batu sungai yang kemudiannya diukir maklumat arwah.

Antara, bahan yang disyorkan jenis granit (gambar #9) dan yang bagi saya paling tidak gemar jenis Terrazo (senang retak dan berkarat gambar #10).

Keputusan terakhir terpulang pada pilihan keluarga masing-masing.

Salaam.

Assalamualaikum, Dalam punya banyak corak Ceramik yang dipilih oleh ahli keluarga buat dapur kubur, corak putih berupa b...
04/08/2026

Assalamualaikum,

Dalam punya banyak corak Ceramik yang dipilih oleh ahli keluarga buat dapur kubur, corak putih berupa batu marmar adalah yang paling digemari, putih suci.

Apa yang menjadi tanda membezakan antara kubur lain adakala terpulang kepada warna bucu (hitam, kelabu, putih dll) atau atas kubur arwah (rumput asli, rumput palsu, batu manik dll).

Ketinggian dapur pun faktor utama membeza, dan jenis batu untuk nisan arwah (granit, marmar/marble).

Ada juga pihak keluarga yang ukir nama arwah atas Ceramik tepi dapur (walaupun saya sendiri tidak mencadang).

Sila tengok contoh-contoh yang ada sekarang.

Salaam semua, Merujuk ke “reel” kami pada 18 Julai berkenaan adat membakar setanggi di kubur pada musim kemarau ini.Ya, ...
02/08/2026

Salaam semua,

Merujuk ke “reel” kami pada 18 Julai berkenaan adat membakar setanggi di kubur pada musim kemarau ini.
Ya, ianya boleh menjadi sunat atas sebab niat mewangikan kawasan kubur.
Akan tetapi, tanggungjawab umum tidak boleh diabaikan. Contoh ada waris yang membakar setanggi atas kubur-kubur sebelah dan kemudian beredar sebelum setanggi habis bakar. Kelihatan satu nota lukisan dari satu adik Tiara kepada arwah makwe Tiara yang hampir terbakar jikalau kami tidak mengalih kedudukan nota adik Tiara.
Diminta kerjasama semua waris yang menziarah agar lebih berhati-hati di musim kemarau ini.

We have encountered bush fires at the cemetery long time back and do not wish for it to happen again

Salaam

Assalamualaikum wr wbUntuk pengetahuan umum, lubang lahat terbaru akan beralih ke tapak (A) tepat di depan Kolumbarium b...
01/08/2026

Assalamualaikum wr wb

Untuk pengetahuan umum, lubang lahat terbaru akan beralih ke tapak (A) tepat di depan Kolumbarium bersambung dengan (B), (C) dan (D) mulai minggu depan. Sila merujuk ke gambar pertama dikongsi dibawah.

Oleh kerana demikian, diseru para pemandu tolong bekerjasama jikalau terpaksa parkir dilorong warna merah, sila parkir cuma di sebelah jalan ikut arah jalan supaya tidak menghalang jalan. Lihat gambar terakhir.

W’salam.

Salaam semua,Menurut ramalan kaji cuaca, bulan Ogos akan merupakan satu bulan yang mana matahari terik dan waktu malam y...
31/07/2026

Salaam semua,

Menurut ramalan kaji cuaca, bulan Ogos akan merupakan satu bulan yang mana matahari terik dan waktu malam yang panas.
Mengikut pengalaman kami, keadaan ini akan menyebabkan banyak kubur yang ditanam rumput menjadi kering. Untuk memastikan rumput atas kubur arwah tidak terus layu, sekalian digalakkan lebih kerap menziarah kubur. Sambil menziarah, kalian digesa membawa satu botol air jernih 1.5L setiap orang untuk menyiram rumput atas kubur. Ini untuk mengelakkan perlunya untuk menukar rumput asli baru untuk kubur arwah (tidak berbaloi).
Sekian maklum

Salaam semua.Dengan izin dari pihak keluarga arwah, saya kongsi gambar atas kubur yang pada pendapat saya rupa cantik. A...
29/07/2026

Salaam semua.

Dengan izin dari pihak keluarga arwah, saya kongsi gambar atas kubur yang pada pendapat saya rupa cantik.

Apa yang saya ingin galakkan ialah sejak kalian membeli bunga untuk mencantikkan kubur pabila menziarah, sila luangkan sedikit masa untuk meletak bunga kuntum dengan lebih jarak supaya rumput kubur tidak terhalang dari matahari (banding gambar terakhir).

Ya, Kebetulan keluarga arwah ini ada kenalan yang menjual bunga akan tetapi ini tidak patut menjadi alasan kita tidak memberi perhatian. Sila ambil perhatian supaya rumput atas kubur arwah masih boleh tumbuh dengan subur.

Sekian.

Assalamualaikum wr wbSambil kebanyakan rakyat Singapura sudah berehat di rumah masing-masing, ada lagi dikalangan kita y...
27/07/2026

Assalamualaikum wr wb

Sambil kebanyakan rakyat Singapura sudah berehat di rumah masing-masing, ada lagi dikalangan kita yang masih bekerja.

Di kubur, ada antara kami yang sedang menyiapkan dapur kubur arwah. Disamping ini, ada juga kontraktor NEA yang mengejar masa menyiapkan Blok S-1-12 dan seterusnya untuk menampung keperluan masyarakat Islam Singapura.

Kalian digalak bersyukur dan memberi penghargaan kepada mereka ini.

Sekian

Salaam semua,Ramai yang cuma menziarahi tapak perkuburan Islam Pusara Aman dan Pusara Abadi dalam kesedihan kerana mengi...
24/07/2026

Salaam semua,

Ramai yang cuma menziarahi tapak perkuburan Islam Pusara Aman dan Pusara Abadi dalam kesedihan kerana mengikut rombongan jenazah.

Diperingatkan yang had laju di Jalan Bahar cuma 60km/jam. Sila berhati-hati lebih lagi dalam perjalanan pulang rumah. Di simpang ini, dinasihat patuh ke had laju yang ditetapkan.

Sekian.

Salaam semua,Pada waktu ini, Blok S-1-11 (rujuk ke gambar pertama) merupakan tapak pengkebumian terbaru (warna oren dala...
22/07/2026

Salaam semua,

Pada waktu ini, Blok S-1-11 (rujuk ke gambar pertama) merupakan tapak pengkebumian terbaru (warna oren dalam gambar).

Pada mereka yang datang ikut jenazah dengan kenderaan sendiri, digalakkan JANGAN PARKIR dijalan yang berwarna merah dalam gambar. Ini untuk memudahkan van dan bas jenazah untuk masuk kedalam menguruskan kerja mereka.

Kelihatan banyak kereta yang parkir sebelah jalan mengakibatkan kesesakan apabila kereta dari semua arah bertembung.

Sekian.

Address

Singapore

Telephone

+6593842374

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ATMI General Contractor - Kontraktor Kubur sejak 1996 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ATMI General Contractor - Kontraktor Kubur sejak 1996:

Shortcuts

Share

Category