Landskap UCAM

Landskap UCAM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Landskap UCAM, Landscape Company, Alor Gajah.

🍃Your Landscape & Garden inspiration starts here:🍃

🍀Indoor & Outdoor plants
🍀Landscape, Plants & Gardening information
🍀Landscape consultation
🍀Garden tools & accessories

'Green with style

:: Seronoknya membina Terrarium!🌿💜 ::Alhamdulillah, Landskap UCAM bersama para pelajar Diploma Pengurusan Landskap dan B...
16/03/2023

:: Seronoknya membina Terrarium!🌿💜 ::
Alhamdulillah, Landskap UCAM bersama para pelajar Diploma Pengurusan Landskap dan Bachelor of Agriculture Science telah berkesempatan menjalankan aktiviti membina terrarium mini bertempat di Souls Studio kami..
Aktiviti ini adalah bagi memenuhi keperluan syllabus semester 2 subjek masing-masing dan telah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas pembinaan terrarium, lapisan medium, dan jenis tumbuhan yang boleh diguna pakai untuk menghasilkan terrarium yang kreatif dan menarik.
Diharapkan para pelajar mampu menambah idea dan kreativiti di dalam penghasilan terrarium dan penjagaan landskap di masa hadapan..Mungkin ada yang menjadikan aktiviti terrarium ini sebagai sumber pendapatan kelak kan? InsyaAllah..
Seronok kan?.. Jadi jom masuk UCAM!
Fakulti Agrosains FAS - UCAM

03/03/2023

Part 1 : teka eyda di mana...

:: Hai semua! :: 🌿💜Jabatan Landskap dan Alam Sekitar UCAM akan menganjurkan ‘Trip to FRIM’ pada 7 Mac ini. Jangan lepask...
28/02/2023

:: Hai semua! :: 🌿💜

Jabatan Landskap dan Alam Sekitar UCAM akan menganjurkan ‘Trip to FRIM’ pada 7 Mac ini. Jangan lepaskan peluang naik ‘skywalk’ dan ‘hiking’ di FRIM bersama kawan-kawan sambil menikmati panorama hutan hujan tropika yang indah. Jadikan pengalaman beriadah bersama-sama di FRIM ini sebagai sebuah kenangan yang tidak akan dapat dilupakan!

Semua ahli Kelab SOULS diwajibkan untuk turut serta ya! Bayaran RM40 boleh dibuat selewat-lewatnya 1 Mac 2023. Boleh hubungi Madam Noraidah (012-961 4552) untuk info lanjut!

TRIP to FRIM
Tentative Program:
9.30am: Arrival at Kepong Botanic Gardens (KBG)
10.00am: Forest Skywalk
11.00am: Departure to FRIM campus (Visitor Information Centre, Block D6)
11.30am: Nature Trekking
1.00pm: Finish

Thank you 🤗

:: NAK SIRAM KE TAK? NAK SIRAM KE TAK? :: 😩🌿💜💦💦💦Assalamualaikum.. Selamat malam kepada semua pencinta taman!.. Malam ni ...
17/02/2023

:: NAK SIRAM KE TAK? NAK SIRAM KE TAK? :: 😩🌿💜💦💦💦
Assalamualaikum.. Selamat malam kepada semua pencinta taman!.. Malam ni admin rasa nak kongsi sedikit dengan semua cara admin menjaga tanaman di kebun sekangkang kera admin ni..😅
Dilema kepada mereka yang pada awalnya sangat bersemangat membeli pebagai jenis tanaman namun akhirnya kecundang di tengah jalan. Kecewa kan??
‘Tangan aku panas, tak boleh nak tanam pokok, wajib mati!’😩
‘Siram air banyak-banyak kat pokok biar dia hidup subur!’
SILAP!
Acapkali kita terlalu bersemangat menyiram tanaman kita setiap hari, kadang-kadang ada yang terlalu ‘rajin’, 2 ke 3 kali sehari menyiram tanaman dengan harapan pokok-pokok tumbuh dengan subur (?)
SEKALI LAGI ANDA SILAP!
Pokok-pokok di dalam dunia ini mempunyai daya serapan terhadap air yang berbeza-beza mengikut spesis. Seperti juga manusia yang dahagakan air, pokok juga hanya memerlukan kuantiti air yang sekadar mampu memberi ‘kesegahan sel’ untuk tidak layu dan menjalankan proses kimia mereka. Selebihnya hanya MERUGIKAN!
KENAPA RUGI??
Air siraman yang berlebihan, hanya menyebabkan tempoh masa pokok ‘berendam’ di dalam air lebih lama. Justeru, memberi peluang kepada fungus atau kulat untuk membiak dan merebak seterusnya merosakkan akar, sistem, dan fungsi asas pokok terutamanya pada waktu malam.
Jadi admin nasihatkan anda, kalau balik kerja lewat petang cukup sekadar siram air sedikit di bibir pasu tanpa menyiram pangkal pokok kerana dikhuatiri kulat akan membiak. Mudahkan?
Oppss satu lagi tips, penuhkan susunan pokok secara rapat-rapat kerana ini akan menambahkan kelembapan persekitaran jadi anda tidak perlu kerap menyiram air!.Pendek kata selagi pokok anda tidak layu, jangan sesekali anda menyiram pokok🤭
Sekian daripada admin, semoga bermanfaat!.Selamat malam..

:: FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2022 :: 🌿💜Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pencinta taman! Sambil-sambil bereha...
17/02/2023

:: FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2022 :: 🌿💜
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pencinta taman! Sambil-sambil berehat tu, admin nak kongsi sedikit ‘throwback’ pencapaian pasukan Landskap UCAM pada tahun 2022, iaitu penglibatan kami di dalam penyertaan Floria Diraja Putrajaya 2022 yang lepas.
Pameran bunga dan taman yang gilang gemilang ini telah menyaksikan penglibatan pelbagai pempamer daripada pelbagai agensi, pbt, dan juga ipt seluruh negara. Acara ini telah berlangsung dari 30 Ogos sehingga 4 September 2022 namun disebabkan sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung luar, tarikh pameran telah pun dilanjutkan selama 2 hari dan telah berakhir pada 6 September 2022.
Berkonsepkan ‘The [EPI]Art Garden’ yakni taman Epifit Orkid sebagai bunga tema disulami dengan kepelbagaian elemen seni Malaysia, Landskap UCAM telah berkesempatan menyertai pertandingan kategori taman IPT dan telah berjaya sekali lagi merangkul ‘Gold Award’ buat kesekian kalinya hasil usaha keras para pelajar dan juga pensyarah pengiring di tapak Floria. Tahniah diucapkan!.
Semoga dengan penganjuran acara seperti ini diharapkan mampu memberi seribu satu manfaat tentang ilmu landskap dan tanaman kepada semua pengunjung yang hadir ke acara tahunan ini.

:: BENGKEL MELUKIS ‘DOODLE’ DI KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJA REMBAU N9 :: 🌿💜Alhamdulillah hari ini pada tanggal 15...
15/02/2023

:: BENGKEL MELUKIS ‘DOODLE’ DI KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJA REMBAU N9 :: 🌿💜
Alhamdulillah hari ini pada tanggal 15 Februari 2023, pasukan Landskap UCAM berkesempatan berkunjung ke KV Dato Lela Maharaja dan berkongsi ilmu mengenai lukisan ‘doodle’ bersama adik-adik di sana.
Yang menariknya, medium penghasilan lukisan ‘doodle’ telah dihasilkan di atas binaan abjad kayu yang dibina sendiri oleh para pelajar atas pantauan dan bimbingan guru-guru unit landskap mereka. Abjad-abjad yang telah siap dilukis ini akan digunakan sebagai dekorasi di majlis konvokesyen mereka nanti.
Syabas dan jutaan terima kasih semua!. Semoga ada rezeki untuk kita berjumpa lagi.

:: PROGRAM CSR MELUKIS MURAL PAGN GADEK MELAKA :: 🌿💜Ibarat ‘duduk seorang bersempit-sempit, duduk bersama berlapang-lapa...
01/02/2023

:: PROGRAM CSR MELUKIS MURAL PAGN GADEK MELAKA :: 🌿💜
Ibarat ‘duduk seorang bersempit-sempit, duduk bersama berlapang-lapang’,..
Begitulah kata bidalan yang dapat digambarkan apabila pada hari ini, tanggal 1 Februari 2023, pasukan Landskap UCAM bersama para pelajar Diploma Pengurusan Landskap semester 2 & 4 UCAM telah pun berjaya menyiapkan projek CSR melukis mural di Pusat Anak Genius Negara Gadek, Alor Gajah Melaka.
Bertemakan konsep ‘Genius Alam’, lakaran yang membawa tema flora dan fauna disulami dengan sentuhan seni moden minimalis berwarna warni dilihat mampu membangkitkan suasana ceria persekitaran disamping memupuk semangat cintakan alam bagi guru-guru, para pelajar cilik, dan ibu bapa di PAGN Gadek ini.
Alhamdulillah cikgu-cikgu dan adik-adik PAGN Gadek gembira dengan hasil kami. Terima kasih semua! 🌿💜

:: LANDSKAP UCAM @ PESTA BUNGA MELAKA 2022 :: 🌿💜Buat julung-julung kalinya,  Landskap UCAM telah diberi kepercayaan mere...
13/01/2023

:: LANDSKAP UCAM @ PESTA BUNGA MELAKA 2022 :: 🌿💜
Buat julung-julung kalinya, Landskap UCAM telah diberi kepercayaan merekabentuk dan menyiapkan hiasan struktur gerbang utama di Pesta Bunga Melaka 2022.
Acara tahunan anjuran Kementerian Pelancongan Negeri Melaka ini telah berlangsung dengan jayanya pada 29 sehingga 31 Disember 2022 melibatkan kerjasama pelbagai agensi, organisasi swasta, pertubuhan, dan pihak berkuasa tempatan.
Cetusan idea dan kreativiti warga Landskap UCAM merealisasikan rekabentuk pintu gerbang berkonsepkan ‘fusion’ batik dan alam semulajadi menyerikan lagi acara berprestij ini dan telah mendapat respon positif daripada orang ramai yang rata-ratanya tidak melepaskan peluang bergambar kenangan di pintu gerbang ini.
Nantikan lagi hasil sentuhan kreatif warga Landskap UCAM pada tahun 2023 ini.

Address

Alor Gajah
78000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Landskap UCAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Landskap UCAM:

Share