Kadet Polis Kota Setar

Kadet Polis Kota Setar Page ini merupakan page rasmi bagi Kor Kadet Polis Daerah Kota Setar, Kedah.

17/07/2020

PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI SAHAJA).

PERMOHONAN DI BUKA PADA TARIKH :

(ISNIN) 27 JULAI 2020 HINGGA (AHAD) 16 OGOS 2020 SAHAJA.

INDIVIDU YANG BELUM BERDAFTAR, BOLEH MEMBUAT PENDAFTARAN DI LAMAN WEB E-PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA SEBELUM MEMOHON PADA TARIKH YANG DITETAPKAN.

(KLIK SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DI 'SKIM JAWATAN' SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN).

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN HELP DESK UNIT PENGAMBILAN DI TALIAN 03-22668348 DAN 03-22668350.

PERMOHONAN AKAN DIBUKA PADA (ISNIN) 27 JULAI 2020 HINGGA 16 OGOS 2020.

11/12/2019

Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki).

Individu (Lelaki Sahaja) yang telah memohon jawatan tersebut dikehendaki membuat semakan status panggilan ujian pemeriksaan fizikal di sistem e-Pengambilan PDRM mulai sekarang.

05/12/2019

[SCAM ALERT] PENIPUAN MENGGUNAKAN IDENTITI MAHKAMAH

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menasihatkan orang awam untuk berhati-hati agar tidak tertipu dengan sindiket penipuan (scam) yang menggunakan identiti mahkamah.

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Sila layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini dari kami di:

Facebook - https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/
Instagram - https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
Twitter - https://twitter.com/PDRMsia
You Tube - https://www.youtube.com/user/PDRMsia







14/10/2019



AWASI PERGERAKAN ANAK-ANAK KECIL

Pada 8 Oktober lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan dalam satu kejadian di Ipoh, Perak.

Selang beberapa hari kemudian, satu lagi insiden sama menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Kuantan, Pahang selepas dia terjatuh ketika bermain berhampiran lubang kumbahan tersebut.

Dalam usia yang terlalu muda, anak-anak kecil ini tidak berupaya untuk berfikir mengenai bahaya yang ada di sekeliling mereka. Ibu bapalah yang perlu mengawasi segala gerak-geri dan menegah sekiranya mereka cuba melakukan sesuatu yang berbahaya.

Nasihat Admin:

1. Jangan sewenangnya meletakkan tanggungjawab terhadap kanak-kanak lain yang berada dalam lingkungan umur anak anda untuk menjaga diri mereka sesama sendiri.

Ia tidak selamat kerana masing-masing juga dalam fasa ingin meneroka sesuatu yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Pastikan ada individu dewasa bersama mereka.

2. Pastikan juga persekitaran adalah selamat dan bebas bahaya terutama ketika melakukan aktiviti di luar rumah.

Jangan sesekali benarkan anak-anak bermain berhampiran kawasan seperti pencawang elektrik, longkang besar, lubang atau loji kumbahan.

3. Sekiranya terdapat penutup lubang kumbahan atau longkang di kawasan perumahan anda hilang, segera laporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk dibaik pulih dengan kadar segera.

Tutup sementara atau tandakan sesuatu pada lubang berkenaan sebagai amaran untuk tidak berada atau bermain berhampiran kawasan tersebut.

20/09/2019

Sistem e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia

26/08/2019



HARI KEBANGSAAN KE-62: PEMASANGAN JALUR GEMILANG PADA KENDERAAN

Tinggal beberapa hari sahaja lagi negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62.

Pasti ramai yang mengambil peluang untuk menyemarakkan dan menghayati bulan kemerdekaan kali ini dengan menujukkan semangat cintakan negara.

Antaranya adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan kediaman, premis-premis kerajaan dan bukan kerajaan, tempat kerja serta pada kenderaan.

Tahukah anda? Jalur Gemilang boleh dikibarkan secara kreatif pada kenderaan masing-masing asalkan ianya tidak membahayakan keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Jom ketahui cara pemasangan Jalur Gemilang yang betul pada kenderaan anda.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

08/08/2019

Keratan akhbar Pilihan hari ini

Modus Operandi Macau Scam

Sumber:

Berita Harian m/s 13
Bertarikh : 08 Ogos 2019

01/08/2019

CRIME ALERT!!
TUNJUK, HENTI & SAMUN


Sentiasa berwaspada, taktik yang digunakan penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya.

TAKTIK YANG DIGUNA PAKAI PENJENAYAH SEPERTI BERIKUT:

> Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

> Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

> Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

> Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

> Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta atau melakukan samun.

NASIHAT :

> Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven dan stesen minyak 24jam.

> Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

> Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

> Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

> Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.


21/07/2019

KEMPEN KESEDARAN PENDIDIKAN SEKS KANAK-KANAK (5)


Adik-adik, sekiranya terdapat individu seperti Abang Man yang cuba menyentuh mana-mana bahagian pada badan, JERIT, LARI dan BERITAHU ibu bapa atau penjaga dengan segera.

Adik-adik perlu tahu bahawa mulut, dada,kemaluan dan punggung merupakan zon larangan sentuh. Jangan benarkan sesiapapun menyentuh bahagian tersebut termasuk ahli keluarga sendiri.

Sumber: YouTube KPWKMTV, https://www.youtube.com/watch?v=3gWefflB4mY

10/07/2019

Address

Alor Setar
05000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kadet Polis Kota Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share