Menteri Besar Kedah Incorporated

Menteri Besar Kedah Incorporated Official page of Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah)

Perbadanan Menteri Besar Kedah Darul Aman (“PMBKed”) atau Menteri Besar Incorporated telah diasaskan melalui Enakmen Perbadanan Menteri Besar, Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 22 Ogos 1988.

Selamat Hari Ibu kepada seluruh insan bergelar ibu.Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan dedikasi yang ...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu kepada seluruh insan bergelar ibu.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan dedikasi yang dicurahkan dalam membentuk keluarga, masyarakat dan negeri yang lebih sejahtera.

Semoga setiap ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta kekuatan dalam meneruskan peranan yang amat bermakna ini.

28.04.2026 | Daerah KulimLawatan Turun Padang Pesakit Terlantar Negeri Kedah (BSPT) bagi bulan April 2026 telah diterusk...
06/05/2026

28.04.2026 | Daerah Kulim

Lawatan Turun Padang Pesakit Terlantar Negeri Kedah (BSPT) bagi bulan April 2026 telah diteruskan ke Daerah Kulim, melibatkan 9 orang penerima di tiga DUN iaitu DUN Merbau Pulas, DUN Lunas dan DUN Kulim.

Dalam lawatan ini, Wakil Menteri Besar Kedah bersama YAB Kak Ton turun padang bersama Jawatankuasa BSPT bagi menyantuni serta menyerahkan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) kepada 9 orang penerima yang layak.

Penerima BSPT bukan sahaja menerima bantuan tunai sebanyak RM500 secara sekaligus, malah turut menikmati manfaat tambahan melalui inisiatif lawatan turun padang yang dilaksanakan setiap bulan.

Dalam sesi ini, wakil agensi kerajaan turut menyampaikan sumbangan tambahan seperti barangan makanan, katil khas, kerusi roda, lampin pakai buang, susu khas serta bantuan wang tunai kepada penerima dan penjaga yang layak.

Turut hadir, ADUN Lunas YB Khairul Anuar Bin Ramli, ADUN Kulim YB Wong Chia Zhien, wakil ADUN Merbau Pulas, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Tuan Zakaria Bin Taib, Ketua Pegawai Operasi Majlis Agama Islam Negeri Kedah YBhg. Dr. Haji Abdul Rahim Bin Abd Rahman, wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah, PERKESO, MBI, BPEN Negeri Kedah, wakil Pegawai Kewangan Negeri Kedah, MPKK serta wakil Pejabat Daerah.

Semoga inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Kedah ini terus memberi manfaat kepada golongan sasar yang memerlukan.

“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”

04/05/2026
Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja di pelbagai sektor...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja di pelbagai sektor yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Dedikasi, ketabahan dan komitmen dalam menghadapi cabaran semasa amat dihargai dan terus menjadi pemacu kemajuan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat.

Sempena Hari Pekerja ini, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat solidariti, meningkatkan produktiviti serta mengutamakan integriti dalam setiap amanah yang dipikul.

Semoga segala usaha dan pengorbanan terus diberkati dan dihargai.

Selamat Hari Pekerja!

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sal...
30/04/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin
Tunku Mahkota Kedah
27 April 2026 | 09 Zulkaedah 1447H
Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.

DAULAT TUANKUMenjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sebenar Kebawah Duli Yang Mah...
30/04/2026

DAULAT TUANKU

Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sebenar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 30 April 2026 bersamaan 12 Zulkaedah 1447H.

Patik mendoakan agar KDYMM Tuanku Sultan Kedah sentiasa dikurniakan rahmat, kemuliaan, dan kesihatan yang berpanjangan.

Sembah takzim daripada:
Ketua Pegawai Eksekutif & Seluruh Kakitangan Menteri Besar Kedah Incorporated

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff. ...
13/04/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff.

Sultanah Negeri Kedah Darul Aman

13 April 2026 | 24 Syawal 1447H

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨Ikhlas daripada seluruh wargaMenteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah)Di kesempatan ya...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨

Ikhlas daripada seluruh warga
Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah)

Di kesempatan yang mulia ini, kami ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
kepada semua umat Islam khususnya rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga Syawal yang menjelma membawa sinar kebahagiaan, mempereratkan silaturahim, serta diberkati dengan kesejahteraan dan kemakmuran.

Berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi bersama insan tersayang.

🌟 Raya diraikan, kebersamaan diutamakan 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa atas pelantikan sebagai Yang Berhormat Peg...
19/03/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa atas pelantikan sebagai Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan demi kemajuan serta kesejahteraan negeri Kedah.

Ikhlas daripada Ketua Pegawai Eksekutif & Seluruh Kakitangan Menteri Besar Kedah.



Address

Wisma Darulaman
Alor Setar
05503

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047302137

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Menteri Besar Kedah Incorporated posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Menteri Besar Kedah Incorporated:

Share