28/07/2026
PROJEK BAHARU DIMETERAI, LANGKAH BAHARU BERMULA
Alhamdulillah, hari ini NM Legacy Sdn Bhd, diwakili oleh En Muazan Mohsin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif telah secara rasmi menandatangani Construction Agreement bersama klien bagi projek membina sebuah Banglo 1 Tingkat di Labu, Daerah Sepang, Selangor.
Majlis menandatangani perjanjian telah berlangsung secara kecil-kecilan di Pejabat Tanah dan Galian Sepang hari ini dengan kehadiran pihak peguam yang mewakili urusan dokumentasi, menandakan bermulanya satu lagi kerjasama yang dibina atas asas kepercayaan, ketelusan dan komitmen.
Setiap projek yang diamanahkan kepada NM Legacy bukan sekadar sebuah pembinaan, tetapi satu tanggungjawab untuk merealisasikan kediaman impian pelanggan dengan kualiti kerja, pengurusan projek yang sistematik dan penyampaian yang profesional.
Terima kasih kepada klien atas kepercayaan yang diberikan. Insya-Allah, kami akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan lancar, mengikut spesifikasi yang dipersetujui dan mencapai standard kualiti yang terbaik.