Dapur Pilihan Ramai

Dapur Pilihan Ramai suka mengumpul barangan baik

08/12/2022

TAHNIAH.
TAN SRI MICHELLE YEOH HIASI EDISI PERTAMA ELLE PERTAMA DI USIA 50 TAHUN.

04/12/2022

YANG BERJAYA DIET TAHUN NI TAHNIAH. YANG TAK BERJAYA CUBA LAGI TAHUN 2023
-kredit sembang Ryan's

03/12/2022

TAHNIAH KABINET SELESAI DI UMUMKAN. MENTERI WANITA NANCY SHUKRI. PALING PENTING KAT DAPUR MESTI TIP TOP

01/11/2022
APA YANG ANDA BOLEH FAHAM DARI GAMBAR INI?
24/10/2022

APA YANG ANDA BOLEH FAHAM DARI GAMBAR INI?

RASA LAPARRR!!!!
24/10/2022

RASA LAPARRR!!!!

Dalam bidang masakan ada banyak petua atau tips di dapur yang boleh dicuba. Petua ini bertujuan untuk memudahkan kerja-k...
20/10/2022

Dalam bidang masakan ada banyak petua atau tips di dapur yang boleh dicuba.
Petua ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan agar anda rasa tidak berasa susah, cepat siap serta mengelakkan dari pembaziran.

Jadi mari kita cuba petua yang dikongsikan oleh Arie Lazim di Facebook.

1.Senduk Kayu Elak Santan Pecah Minyak.

Bagi anda yang s**a menggunakan santan dalam masakan pasti pernah mengalami pengalaman dimana santan yang anda masak pecah minyak dah berketul di permukaan masakan anda.
Ini sekaligus memberikan kesan kepada masakan yang akan kelihatan tidak menarik.
Percaya atau tidak, dengan meletakkan senduk kayu di dalam periuk dalam keadaan api yang perlahan, ini dapat mengelakkan daripada santan anda pecah minyak.

2.Nasi Mengekalkan Kelembutan Cekodok.

Ramai yang tidak tahu bahawa dengan meletakkan segengam nasi didalam bancuhan tepung dapat membantu melembutkan cekodok anda.
Caranya mudah! Ambil segenggam nasi yang sudah dimasak, kisarkan nasi tersebut dengan sedikit air dan campurkan dengan tepung bancuhan cekodok anda dan goreng seperti biasa.
Ini dapat mengelakkan cekodok anda menjadi liat dan dapat mengekalkan kelembutan cekodok walaupun sudah lama digoreng.

3.Gula Mengekalkan Warna Hijau Sayur

Sayur yang dimasak terlalu lama akan menjadi layu dan akan berubah warna seakan gelap.
Ini akan menjejaskan rupa persembahan masakan sayur anda sekiranya anda ingin menyajikan kepada orang luar atau anda di dalam pertandingan memasak.
Jadi untuk mengekalkan warna hijau sayur, laman rasa mencadangkan anda memasukkan sedikit gula di dalam setiap masakan hijau seperti sawi, bayam, kailan dan sebagainya.

4.Asam Gelugor Elak Gatal Batang Sayur Keladi.

Batang sayur keladi mempunyai peminatnya sendiri. Ada yang mencampurkannya bersama ikan untuk dijadikan asam pedas, ada yang memasak asam sayur keladi dan ada yang menjadikan batang sayur keladi sebahagian daripada masakan dalam masakan gulai udang mereka.
Yang pasti sayur keladi tidaklah asing lagi dalam kalangan kita.

Sekiranya batang sayur keladi ini tidak diproses dengan sebetulnya, ia akan menyebabkan kegatalan lidah pada si pemakan. Untuk mengelak daripada lidah menjadi gatal, masukkan batang keladi yang dicuci bersih kedalam air panas yang berisi beberapa keping asam gelugor dan toskan airnya setelah beberapa minit.

semoga tips ini membantu kita mak-mak kat dapur.

Address

Bachok

Telephone

+601154281445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur Pilihan Ramai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share