Portfolio Designer

Portfolio Designer PORTFOLIO DESIGNER merupakan platfom perkongsian karyaseni saya selama bekerja dalam dunia senibina.

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ„π‘π π“π‘π€πƒπˆπ“πˆπŽππ€π‹ πŒπˆπ—π„πƒ π„ππ†π‹πˆπ’π‡ π’π“π˜π‹π„ .Susah nak dapat site tanah melebar sekarang kebanyakkan memanjang kebela...
17/01/2023

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ„π‘π π“π‘π€πƒπˆπ“πˆπŽππ€π‹ πŒπˆπ—π„πƒ π„ππ†π‹πˆπ’π‡ π’π“π˜π‹π„
.
Susah nak dapat site tanah melebar sekarang kebanyakkan memanjang kebelakang macam lot lidi. Kalau ada saya akan suggestkan buat rumah design melebar. Rumah pun nampak gah lagi la rumah tepi bukit memang cantik tuan-tuan dan puan-puan.
Bahagian dalam p**a ruang tamu akan lebih luas selesa nak buat majlis kenduri untuk berkumpul. Kalau buat marhaban pun meriah.
Bahagian dalam p**a ruang tamu siling boleh buat tinggi sikit kemudian buat L-Box Ceiling pasang dengan lampu LED Strip Light atau T5, bahagian tengah boleh letak lampu gantung Chandelier yg besar sikit. Memang auto-grand rumah kita auto-handsome.
Haish.. banyak lagi idea seronok design rumah orang, yang penting client happy Alhamdulillah.
Okey jom tengok apa yang special design rumah ni.
βœ…Ruang Tamu yang lebih luas.
βœ…Memisahkan laluan masuk ruang utama dengan ruang keluarga.
βœ…Beranda yang lebih luas boleh dijadikan ruang bersembang.
βœ…Beranda keluarga yang lebih privasi.
βœ…Ada ruang solat beserta tempat wuduk.
βœ…Bilik utama ada ruang khas pakaian.
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 4 Bilik & 2 Bilik Air
🏠 Build up area : 1496 kps
🏠 Project : Alor Gajah, Melaka.
🏠 Client : Encik Ali Haidar.
🏠 Designer : Azuan Azmi
🏠 Contractor : RE Homeworks Sdn Bhd
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
Klik page link di bawah untuk official contractor page :
πŸ‘· Kontraktor Page :
https://web.facebook.com/profile.php?id=100063821622890
πŸ‘· Rumah Contoh :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ„π‘π-π“π‘π€πƒπˆπ“πˆπŽππ€π‹ π’π“π˜π‹π„ ."Design lama, Gaya baru" Mungkin tu tagline yang sesuai dengan design konsep rumah kal...
06/12/2022

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ„π‘π-π“π‘π€πƒπˆπ“πˆπŽππ€π‹ π’π“π˜π‹π„
.
"Design lama, Gaya baru"
Mungkin tu tagline yang sesuai dengan design konsep rumah kali ni dengan mengekalkan susun atur ruang yang lebih tersusun dan kemas antara ciri-ciri ruang yang ada pada rumah traditional :
βœ…Anjung depan sebagai ruang menyambut tetamu
βœ…Memisahkan ruang tetamu dengan ruang keluarga
βœ…Ruang keluarga yang lebih luas dan selesa
βœ…Ruang dapur yang terlindung daripada tetamu
βœ…Anjung tepi sebagai ruang bersembang
βœ…Anjung belakang sebagai tempat membasuh
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 4 Bilik & 2 Bilik Air
🏠 Build up area : 1535 kps
🏠 Project : Design Proposal
🏠 Designer : Azuan Azmi
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
πŸ‘· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ π’π‚π€ππƒπˆ-πˆππƒπ”π’π“π‘πˆπ€π‹ π’π“π˜π‹π„ .Gaya Scandi-Industrial adalah gabungan dua gaya reka bentuk scandinavian dan reka bentu...
10/11/2022

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ π’π‚π€ππƒπˆ-πˆππƒπ”π’π“π‘πˆπ€π‹ π’π“π˜π‹π„
.
Gaya Scandi-Industrial adalah gabungan dua gaya reka bentuk scandinavian dan reka bentuk perindustrian.
Reka bentuk Scandinavian terkenal dengan garis lurus bersih yang tidak terlalu banyak dengan perincian senibina halus dan banyak menggunakan unsur minimalist.
Tidak seperti senibina Neoclassic dan Colonial yang banyak menggunakan senibina halus. Gaya Scandinavian banyak menggunakan elemen warna tone nuetral, dinding putih dan bentuk yang simple.
Gaya reka bentuk industrial juga dikenali sebagai 'kilang style'. Banyak mengunakan gabungkan tekstur seperti kayu, logam dan konkrit serta mendedahkan permukaan asal material (raw material).
Konsep dapur rumah ni kita buat konsep semi outdoor. Penggunaan perforated metal sebagai lubang angin bagi memudahkan pengudaraan supaya asap masakkan mudah dibebaskan ke udara.
Jadi takda la bau sambal tumis sampai ke ruang tamu.πŸ˜„
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 3 Bilik & 2 Bilik Air
🏠 Build up area : 1483 kps
🏠 Site : Bukit Katil, Melaka
🏠 Client : Design Proposal
🏠 Designer : Azuan Azmi
🏠 Contractor : by owner
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
πŸ‘· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπ„π‹π€π˜π” πŒπŽπƒπ„π‘π-πˆππƒπ”π’π“π‘πˆπ€π‹ .Masih mengekalkan rekabentuk senibina Melayu dengan pengasingan antara ruang privasi d...
01/11/2022

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπ„π‹π€π˜π” πŒπŽπƒπ„π‘π-πˆππƒπ”π’π“π‘πˆπ€π‹
.
Masih mengekalkan rekabentuk senibina Melayu dengan pengasingan antara ruang privasi dan ruang tetamu.
Boleh tengok pada aras ketinggian lantai yang berbeza bagi ruang tertentu.
Menghidupkan ruang 'Selang' dengan beranda dan pool sebagai ruang santai keluarga selain dapat mewujudkan humidity (kelembapan udara) pada persekitaran rumah.
Kelebihan pool juga dapat mengurangkan haba dan udara persekitaran rumah pun akan menjadi lebih bersih. πŸ‘
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 4 Bilik & 3 Bilik Air
🏠 Build up area : (750kps + 790kps) 1540kps
🏠 Site : Muar, Johor
🏠 Client : Proposal
🏠 Designer : Azuan Azmi
🏠 Contractor : by owner
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
πŸ‘· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

β–ΆοΈπŒπŽπƒπ„π‘π ππ„πŽπ‚π‹π€π’π’πˆπ‚π€π‹ π‡πŽπ”π’π„ .Topik kali ni saya akan terangkan berkenaan ' Kelebihan Courtyard'.Bagi saya konsep ni masi...
20/10/2022

β–ΆοΈπŒπŽπƒπ„π‘π ππ„πŽπ‚π‹π€π’π’πˆπ‚π€π‹ π‡πŽπ”π’π„
.
Topik kali ni saya akan terangkan berkenaan ' Kelebihan Courtyard'.
Bagi saya konsep ni masih kurang lagi diketengahkan dalam masyarakat kita. Banyak kelebihan sebenarnya yang kita boleh dapat daripada konsep ini. Mungkin masyarakat kita kurang lagi pendedahan atau terlalu fikirkan estetik rumah berbanding fungsi dan keperluan ruang pada sesebuah keluarga.
Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, apa itu definasi courtyard dari sudut senibina ?
Courtyard adalah merupakan halaman pada sebahagian rumah kita yang tidak berbumbung dan boleh dimasuki cahaya.
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍.
Daripada definasi ini kita dah boleh tahu courtyard akan memberi pengudaraan semulajadi yang lebih baik. Ruang terbuka ini akan memudahkan pertukaran udara panas dengan udara sejuk yang lebih efisien. Bila pertukaran udara lebih cepat, rumah kita pun akan menjadi lebih sejuk. πŸ₯Ά
ππ„ππ‚π€π‡π€π˜π€π€π
Seterusnya "boleh dimasuki cahaya". Ruang terbuka ini akan mendedahkan limpahan cahaya matahari ke dalam rumah kita. Rumah akan menjadi terang dan kesihatan penghuni akan menjadi lebih baik. Baru point kedua dah banyak penggunaan elektrik yang kita boleh jimat. πŸ€‘
πŠπ„π“π„ππ€ππ†π€π
Pemandangan di dalam rumah yang cantik dan nyaman. Halaman yang dihiasi dengan landskap yang menarik mampu menaikkan mood ceria serta meningkatkan kualiti oksigen yang dilepaskan oleh pokok tanaman. Pemilihan konsep landskap juga penting asalkan 'low maintenance'. Kalau malas sangat tanam rumput turf je pun dah cantik kan best dalam rumah ada warna hijau segar. πŸ₯°
ππ‘πˆπ•π€π’πˆ
Courtyard juga boleh dijadikan pembahagian ruang untuk mengasingkan ruang menyambut tetamu dengan ruang privasi terutama kawasan bilik dan ruang keluarga. Bagi masyarakat kita yang beragama Islam sangat penting dan mudah untuk kita menjaga aurat terutama anak perempuan. Kalau rumah bersepah pun sempat lagi nak berkemas. Bagus! Penyusunan ruang yang strategik. πŸ‘
Banyak lagi kelebihan yang kita boleh dapat cuma yang saya kongsikan hanya 4 point sahaja. Kepada peminat landskap dan s**akan aktiviti keluarga yang privasi, saya sangat syorkan pertimbangkan konsep ini pada rumah tuan. πŸ₯°
InsyaAllah semoga kita semua dapat memberi rumah yang terbaik kepada keluarga kita.
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 7 Bilik & 7 Bilik Air
🏠 Build up area : 4181 sqft
🏠 Site : Muar, Johor
🏠 Client : Proposal
🏠 Design by : Azuan Azmi
🏠 Contractor by : by owner
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
πŸ‘· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ π’π‚π€ππƒπˆππ€π•πˆπ€π π’π“π˜π‹π„ .Kali ni kita tukar mood design kepada konsep Scandinavian. Apa yang kita faham Scandinavian ...
14/10/2022

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ π’π‚π€ππƒπˆππ€π•πˆπ€π π’π“π˜π‹π„
.
Kali ni kita tukar mood design kepada konsep Scandinavian.
Apa yang kita faham Scandinavian ni merujuk kepada sebuah wilayah yang terletak di hemisfera utara di antara negara Norway serta Swedan iaitu negera yang beriklim sejuk.
Kawasan wilayah ini juga menerima cahaya matahari yang sedikit pada waktu siang terutama sekali pada musim sejuk. Negara yang banyak gunung ganang dan bentuk muka bumi yang berbukit.
Jadi apa kaitannya dengan senibina ni ? πŸ˜‚
Atas faktor iklim bersalji lah yang mempengaruhi rekaan kecerunan bumbung yang tinggi supaya salji mudah turun dari bumbung.
Kalau kita perasan pada bahagian fasad kebiasaannya mereka akan buat glass window yang besar dan tinggi sampai ke bumbung. Ini lah salah satu cara untuk memaksimumkan penerimaan cahaya ke dalam rumah.
Tak cukup lagi, mereka akan cat dinding dengan warna putih dan kebanyakkan perabot pun berwarna putih. Dinding yang dicat putih akan memantulkan cahaya dan memberi kesan lebih terang dan terbuka pada kepada sesuatu ruang.
Material utama untuk kediaman di wilayah ini banyak menggunakan bahan berunsur kayu terutama kayu Birch dan Pine sebagai sokongan kepada semulajadi.
Selain warna kayu itu sendiri berupaya untuk menerangi serta memantulkan cahaya dengan efisien di dalam kediaman rumah apabila terkena cahaya dari luar atau sinaran lampu.
Di samping itu, ada juga dinding kediaman yang ditekap dengan kayu panel untuk mendapatkan impak pencahayaan ekstra dari biasan cahaya melalui tingkap.
Sumber rujukan : https://www.impiana.my/ciri-ciri-asli-konsep-dekorasi-scandinavian-yang-wajib-anda-tahu-01/
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 3 Bilik & 3 Bilik Air
🏠 Build up area : 1442 sqft
🏠 Site : Semabok, Melaka
🏠 Client : Proposal
🏠 Design by : Azuan Azmi
🏠 Contractor by : by owner
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
πŸ‘· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπ„π‹π€π˜π” πŒπŽπƒπ„π .Rumah bajet berinspirasi rekaan Melayu yang dimodenkan. Masih mengekalkan facade, rekaan bumbung d...
12/10/2022

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπ„π‹π€π˜π” πŒπŽπƒπ„π
.
Rumah bajet berinspirasi rekaan Melayu yang dimodenkan.
Masih mengekalkan facade, rekaan bumbung dan kayu tunjuk langit yang ada pada ciri-ciri rumah Melayu.
Rekaan pelan lantai yang mengasingkan ruang untuk tetamu dan ruang privasi pada sebelah kanan dan kiri pada bentuk facade.
Beranda yang luas di depan rumah boleh dijadikan ruang santai pada waktu petang.
Kelebihan pengunaan konsep Melayu Moden :
πŸ‘ Warisan dapat dikekalkan.
πŸ‘ Nampak mewah dengan bajet minimum.
πŸ‘ Aesthetic.
πŸ‘ Ruang yang teratur.
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 3 Bilik & 3 Bilik Air
🏠 Build up area : 1314 sqft
🏠 Site : Semabok, Melaka
🏠 Client : Encik Rashid
🏠 Design by : Azuan Azmi
🏠 Contractor by : RE Homeworks Sdn Bhd
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
πŸ‘· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπ„π‹π€π˜π” πŒπˆππˆπŒπ€π‹πˆπ’ .Kali ni kita tukar mood design kepada konsep minimalis yang lebih simple dan tidak terlalu ban...
29/09/2022

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπ„π‹π€π˜π” πŒπˆππˆπŒπ€π‹πˆπ’
.
Kali ni kita tukar mood design kepada konsep minimalis yang lebih simple dan tidak terlalu banyak penggunaan warna serta pattern pada dinding.
Kelebihan pengunaan konsep minimalis :
πŸ‘ Design yang lebih kemas
πŸ‘ Bajet dapat dikurangkan
πŸ‘ Kesederhaan
πŸ‘ Yang penting ada nilai aesthetic
πŸ‘ Kombinasi warna yang sejuk mata memandang seperti coklat cair, putih , hitam, kelabu cair, hijau, biru cair dan pekat. *senang cerita warna-warna nature.
Rekabentuk ni adalah design kedua yang saya buat untuk client.
Design sebelum ni yang kita buat dah over budget disebabkan kenaikkan harga barang selepas pkp yang dah tak relevan.
Jadi penting untuk tentukan dulu bajet nanti baru lah kita akan design keluasan pelan lantai dan lukisan 3D.
Kerja akan bertambah rumit kalau dah submit pelan ke PBT. Kerja akan jadi double, kos pun akan bertambah..
Yang penting client s**a dengan design kita.. InsyaAllah semoga urusan client saya dipermudahkan.😊
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 3 Bilik & 3/2 Bilik Air
🏠 Build up area : 1008 sqft
🏠 Site : Baloi, Pontian
🏠 Client : Puan Farinura
🏠 Design by : Azuan Azmi
🏠 Contractor by : RE Homeworks Sdn Bhd
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
πŸ‘· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ„π‘π ππ€π‹πˆ .Rumah ni pada asal rekabentuknya cuma banglo setingkat je. Selepas difikirkan lokasi yang berdekata...
14/09/2022

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ„π‘π ππ€π‹πˆ
.
Rumah ni pada asal rekabentuknya cuma banglo setingkat je. Selepas difikirkan lokasi yang berdekatan dengan muara sungai client bercadang untuk jadikan 2 tingkat sebelah atas ada 1 bilik master dan 1 family area untuk standby incase berlaku banjir.
Apa yang best rekabentuk rumah ni ada semi enclosed courtyard iaitu ada halaman di tengah rumah. Kalau tengok guna drone dari atas rumah berbentuk u-shape. Selain tujuan untuk create laluan angin boleh juga buat aktiviti santai bersama family. Buat homestay pun okey ni.πŸ’‘πŸ€‘πŸ˜†
Apa lagi yang special courtyard ni ada Wading Pool jadi kalau anak-anak atau cucu balik rumah Tok Wan pun tak perlulah risau kolam ni cetek je untuk budak-budak boleh pantau dari dalam rumah. Dinding pun kita pasangkan dengan big glass panel best dari dalam boleh nampak luar jangan risau pasal privacy kita akan buat tembok pagar dalam 8 kaki tinggi.
Courtyard ni tak panas pun kita dah pasang awning tempered black glass lagi. Lantai p**a kita akan pasang artificial grass cucu kita main pun kaki bersih kalau tak penat Tok Wan menyapu. 😊
Apa lagi yang best dengan courtyard ni ada bar counter. Pagi-pagi boleh breakfast dekat sini. Pintu Sliding boleh buka luas-luas angin sejuk pun boleh masuk. Lepas mandi mesti laparkan. Tok wan p**a hidangkan (RBTC) Roti Bakar Telur Cheese dengan air Fresh Orange p**a. Fuh~
Kan best macam ni tiap-tiap minggu nak balik rumah Tok Wan. πŸ˜„
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 5 Bilik & 6 Bilik Air
🏠 Build up area : (2337sqft + 595sqft) 2807 sqft
🏠 Site : Parit Jawa, Muar
🏠 Client : Proposal
🏠 Design by : Azuan Azmi
🏠 Contractor by : by owner
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
πŸ‘· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ„π‘π πŒπŽππŽππˆπ“π‚π‡ Nak buat rumah bumbung monopitch nasihat saya jangan menghadap sunset supaya rumah tidak meneri...
02/09/2022

β–ΆοΈπ‘π”πŒπ€π‡ πŒπŽπƒπ„π‘π πŒπŽππŽππˆπ“π‚π‡

Nak buat rumah bumbung monopitch nasihat saya jangan menghadap sunset supaya rumah tidak menerima cahaya matahari secara direct. Matahari sebelah petang ni lagi panas berbanding sebelah pagi.
Kemudian dengan kecerunan atap yang kurang daripada 15 degree guna atap metal deck sudah memadai berbanding guna atap genting kalau taknak rumah masuk air. hehee πŸ˜›
Site ni dah cantik tepi jalan, halaman pun luas cuma struktur tanah je kawasan tanah gambut.
Tanah gambut p**a ada banyak kategori, ada yang sebahagian gambut dan selebihnya bahagian bawah adalah tanah liat dan ada juga yang sepenuhnya gambut.
Jadi apa penyelesaianya, kita akan guna raft foundation dengan pad foundation ni untuk beberapa point sahaja jadi boleh backup foundation sebelah atas.
Sebelum ni pun kita dah pernah buat Alhamdulillah takda masalah. Kalau buat rumah 2 tingkat ni kena masuk RC Piles. Mana maunya kayu bakau tuan.
Setiap masalah ni ada penyelesaiannya. Yang penting kualiti kena jaga design kena paling cantik.πŸ˜†
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 3 Bilik & 3/2 Bilik Air
🏠 Build up area : 907 sqft
🏠 Site : Bakri, Muar
🏠 Client : Puan Hairon Napiah
🏠 Design by : Azuan Azmi
🏠 Contractor by : RE Homeworks Sdn Bhd
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
πŸ‘· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

▢️ πŒπŽπƒπ„π‘π π„ππ†π‹πˆπ’π‡ π‚πŽπ“π“π€π†π„ Kali ni p**a kita design rumah cikgu, ramai rupanya yang minat rumah design english style.Kala...
26/08/2022

▢️ πŒπŽπƒπ„π‘π π„ππ†π‹πˆπ’π‡ π‚πŽπ“π“π€π†π„

Kali ni p**a kita design rumah cikgu, ramai rupanya yang minat rumah design english style.
Kalau nak cantik bumbung slope kena 45 degree tapi kos akan tinggi sikit. Kalau rendah daripada kecerunan tu jadi kurang la english tu πŸ˜…
Setiap keping atap genting kena skru atau paku untuk beberapa selang susunan supaya lebih kukuh utk kecerunan 35 degree ke atas je perlu.
Kelebihan bumbung tinggi, sebelah dalam p**a siling boleh buat tinggi. Lebih-lebih lagi ada skylight window lagi best rumah terang.
Untuk bebaskan haba yang terkumpul atas siling boleh buat louvres window. Ada pertukaran udara panas dan sejuk. Baru la rumah sejuk πŸ₯Ά
Lepas tu boleh buat mezannine floor orang melayu cakap loteng, ruang ni boleh buat santai-santai dengan family.
Site p**a atas bukit, waktu petang boleh nampak sunset. Fuh~
Syok design rumah client macam rumah sendiri. πŸ˜†
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 4/5 Bilik & 3 Bilik Air
🏠 Build up area : 2240 sqft
🏠 Site : Masjid Tanah, Melaka
🏠 Client : Encik Shahrin
🏠 Designer : Azuan Azmi
🏠 Contractor : RE Homeworks Sdn Bhd
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
πŸ‘· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

▢️ π‘π”πŒπ€π‡ πŠπ€πŒππŽππ† πŒπŽπƒπ„π‘π Design rumah lama yang tengah hot sekarang ni panas macam pisang goreng. Sebelum ni banyak dibin...
26/08/2022

▢️ π‘π”πŒπ€π‡ πŠπ€πŒππŽππ† πŒπŽπƒπ„π‘π

Design rumah lama yang tengah hot sekarang ni panas macam pisang goreng.
Sebelum ni banyak dibina sebelah pantai timur, sekarang dah meluas sampai Johor dan Melaka pun ada.
Sesuai sangat dengan cuaca sekarang ni dengan banjir yang tak menentu.
Kolong yang boleh dijadikan bermacam-macam fungsi terutama sekali ruang bersembang waktu petang sambil minum teh cicah biskut lagi. πŸ˜„
Boleh dijadikan ruang makan berkonsep pada majlis kenduri kawin atau parking kereta dan sebagainya.
----------------------------------------------
🏠 Bedrooms : 4/5 Bilik & 3 Bilik Air
🏠 Build up area : (740kps, 1077kps, 846kps) 2663 kps
🏠 Site : Jasin, Melaka
🏠 Client : Encik Shaiful
🏠 Designer : Azuan Azmi
🏠 Contractor : RE Homeworks Sdn Bhd
----------------------------------------------
Klik link di bawah untuk sebarang pertayaan berkaitan :
πŸ“ž Design rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBuatDesign
πŸ“ž Bina rumah :
https://wa.me/60147245104?text=SayaNakBinaRumah
πŸ‘· Progress rumah :
https://web.facebook.com/kontraktorpakarbinaan

Address

Jalan Sinar Bakri 3, Pusat Perniagaan Sinar Bakri, Batu 3
Bakri
84000

Telephone

+60147245104

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Portfolio Designer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Portfolio Designer:

Share