Entohygiene Services Pest Control

Entohygiene Services Pest Control Entohygiene Services Sdn Bhd (1163251-U) is a company that provides pest control services in Northern Region of Malaysia

Specialist Services Anai Anai Pest Control and Hygiene

20/03/2026
Kehadiran kelkatu anai-anai berdekatan rumah merupakan antara tanda-tanda kehadiran sarang anai-anai.Kelkatu anai-anai d...
02/02/2026

Kehadiran kelkatu anai-anai berdekatan rumah merupakan antara tanda-tanda kehadiran sarang anai-anai.
Kelkatu anai-anai dan semut kelihatan hampir sama. Mungkin sukar bagi kita untuk membezakan antara anai-anai berbanding semut kerana kedua-duanya bersayap dan juga sering berkerumun terutama pada musim selepas hujan.
Kedua-dua serangga ini masing-masing memberikan masalah yang berbeza. Namun, anai-anai boleh menyebabkan masalah yang lebih besar iaitu kerosakan pada rumah manakala semut hanya menyebabkan ketidakselesaan kerana mencemarkan makanan.
Jom lihat apakah perbezaan antara keduanya supaya boleh melakukan langkah pencegahan dengan segera.

Kebiasaannya anai-anai melakukan kerosakan secara tanpa disedari. Oleh sebab itu, pemeriksaan awal adalah penting untuk ...
20/01/2026

Kebiasaannya anai-anai melakukan kerosakan secara tanpa disedari. Oleh sebab itu, pemeriksaan awal adalah penting untuk melindungi rumah dari serangan anai-anai.
Berikut ialah antara kawasan rumah yang paling berisiko diserang anai-anai:
1) Struktur kayu.
Kayu ialah sumber makanan anai-anai. Periksa mana-mana struktur kayu di dalam dan sekitar rumah, termasuk papan tiang, bingkai pintu, perabot dan juga kayu yang disimpan berhampiran rumah.
2) Kawasan Lembap
Periksa tanda-tanda kerosakan di sekitar paip bocor, bilik air dengan pengudaraan yang lemah, dan kawasan yang terdedah kepada pengumpulan lembapan seperti di dapur dan bilik mandi.
3) Dinding dan Siling
Antara tanda kehadiran anai-anai yang ketara ialah kehadiran terowong lumpur. Terowong ini boleh dilihat bergerak melepasi struktur kayu dan merebak ke dinding dan siling.
Di samping itu, keadaan cat yang mengelupas, kerosakan pada kertas dinding atau siling yang kendur, juga merupakan tanda-tanda serangan anai-anai.

Anai-anai adalah pengurai alam semula jadi dan memakan segala-galanya daripada dokumen kertas kepada struktur kayu.Jika ...
16/01/2026

Anai-anai adalah pengurai alam semula jadi dan memakan segala-galanya daripada dokumen kertas kepada struktur kayu.
Jika serangan anai-anai tidak diatasi, ia boleh merosakkan struktur rumah dan menyebabkan kerugian yang teruk. Hubungi Entohygiene untuk pemeriksaan anai-anai hari ini!

π“πšπ§ππš-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 π©πžπ«πšπ›π¨π­ 𝐝𝐒𝐬𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐚𝐒-𝐚𝐧𝐚𝐒.βœ”οΈ Pintu perabot yang tersekat disebabkan bingkai yang rosakβœ”οΈ Warna perabot puda...
12/01/2026

π“πšπ§ππš-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 π©πžπ«πšπ›π¨π­ 𝐝𝐒𝐬𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐚𝐒-𝐚𝐧𝐚𝐒.
βœ”οΈ Pintu perabot yang tersekat disebabkan bingkai yang rosak
βœ”οΈ Warna perabot pudar atau lapisan kayu terkeluar
βœ”οΈ Kehadiran terowong anai-anai berdekatan perabot
Kesan anai-anai hanya akan dapat dikenal pasti setelah kerosakan menjadi teruk dan ketara.
Elakkan anai-anai menyerang perabot dengan menjarakkan perabot dari dinding sebanyak 2-3 inch.

Think termites would make noise? Think again. These tiny pests work silently behind your walls, under floors, and inside...
06/01/2026

Think termites would make noise? Think again.
These tiny pests work silently behind your walls, under floors, and inside woodβ€”sometimes for months before you notice a thing!

Keep an eye out for tiny discarded wings, mud tubes along walls, or wood that sounds hollow when tapped. These sneaky signs could mean termites are already at work.

The good news? Catching them early can save you from major damage, costly repairs, and a whole lot of stress.
Stay alert. Protect your home.

31/12/2025

HAPPY NEW YEAR 2026

Kawalan Anai-anai: Jimatkan Wang dengan Mencegah Serangan.Anai-anai adalah makhluk perosak senyap yang boleh menyebabkan...
24/12/2025

Kawalan Anai-anai: Jimatkan Wang dengan Mencegah Serangan.
Anai-anai adalah makhluk perosak senyap yang boleh menyebabkan kerosakan besar kepada rumah dan bangunan perniagaan. Serangga rakus ini memakan kayu dan perlahan-lahan melemahkan integriti struktur bangunan.
Kos membaiki kerosakan anai-anai sangat membebankan, sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Oleh itu, pengesanan awal melalui pemeriksaan kebiasaannya boleh menjimatkan wang pemilik rumah dalam jangka masa panjang.
Impak kerugian kewangan terhadap serangan anai-anai boleh terbahagi kepada dua kategori: kos pembaikan dan kos rawatan:
1) Kos Pembaikan
Kos pembaikan termasuk kos membaiki struktur asas teras rumah, pintu, tingkap dan lain-lain kerosakan yang menjejaskan fungsi. Kos pembaikan yang lebih tinggi perlu ditanggung sekiranya kawasan serangan meluas dan telah berlaku pada jangka masa yang lama.

2) Kos Rawatan Anai-anai.
Walaupun pembaikan kerosakan penting namun rawatan perlu dilakukan agar masalah anai-anai tidak berlaku semula. Cara yang terbaik ialah melakukan rawatan terlebih dahulu sebelum melakukan pembaikan. Rawatan anai-anai adalah penting untuk menghapuskan punca masalah dan mencegah serangan pada masa hadapan.
Kos rawatan berbeza-beza bergantung kepada keterukan serangan dan jenis rawatan. Walau bagaimanapun, pengesanan awal dan pencegahan adalah kunci dalam mengatasi masalah anai-anai. Dengan pengesanan lebih awal, Kos rawatan dan pembaikan boleh diminimumkan.

Jenis Umpan Anai-AnaiSistem umpan anai-anai merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk menyelesaikan masalah anai-a...
22/12/2025

Jenis Umpan Anai-Anai
Sistem umpan anai-anai merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk menyelesaikan masalah anai-anai.
Terdapat dua jenis sistem umpan anai-anai: Sistem Umpan Dalam Tanah dan Sistem Umpan Atas Tanah.
Sistem Umpan Atas Tanah (AG)
Sistem atas tanah dipasang terus di kawasan yang mempunyai serangan anai-anai aktif. Umpan beracun diletakkan terus di atas landasan anai-anai seperti jejak lumpur yang kelihatan di atas tanah, seperti di dinding, siling, perabot, dan lain-lain.
Sistem Umpan Dalam Tanah (IG)
Sistem Umpan Dalam Tanah digunakan sebagai tujuan pemantauan. Sebuah stesen dalam tanah diletakkan di sekeliling bangunan.
Tujuannya ialah untuk mengawasi tempat tersebut sekiranya terdapat serangan anai-anai.
Stesen umpan ini akan dikunjungi setiap bulan. Umpan dengan bahan aktif akan dimasukkan ke dalam stesen apabila terdapat serangan anai-anai untuk menyingkirkan seluruh koloni tersebut.

Thinking about termite control? Here’s what you should know before booking πŸœπŸ’ΈIn Malaysia, termite treatment costs range ...
15/12/2025

Thinking about termite control? Here’s what you should know before booking πŸœπŸ’Έ
In Malaysia, termite treatment costs range from RM400 to RM4,000 depending on the species, how serious the infestation is, and your property size.
Subterranean termites are the most destructiveβ€”and usually the most expensive to treat.
Bigger homes or hard-to-reach areas may increase costs. You can choose a one-time treatment or an annual plan (RM300–RM800) for regular monitoring and warranty protection.
Investing early can save you thousands in future repairs! 🏠✨

KETAHUI TANDA-TANDA KEROSAKAN DISEBABKAN ANAI-ANAI1) Terowong Anai-AnaiSalah satu tanda serangan anai-anai yang paling b...
02/12/2025

KETAHUI TANDA-TANDA KEROSAKAN DISEBABKAN ANAI-ANAI
1) Terowong Anai-Anai
Salah satu tanda serangan anai-anai yang paling biasa ialah terowong anai-anai yang kebiasaannya terdapat pada dinding batu, konkrit dan tiang.
2) Kerosakan Pada Kayu
Kerosakan pada kayu seperti kosong di dalam dan perubahan warna adalah tanda-tanda anai-anai.
3) Kehadiran Kelkatu
Kehadiran kelkatu berhampiran lampu di dalam bangunan kebiasanya menunjukkan koloni aktif di kawasan berhampiran.

Address

No. 5, Jalan Seri Berapit, Taman Seri Berapit
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60125511265

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Entohygiene Services Pest Control posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Entohygiene Services Pest Control:

Share