25/08/2022
AJINOMOTO UTK BAJA TANAMAN
Ajinomoto kaya dgn MSG yg mampu menyuburkan pokok yg susah mahu berbunga dan berbuah. Dedaun sayur p**a akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah.
Terdapat dua kaedah bancuhan Ajinomoto utk tanaman pokok..
PERTAMA:
● Ajinomoto 1 sudu teh (5g) utk 1 pasu tanaman.
CARA MEMBAJA:
Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KEDUA:
1. Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.
● Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.
2. Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain. (Utk umur tanaman setahun ke atas).
● Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.
CARA MEMBAJA:
Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.