19/03/2026
𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
Langkah proaktif diambil bagi menangani ancaman hakisan di pesisir pantai Melaka. Projek Kawalan Hakisan Pantai di Pantai Puteri yang bernilai RM30.00 juta menunjukkan prestasi cemerlang dengan mendahului jadual sebanyak 28%. Selain melindungi garis pantai daripada kerosakan alam, projek ini berperanan penting dalam memelihara kestabilan ekonomi komuniti setempat yang bergantung kepada kawasan pantai tersebut.