02/01/2018
JANGAN BUAT 5 BENDA NI KALAU TAKNAK PERUT KEMBUNG DAN ANGIN..
Hai uolss, hari ini sis nak berkongsi tips untuk uolss yang ada masalah perut sebu, angin dan kembung.
Masalah macam ni memang dah biasa sangat bagi uolss yang ada gastrik, kadang-kadang mereka ni ada masalah terlalu banyak angin dalam badan, macam-macam cara guna.
Antara cara nak legakan masalah angin adalah melalui sendawa atau kentut. EWWWW bagi yang seharian asyik buang angin aje mesti tak selesa kan.
Lagi-lagi kalau asyik nak kentut aje, of cos susah untuk uolss nak menghadapi dalam suasana sedang bekerja atau bersama friend uolss.
Bila dah ada masalah angin ni, fokus pun boleh terjejas, prestasi kerja drop dan kualiti life makin takda.
Jadi kalau uolss berterusan ada masalah macam ni, ni sis nak kongsi 5 benda ni dan jangan amalkannya kalau taknak perut kembung dan berangin.
1. Stress
Uolss tak boleh stress, bila stress perjalanan darah uolss agak terganggu dan makanan dalam perut tu susah nak hadam dengan baik sebab darah kurang lalu di perut, tapi banyak lalu di otak.
Bila jadi macam ni, uolss akan rasa makin tak selesa, perut makin mengeras dan kembung. Jadi uolss kena banyak berehat dan jangan over presure tau!.
2. Merokok
Well, kalau uolss ada yang merokok, bahan nikotin tu bukan sahaja bahaya untuk uolss, tapi tapi bahan kimianya juga boleh merangsang kalenjar rembesan asid gastrik.
Lagi banyak asid dalam perut , lagi banyak lah kesan pada masalah perut bergas uolss tu.
3. Minum minumam berkarbonat.
Jangan minum minuman berkarbonat. Kalau uolss nak tau, minuman bergas ni mengandungi karbon dioksida, bila uolss minum, minuman ni menghasilkan lebih banyak gas jika berada dalam perut dan keadaan yang panas.
Perut akan rasa kembung berpanjangan.
4. Makan makanan berlemak.
Jika uolss makan makanan yang berlemak, makanan berlemak ni mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan , ini memberi peluang lebih banyak gas akan terkumpul dalam perut uolss.
Bukan semua benda yang uolss akan makan tu akan dicerna dengan baik, ada je beberapa jenis karbohidrat macam gula, kanji atau serat tak dapat nak serap dengan baik sebab kekurangan enzim tertentu.
Bila dah jadi macam tu, makanan yang tak serap dengan baik ni berpindah dari usus kecil ke usus besar dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana.
Lagilah bertambah gas kat perut uolss tu.
5. Kerap makan gula-gula getah.
Kalau dah namanya gula, memang boleh hasikan asid dalam perut uolss tu, jadi stop dulu kalau uolss s**a sangat makan chewing gum ni, sebab ianya boleh juga menghasilkan gas dalam perut uolss tu.
Kalau s**a dengan perkongsian sis ni, share2 lah ya :)