29/09/2024
6 Tip Penting Sebelum Membeli Aircond Rumah
Sebelum ini memiliki penyaman udara di rumah dianggap satu kemewahan. Tapi kini penyaman udara sudah dikategorikan sebagai salah satu keperluan untuk kebanyakkan rumah di Malaysia. Terutama sekali untuk rumah yang mempunyai anak kecil dan warga emas.
Dengan lumrah cuaca panas sepanjang tahun di negara kita ini, kadangkala agak mustahil untuk kita berehat dengan selesa, walaupun kipas siling telah dipasang pada kelajuan maksimum. Oleh itu untuk memberi keselesaan kepada seisi keluarga, memasang penyaman udara di ruang tamu dan bilik tidur merupakan idea yang terbaik.
Walau bagaimanapun, tidak ramai pemilik rumah mempunyai maklumat yang jelas tentang cara untuk memilih penyaman udara seperti jenis yang sesuai untuk kegunaan dirumah, kapasiti kuasa kuda (HP) yang bersesuaian untuk saiz ruangan yang berbeza dan sebagainya. Di sini saya kongsikan tip dan garis panduan untuk anda pilih penyaman udara yang terbaik untuk rumah anda.
Secara asas, ruangan yang lebih besar akan memerlukan penyaman udara dengan kapasiti HP yang lebih tinggi. Faktor lain yang perlu diambil kira ialah jumlah matahari yang masuk ke ruangan itu pada waktu siang. Bilik yang mendapat banyak pencahayaan terus kebiasaanya akan memerlukan penyaman udara dengan HP yang lebih tinggi untuk menurunkan suhu di ruangan itu dengan efektif.Ini adalah garis panduannya:
Sebelum membeli penyaman udara, dapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang penyaman udara. Mereka akan bantu anda untuk melakukan penilaian dan memberi cadangan tentang pilihan dan kapasiti penyaman udara yang terbaik untuk setiap ruangan di rumah anda.