Heat Shield Solution

Heat Shield Solution The most effective heat insulation material in the market. Comes with 7 - 20 years warranty. Tested a

Siri 66: Ralat dalam pembinaan - lubangSekiranya anda selalu dengar ada bunyi ada benda berlari serta berjoget di atas s...
04/08/2026

Siri 66: Ralat dalam pembinaan - lubang

Sekiranya anda selalu dengar ada bunyi ada benda berlari serta berjoget di atas siling, ini masanya anda mencari kesan tapak kaki hitam serta lubang di keliling rumah anda.

Lubang seperti ini boleh menjadi laluan untuk burung serta tikus untuk pindah masuk menjadi peneman di dalam rumah anda.

Oleh itu, ada aksesori bumbung yang penting tidak boleh diabaikan kerana ia akan menyebabkan tuan rumah kena hadap pelbagai masalah di masa hadapan. Jimat sekarang, poket koyak di kemudian hari.

Lee Wai Wan






30/07/2026

Siri 65: Ralat dalam pembinaan - wayar solar PV

Kali ini kami jumpa sesuatu yang menarik di bawah panel solar PV. Hah!

Wayar dibiarkan begitu sahaja di bawah solar panel. Adakah ini cara pemasangan yang betul kerana peluang wayar itu digigit oleh tikus ataupun permukaan wayar mengeras atau jangka hayat wayar tersebut pasti akan tidak tahan lama.

Bayangkan jika tikus menggigit permukaan wayar, bahagian copper bersentuhan pada bumbung awning akan menyebabkan seluruh bumbung itu akan mengalir elektrik. Jika tuan rumah sentuh pada bahagian rangka bumbung ataupun kaki awning, risiko kena renjatan elektrik amat tinggi.

Jika wayar letak di atas siling ada dimasukkan ke dalam paip conduit adakah wayar di bawah solar panel harus juga dibuat sedemikian. Sekiranya anda di bidang M&E, cuba bagi pencerahan bab ini. Terima kasih.

Lee Wai Wan













&e











Siri 64: Ralat dalam pembinaan - wayarKes kali ini berkenaan dengan wayar dari panel solar PV yang di masukkan antara sa...
24/07/2026

Siri 64: Ralat dalam pembinaan - wayar

Kes kali ini berkenaan dengan wayar dari panel solar PV yang di masukkan antara sambungan awning rumah tuan rumah dengan jiran. Penutup flashing di bahagian jiran telah diselak untuk memasukkan wayar menyebabkan air hujan masuk ke bahagian jiran semasa hujan melalui bahagian yang terdedah serta mengalir ke bawah ikut saluran wayar.

Maka kami telah tambah capping tepi untuk menutup bahagian itu agar hubungan baik di antara tuan rumah dengan jiran sebelah kekal baik. Oleh itu, semasa kita membuat sesuatu, perlu lihat samada apa yang dibuat adakah ia akan memberikan implikasi ataupun mudarat kepada tuan rumah ataupun jiran sebelah. Benda yang nampak remeh boleh memberi impak yang besar. Namun begitu benda boleh bincang, tidak perlu gaduh. Kes selesai dengan baik kali ini.

Lee Wai Wan
























19/07/2026

Siri 63: Ralat dalam pembinaan: Bocor

Kes kali ini berkenaan dengan kes bocor yang melibatkan kawasan yang agak besar. Tuan rumah letak 2 baldi di bahagian tangga untuk tadah air hujan setiap kali berlaku hujan lebat.

Apabila naik ke atas untuk melihat tempat yang bocor, didapati terdapat masalah retak di bahagian atas atap genting. Selepas keluarkan atap genting yang bermasalah, didapati ada juga atap genting yang berada di bahagian atas kanan yang juga mengalami retak di bahagian bawah kiri.

Untuk memahami kenapa air masuk dengan banyak, anda boleh rujuk pada video bawah.

Terima kasih pada kepercayaan tuan rumah yang sanggup tunggu kami untuk datang kerja sejak akhir bulan April untuk selesaikan masalah ini serta masalah lain di rumahnya.

Lee Wai Wan


























12/07/2026

Siri 62: Ralat dalam pembinaan - Atap genting

Ini adalah sambungan berkenaan dengan bahagian siling yang mengalami kesan bocor di bahagian siling. Tempat pertama yang dilihat adalah berpunca dari air-con insulation copper piping yang tidak ditutup dengan baik serta digigit oleh Cik T.

Apabila di teliti semula bahagian yang lebih jauh, kelihatan ada lubang berlainan dan bahagian rangka siling p**a telah berkarat dan agak panjang bermakna agak banyak air yang masuk ke dalam. Dari luaran memang tidak nampak punca masalah dari mana.

Namun apabila buka atap genting, nampak p**a bahagian atas atap genting telah pecah. Tidak nampak bahagian atas yang pecah. Bermakna ia bukan pecah selepas dipasang tetapi telah pecah sebelum dipasang.

Sekiranya anda ingin membina rumah baru ataupun tukar bumbung baru, pastikan anda berkomunikasi dengan tukang agar atap genting yang bermasalah tidak dipasang dan anda membeli lebihan atap genting. Jika tidak, tukang akan pasang juga atap genting yang bermasalah dan anda yang perlu hadap segala masalah nanti.

Lee Wai Wan


























11/07/2026

Siri 61: Ralat dalam pembinaan - Siling berlubang: Air con Insulation piping

Kes kali ini agak menarik. Bawah siling nampak beberapa tempat berlubang. Apabila naik ke atas bumbung, aik! Atap genting dalam keadaan baik p**ak! Tidak ada atap genting yang retak. Maka buka lokasi bahagian bocor ingat mungkin ada bahagian atap genting yang retak dan terlindung, semua atap genting p**a berada dalam keadaan baik.

Jadi tengok semula lokasi mana tempat berlubang, Hah! Nampak punca masalah ada 2. Pertama Foam insulation berwarna hitam yang digunakan untuk membalut paip tembaga pendingin hawa ada kesan gigitan tikus. Tengok lagi, didapati bahawa foam itu p**a tidak cukup panjang tetapi dibiarkan begitu sahaja.

Maka setiap kali tuan rumah buka pendingin hawa, paip tembaga yang sejuk bertemu dengan udara panas akan menghasilkan kondensasi di mana air akan menitik ke bawah. Lama-kelamaan siling di bahagian itu akan mula berlubang.

Persoalannya kenapa Cik T gigit bahagian itu? Rasanya mungkin untuk minum air sejuk? Betullah orang cakap orang sekarang Cik T pun ada pergi sekolah.

Selepas mengetahui punca masalah, saya pun beritahu tuan rumah untuk minta tukang air-con untuk buat semula bahagian sana. Dia beritahu baru sahaja servis pendingin hawa. Maka saya pun telefon kawan saya berkenaan dengan keadaan ini samada dia boleh buat. Dia beritahu saya di mana tempat boleh beli paip itu dan maka saya pun potong bahagian yang bermasalah dan tambah yang baru. Hehe, isu 1 telah selesai di bahagian sana. Isu 2 saya akan tulis di post lain.

Jika anda rasa perkongsian saya bermanfaat, harap boleh like, komen dan share. Terima kasih ya sudi baca penulisan saya sampai habis.

Lee Wai Wan


























07/07/2026

Siri 60: Ralat dalam pembinaan

Sebelum sesuatu kerja pembaikan ingin dilakukan, perlu perhatikan dulu sifat sesuatu bahan binaan serta punca masalah perlu diketahui terlebih dahulu kemudian baru kita akan menggunakan kaedah yang paling sesuai mengikut keadaan serta bajet Tuan Rumah.

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, ada pelbagai jenis kaedah boleh digunakan dan setiap kaedah mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Maka pemilihan kaedah yang betul boleh menyelesaikan masalah. Tetapi apabila silap langkah atas kegagalan memahami sifat sesuatu bahan binaan boleh membawa padah serta malapetaka kepada tuan rumah.

Balik pada kes ini, simen diletak pada bahagian tindihan di antara atap genting yang terjongket ke atas telah menyebabkan air melimpah masuk ke dalam rumah setiap kali hujan lebat dan tuan rumah perlu letak baldi di sana sini untuk menadah air hujan.

Maklumat lanjut anda boleh lihat di bahagian akhir video untuk mengetahui apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh tukang sebelum ini.

Lee Wai Wan























07/07/2026

Siri 56: Ralat dalam pembinaan

Sebelum sesuatu kerja pembaikan ingin dilakukan, perlu perhatikan dulu sifat sesuatu bahan binaan serta punca masalah perlu diketahui terlebih dahulu kemudian baru kita akan menggunakan kaedah yang paling sesuai mengikut keadaan serta bajet Tuan Rumah.

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, ada pelbagai jenis kaedah boleh digunakan dan setiap kaedah mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Maka pemilihan kaedah yang betul boleh menyelesaikan masalah. Tetapi apabila silap langkah atas kegagalan memahami sifat sesuatu bahan binaan boleh membawa padah serta malapetaka kepada tuan rumah.

Balik pada kes ini, simen diletak pada bahagian tindihan di antara atap genting yang terjongket ke atas telah menyebabkan air melimpah masuk ke dalam rumah setiap kali hujan lebat dan tuan rumah perlu letak baldi di sana sini untuk menadah air hujan.

Maklumat lanjut anda boleh lihat di bahagian akhir video untuk mengetahui apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh tukang sebelum ini.

Lee Wai Wan























Siri 12: Kenapa rumah saya begitu panas! Rumah teres 2 1/2 tingkatKes kali ini agak unik dan ia melibatkan pelbagai sudu...
05/07/2026

Siri 12: Kenapa rumah saya begitu panas! Rumah teres 2 1/2 tingkat

Kes kali ini agak unik dan ia melibatkan pelbagai sudut. Jadi saya akan pecahkan ia pada beberapa siri untuk memudahkan pemahaman. Selama kami kerja di banyak jenis rumah, kali ini memang lain dari lain.

Rumah ini adalah jenis rumah teres 2 1/2 tingkat.
Tingkat 2 adalah merupakan ruang tamu keluarga yang teramat panas sekali yang mana bahang panas boleh dirasai walaupun kami berada di bahagian tangga ingin berjalan ke atas selepas menyiapkan kerja di tingkat 1 yang berada di bahagian belakang rumah.

Ruang atas sini di kelilingi oleh 4 dinding di mana 2 dinding adalah dinding berkongsi dengan jiran sebelah, 1 belah dinding menghala bahagian luar dan 1 lagi dinding di bahagian belakangnya p**a dilindungi oleh ruang bumbung kerana bumbung tingkat 2 bersambung sehingga ke bumbung untuk tingkat 1.

Apabila ruang bawah bumbung di tingkat 1 yang telah dipanaskan oleh cahaya matahari, haba panas itu akan memanaskan dinding belakang di tingkat 2 dan seterusnya menyebabkan ruang tingkat 2 semakin panas. Anda boleh rujuk gambar di bawah yang menunjukkan pelan sisi rumah tersebut sebagai rujukan (bukan pelan sebenar unit itu) .

Fokus kali ini lebih kepada bumbung di tingkat 2 kenapa begitu panas. Bumbung rumah ini adalah jenis atap genting tanpa sebarang penebat haba. Ruang bumbung di atas tingkat 2 adalah tidak terlalu tinggi iaitu lebih kurang 6 kaki di bahagian tengah. Bahagian siling amat panas sekali dan suhu yang direkodkan adalah setinggi 50.7°C di tingkat 2 tanpa sebarang kertas aluminium berbanding dengan suhu permukaan siling di tingkat 1 yang hanya 37.8°C selepas pemasangan kertas aluminium. Sila rujuk gambar di bahagian komen.

Ruang di tingkat 2 mempunyai 2 punca panas melalui bumbung iaitu haba panas dari bumbung atas tingkat 2 yang melonjak sampai 45.4°C yang memanaskan ruang bawah bumbung dan seterusnya memanaskan ruang di tingkat 2 dan berjaya diturunkan sehingga ke 37.9°C selepas siap kerja (anda boleh rujuk gambar di ruang komen). Rekod suhu akan semakin rendah mulai keesokkannya apabila suhu bumbung kembali rendah pada waktu malam dan kebiasaannya keesokkannya akan kembali normal pada suhu yang tidak terlalu tinggi.

Selain itu, ruang bumbung tingkat 1 yang berada di belakang dinding ruang tingkat 2 turut menyebabkan dinding di bahagian belakang sana turut panas. Anda boleh rujuk rekod suhu permukaan dinding belakang tingkat 2 di ruang komen.

Benda yang menyebabkan rumah ini panas bukan hanya dari bumbung sahaja. Ia melibatkan punca lain juga. Saya akan ulas lebih lanjut di post seterusnya.

Lee Wai Wan












31/05/2026

Hari ini bertemu dengan sesuatu mistik yang menyeramkan.

Saluran paip bercahaya! Ya ia boleh mengeluarkan cahaya berwarna merah!

Untuk pengetahuan anda, itu adalah merupakan saluran paip angin (vent pipe) yang berfungsi untuk membolehkan sistem tandas kita boleh berfungsi dengan baik.

Tanpa paip ini, setiap kali kita tekan butang di mangkuk tandas, air tidak akan dapat turun dengan baik tanpa paip angin ini.

Mengapa kejadian mistik iaitu ia kelihatan mengeluarkan cahaya di bahagian atas? Sebenarnya ia adalah merupakan kesan dari pencahayaan dari matahari kita pada paip itu yang disambung sehingga ke atas bumbung.

Jadi tidak perlu takut sekiranya anda nampak benda seperti ini berlaku. Ini bukan kejadian mistik ya. Ini juga bukan kerja alien yang ingin menakluki rumah anda. OK bye, saya lari dulu. Ingatkan bahagian akhir mahu letak gambar menakutkan, tapi takut p**a ada yang sakit jantung akibat dari perbuatan saya. Hehe....

Lee Wai Wan




Address

251A, Jalan Silibin, Taman Alkaff
Ipoh
30100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60195571268

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Heat Shield Solution posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category