14/03/2026
Alhamdulillah hari ini saya dan beberapa kawan dari IKM MARA berpeluang menyantuni rumah asnaf dan pusat jagaan orang tua di sekitar KL dan Selangor. Ada sikit momen yang nampak biasa, tapi sangat menyentuh hati.
Satu momen yang tak boleh lupa ketika tgh melayan anak-anak asnaf mewarna. Ada seorang budak perempuan yang tiba-tiba mengalir air mata hanya kerana dia tak cukup kertas untuk mewarna, kami cuba pujuk ,cari kertas dan pensil warna untuk dia, dah siap warna sy hulurkan sedikit duit RM5 tanda usaha dia , masa tu wajah dia terus berubah happy siap cium2 duit tu.
masa tu terus teringat anak sendiri, kt rumah bukan main manja, menangis aje kalau tak dapat apa yg dia nak, tapi di sini, ada anak kecil yang hanya perlukan sehelai kertas dan beberapa batang pensil warna untuk rasa bahagia.
Momen kedua ketika kami melawat pusat jagaan warga emas. Tempat yg sangat bersih, terurus dan dijaga dengan penuh perhatian oleh petugas.Rasa kagum tapi dalam masa yang sama, hati terasa sebak.
Ramai penghuni di situ berumur sekitar 60 hingga 80 tahun. Ada yang terlantar, ada yang sekejap sakit sekejap sihat, ada yang masih boleh urus diri sendiri. Namun kebanyakan mereka dihantar dari hospital atau melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ada cerita yang kami dengar, anak-anak tak lagi datang jenguk ,ada yang bergaduh keluarga, ada yang terus hilang khabar.
Waktu itu saya terdiam sekejap.
Teringat pulak kat ayah sendiri, tiba-tiba terasa bersalah kerana mungkin saya sendiri tidak memberi perhatian yang sepatutnya.
Hari ini kami belajar satu perkara yang sangat mahal.
Kadang-kadang yang kecil bagi kita, sangat besar bagi orang lain dan kadang-kadang orang yang paling kita sayang… kita yang paling selalu terlupa untuk hargai.
Semoga Allah lembutkan hati kita untuk lebih bersyukur, lebih peduli, dan lebih menghargai orang-orang yang masih ada di sisi kita.🤍