Teknologi Senjata dan Nuklear DET5A

Teknologi Senjata dan Nuklear DET5A Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Teknologi Senjata dan Nuklear DET5A, Electrician, Jitra.

03/12/2023

KESIMPULAN

Kepelbagaian jenis senjata yang ada dan yang dapat dikenal pasti ini juga dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Sekiranya dahulu manusia lebih bersifat takut dengan kewujudan dan kemunculan senjata yang lebih zahir dari segi bentuk dan fizikalnya, akan tetapi sekarang ini, rasa takut itu turut berubah jika pengetahuan tentang pengenalan terhadap senjata yang lebih moden dan terkini ini juga wujud dan lebih berisiko sekiranya digunakan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, kita mestilah mengetahui solusi terbaik untuk mengatasi segala cabaran agar hidup dapat terus dihidupkan dengan aman damai dan dalam masa yang sama kita memperolehi berkat dari Allah SWT.

Adab Berperang dalam Islam:Perang, dalam sejarah manusia, sering dilihat sebagai pertempuran tanpa batasan. Tetapi dalam...
03/12/2023

Adab Berperang dalam Islam:

Perang, dalam sejarah manusia, sering dilihat sebagai pertempuran tanpa batasan. Tetapi dalam Islam, terdapat adab-adab yang diatur oleh prinsip-prinsip Al-Qur’an dan Hadis untuk mengatur perang. Adab ini menjadi panduan bagi umat Islam dalam menghadapi konflik bersenjata.

Al-Qur’an dengan jelas menetapkan adab perang. Pertama, Al-Qur’an menegaskan bahawa umat Islam hanya dibenarkan melawan orang kafir yang telah memerangi mereka dahulu, dan dalam pertempuran, mereka perlu mematuhi batasan-batasan tertentu (Al-Baqarah 2:190-191). Larangan untuk berperang di Masjidil Haram juga ditetapkan, kecuali dalam situasi pertahanan diri umat Islam di tempat tersebut (Al-Baqarah 2:191).
Pentingnya menghentikan pertempuran apabila musuh telah berhenti memerangi dan kerusakan telah dihentikan juga ditegaskan dalam Al-Qur’an (Al-Baqarah 2:193, Al-Anfal 8:39, At-Taubah 9:5). Perintah untuk berperang hanya di jalan yang diperintahkan oleh Allah juga menjadi panduan (Al-Baqarah 2:244), sementara perlindungan terhadap orang musyrik yang meminta perlindungan dari umat Islam juga ditegaskan (At-Taubah 9:6). Larangan untuk berperang di bulan-bulan suci dan hanya memperbolehkannya dalam pembelaan diri menjadi sebahagian daripada peraturan yang dijelaskan (Al-Baqarah 2:217).

Selain Al-Qur’an, adab perang dalam Islam juga tercermin dalam Hadis, yang menetapkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh umat Islam ketika berperang melawan musuh. Antara lain, larangan untuk melakukan pengkhianatan setelah kesepakatan damai, tidak dibenarkan membunuh wanita, anak-anak, orang tua, atau orang sakit. Hanya mereka yang terlibat dalam pertempuran yang boleh disasarkan. Larangan untuk merosakkan alam sekitar seperti pohon, ladang, harta milik orang lain, serta larangan membunuh binatang atau menghancurkan kampung dan bandar juga merupakan sebahagian daripada adab perang dalam Hadis.
Dalam Islam, menghormati tempat ibadah dan orang yang tengah beribadah juga menjadi penting dalam adab perang. Mutilasi mayat musuh, gangguan kepada para biarawan, atau melukai orang yang sedang beribadah merupakan pelanggaran terhadap prinsip-prinsip adab perang dalam Islam.

Oleh itu, adab perang dalam Islam merupakan serangkaian aturan yang ditetapkan untuk memastikan bahawa perang hanya dilakukan dalam situasi yang benar-benar diperlukan, dengan memelihara nilai-nilai kemanusiaan dan etika yang tinggi. Ia menekankan kepentingan menjaga proporsi dan batasan dalam menghadapi konflik bersenjata serta menegaskan bahawa perang hanya boleh dilakukan dalam konteks pertahanan diri yang sah, bukan sebagai bentuk agresi atau penindasan.

https://almasoem.sch.id/saling-doa/adab-berperang-dalam-islam/?fbclid=IwAR2JWTAJ92iGuOlKojmY4Nzoy2IEnmgR4g7MLLxnfvqsBT6sqCz7Di40-WA

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْ ‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّ...

DALIL/ HADIS MENGENAI TENAGA NUKLEAR Salah satu tenaga yang akan dibincangkan adalah tenaga nuklear, di mana perkataan i...
03/12/2023

DALIL/ HADIS MENGENAI TENAGA NUKLEAR

Salah satu tenaga yang akan dibincangkan adalah tenaga nuklear, di mana perkataan ini berasal dari perkataan latin nucleus. Tenaga nuklear ini berasal dari bahan terkecil di alam ini iaitu pecahan atom dan neutron. Al Quran telah menerangkan bahawa atom sebagai suatu unsur atau elemen terkecil.

“Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Qur'an dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (p**a) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)” (Surah Yunus: 61)

Walaupun kecil atom dapat menyumbangkan tenaga yang besar kepada hambaNya. Tiada satu pun ciptaan Allah di muka bumi ini adalah sia-sia. Setiap satu sudah pasti ada kegunaanya dan tertakluk akal kita untuk memikirkannya. Tenaga nuklear merupakan salah satu pilihan tenaga alernatif yang diperkatakan pada masa sekarang. Tenaga ini menghasilkan 15 peratus kuasa elektrik yang dijana di dunia. Nadi bagi sesebuah stesen jana kuasa nuklear terletak pada reaktornya. Satu tindak balas pembelahan nuklear akan menghasilkan banyak haba. Haba ini akan dibawa jauh oleh satu bahan pendingin yang beredar melalui teras reaktor dan digunakan untuk menjana stim dan kemudiannya memacu turbin untuk menjana tenaga elektrik Berdasarkan pada penyelidikan yang di jalankan, ada negara yang hanya menyediakan sedikit sumber bekalan elektrik melalui penjanaan nuklear dan ada negara p**a menjadikan tenaga nuklear ini sebagai tenaga elektrik yang utama. Negara Thailand dijangkakan mula menggunakan tenaga nuklear menjelang tahun 2012, Indonesia pada tahun 2016 dan Vietnam pada tahun 2018. Berdasarkan perkembangan ini maka jelas bahawa penggunaan tenaga nuklear dalam penghasilan tenaga elektrik semakin mendapat perhatian.

https://www.ikim.gov.my/index.php/2003/08/07/asas-tenaga-nuklear-disebut-dalam-al-quran/?fbclid=IwAR1ptVu-5M6EhqcqkiWgr8L_AYZHu6a7ByVZp4P3bFAnZsQNK3lSiruM6DU

KERADIOAKTIFAN telah wujud secara semula jadi, tetapi perkara itu tidak diketahui sehinggalah akhir kurun ke-19, sedangkan di dalam al-Quran, sudah ada satu surah dikenali al-Hadid, yang memperkatakan mengenainya. Istilah al-Hadid merujuk kepada logam besi. Di dalam keadaan semula jadi, besi wujud s...

PERJANJIAN PENGAWALAN SENJATA NUKLEAR Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (bahasa Inggeris: Nuclear Non-Proliferation ...
03/12/2023

PERJANJIAN PENGAWALAN SENJATA NUKLEAR

Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (bahasa Inggeris: Nuclear Non-Proliferation Treaty atau NPT) adalah persefahaman terbuka yang ditandatangani pada 1 Julai 1968 untuk menghadkan pemilikan senjata nuklear. Sebahagian besar negara-negara berdaulat (189 buah negara) merupakan ahli kepada persefahaman ini. Bagaimanapun dua daripada tujuh kuasa nuklear dan kemungkinannya satu kuasa nuklear tidak mengesahkan persefahaman ini. Persefahaman ini telah dicadangkan oleh Ireland dan Finland, kedua negara ini juga merupakan negara pertama yang menandatanganinya. Pada 11 Mei 1995, bertempat di New York lebih daripada 170 buah telah negara memutuskan untuk menyambung persefahaman tersebut tanpa had dan syarat.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Pengawalan_Senjata_Nuklear?fbclid=IwAR2WVoLiObiEj__evjkGc0K_MFSS8DEy10cSu5RjETuuVpHu8wERIohmono

KEBURUKKAN TENAGA NUKLEAR Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaga nu...
03/12/2023

KEBURUKKAN TENAGA NUKLEAR

Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti.

Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.

Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah, daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasi teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) dan World Health Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser.
Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manip**asi bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalan keselamatan yang sangat ketat amat diperlukan.

https://iluminasi.com/bm/10-keburukan-yang-dibawa-oleh-tenaga-nuklear.html

03/12/2023

KEBAIKKAN TENAGA NUKLEAR

Dari segi kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan.

Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna.

https://www.majalahsains.com/tenaga-nuklear-sebagai-penjana-tenaga-elektrik-negara/?fbclid=IwAR38MDTMi_WOyeA69G-WQSHi5vnqJB_p4jlk2S_MI4u2pSpzg9VySH-P3wk #:~:text=Tenaga%20nuklear%20juga%20dikatakan%20sangat,dengan%20itu%20tidak%20mencemarkan%20udara

TENAGA NUKLEAR Tenaga nuklear ialah tenaga yang dibebaskan melalui tindakbalas nuklear terkawal untuk menjana tenaga ele...
03/12/2023

TENAGA NUKLEAR

Tenaga nuklear ialah tenaga yang dibebaskan melalui tindakbalas nuklear terkawal untuk menjana tenaga elektrik. Loji kuasa nuklear menjana elektrik menggunakan reaktor nuklear untuk memanaskan air sehingga menjadi wap. Wap yang terhasil memutarkan turbin yang menjana tenaga elektrik.

Tenaga nuklear ditemui oleh ahli fizik Perancis bernama Henri Becquerel pada tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan filem fotografi yang disimpan dalam tempat gelap berdekatan dengan sampel uranium telah berubah menjadi hitam, seperti yang berlaku apabila kepingan tersebut terdedah kepada sinar X, yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895.[1]

Tenaga nuklear dibebaskan melalui tiga proses, iaitu reputan radioaktif, pembelahan nuklear dan pelakuran nuklear. Ketiga-tiga proses ini boleh berlaku secara semulajadi[2], namun hanya pembelahan dan pelakuran nuklear sahaja yang boleh dikawal bagi menjana tenaga elektrik dengan efisen. Reputan radioaktif boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik yang sedikit sahaja menggunakan penjana termoelektrik radioisotop namun, kuantiti tenaga yang dihasilkan tidak boleh dikawal.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tenaga_nuklear

03/12/2023

KEBAIKKAN TEKNOLOGI SENJATA

Antara kebaikan teknologi persenjataan ialah pertananan sesebuah negara dapat ditinggkatkan supaya dapat mengurangkan musuh memasuki negara.

Selain itu, la juga dapat meningkatkan ekonomi negara dengan minimal senjata dengan nilai yang tinggi agar dapat menampung kestabilan ekonomi negara. Disamping itu, negara dapat meningkatkan keamanan nasional seperti kes merompak. pengacau kump**an pengganas dan pergaduhan besar-besaran dapat dielakkan.

Antara keburukkan p**a, teknologi persenjataan digunakan secara salah dan ia akan menyebabkan berlaku perkara seperti peperangan. Selain itu. isu rasuah terhadap senjata menjadikan ekonomi negara menurun dan penjual senjata tidak bersaing dengan sihat. Disamping itu, keamanan negara terjejas akibat kekurangan senjata menyebabkan berlaku peperangan yang amat dasyat.

https://prezi.com/7mqye.../impak-teknologi-senjata-pemusnah/

BAB LARANGAN MEMBIDIK SENJATA KEPADA MUSLIMHadith 2616: Abu Hurairah berkata, beliau mendengar Abu al-Qasim Rasulullah S...
03/12/2023

BAB LARANGAN MEMBIDIK SENJATA KEPADA MUSLIM

Hadith 2616: Abu Hurairah berkata, beliau mendengar Abu al-Qasim Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa yang membidik saudaranya dengan besi senjata, maka para malaikat akan melaknatnya, sehinggalah dia menurunkan senjata itu. Walaupun yang dibidiknya itu ialah saudara sebapa atau saudara seibu.

Adalah jelas, hadith ini membawa hukum haram kepada perbuatan menghalakan senjata seperti anak panah, parang, pistol dan senapang, kepada saudara Muslimnya. Larangan ini termasuklah untuk tujuan bergurau-gurau atau bermain-main, kerana nabi mengisyaratkannya sehingga disebut walaupun kepada adik-beradik kamu sendiri.

Imam al-Nawawi semasa mensyarahkan hadith ini menyatakan, pengharaman ini adalah terpakai sama ada disebabkan permusuhan (akibat fitnah) atau tiada permusuhan, sama ada sengaja atau sekadar untuk bergurau/bermain-main. Ini kerana perbuatan tarwi’ – menakut-nakutkan atau mengancam saudara Muslim kamu, adalah diharamkan secara mutlak.

https://abidfana.com/2016/11/21/larangan-membidikmenenangmengacu-panahsenjata-kepada-saudara-muslim/?fbclid=IwAR0TZNE4ztWat-IFcZghNTQmL_Mpb8HoBsZ3t4UzdQGxsoxPU-yngLH8P8o

Address

Jitra

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teknologi Senjata dan Nuklear DET5A posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category