11/05/2021
Nasihat Dan info dari sahabat perjuangan kita masa di UTM.
Ar. Azizul Azwar.
NASIHAT SALAH YANG MENJADI KEBIASAAN
"Repeat a lie often enough and it becomes the truth." Anonymous.
"Rumah kampung tak perlu buat submission." [1]
"Extend dapur sikit jek, boleh buat terus." [2]
"Ambik tukang jek lah. Murah." [3]
"Rumah condo pun boleh jek nak extend." [4]
Kat atas tu antara 'penipuan' yang biasa kita dengar oleh individu tak bertanggungjawab. Bagi nasihat bukan-bukan kat orang.. Dah la buat benda salah, siap ajar orang lain lagi!
Ni semua sebab amalan tu dah jadi sebati dalam masyarakat setempat sampai dah tak tahu dah betul ke salah.
"RUMAH KAMPUNG TAK PERLU BUAT SUBMISSION"
Sebenarnya tak ada istilah rumah kampung dalam mana-mana akta berkaitan pembangunan ni. Tanah kampung pun tak ada.
[Cuma ada dinyatakan pengkelasan tanah iaitu tanah desa dalam Seksyen 51(2)(c), KTN 1965]
Dalam Seksyen 52, KTN 1965, penggunaan tanah dibenarkan mengikut kategori Pertanian, Bangunan dan Perindustrian.
Pertanian
- Untuk pertanian sahaja, tapi dibenarkan buat rumah untuk kegunaan sendiri sahaja tidak melebihi 20% luas tanah;
- Tak boleh buat homestay, resort, rumah sewa, tahfiz dll selain rumah sendiri.
Bangunan
- Boleh buat apa-apa bangunan yang bersesuaian mengikut lokasi seperti rumah, kedai, sekolah, dewan dsb.
Perindustrian
- Boleh buat kilang
Mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 70 - setiap jenis bangunan i.e. rumah perlu buat submission pelan bangunan ke PBT, tanpa mengira lokasi dan saiz.
"EXTEND DAPUR SIKIT JEK. BOLEH BUAT TERUS"
Alah, buat dapur jek.. Bukan 'makan' tanah sebelah pun.. Takkan nak submit kan?
Beberapa tahun lepas tu berlaku kebakaran rumah jiran, api merebak masuk rumah kita sebab rapat sangat.
Takpun 2 minggu lepas renovation, bergaduh dengan jiran sebab air hujan rumah dia masuk dalam porch kita habis basah kasut Gucci.
Sebenarnya segala jenis renovation, terutama melibatkan kerja luar rumah samada kecik atau besar mestilah merujuk PBT.
PBT akan bagi nasihat samada nak lantik Arkitek atau cuma isi borang mohon permit jek.
"AMBIK TUKANG JEK LAH. MURAH!"
Biasalah jika nak buat apa-apa, mesti nak murah. Ni lumrah setiap orang.
Bila Kontraktor berdaftar dengan CIDB letak harga RM50,000 untuk ubahsuai tapi Tukang cakap boleh buat RM30,000 jek, mau gelap mata...
Balance RM20,000 tu boleh buat macam-macam! Maka kita pun lantik laaa Tukang tu.
Tapi masa buat kerja, tiles tak masuk harga, pintu kena beli asing, tingkap salah saiz, cat tak cukup lapis dan macam-macam lagi.
Eh! Silap-silap lagi mahal!
Lagi mahal kalau deposit dah burn, Tukang lari, pastu Kontraktor berdaftar CIDB pulak masuk dan baiki balik semua kerja lama.
"RUMAH APARTMEN PUN BOLEH JEK NAK EXTEND"
Haaa ni level paling tak masuk akal, tapi menjadi kebiasaan dah sekarang ni.
Rumah jenis apartmen ni adalah kategori strata. Bagi rumah strata, hakmilik kita cuma seluas rumah yang kita beli tu sahaja.
Maka tak boleh nak extend!
Tapi jika nak extend jugak, Pemilik kena mintak 2 kebenaran:
1) Kebenaran SEMUA penduduk dalam kawasan tu sebab melibatkan kenaikan luas rumah dan seterusnya maintenance fees yang melibatkan semua orang;
2) Submit pelan bangunan ke PBT. Detail kalau nak cerita sebab kena mohon Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, mohon Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) ke PTG, failkan Jadual Petak ke Comissionaire of Building kat PBT, buat survey ruang tambahan dan kemuka ke JUPEM, JUPEM bagi Sijil Cadangan Pelan Strata, kene mohon Hakmilik Strata tunggu PTG lulus ke tolak. Dah lulus baru daftar Hakmilik Strata.
Agak-agak susah nak dapat 2 kebenaran ni, maka beli lah rumah landed.
Bahaya budaya normalisasi kan benda yang salah nih. Sekali PBT ambik tindakan, dituduh PBT pulak nak menganiaya rakyat, kejam lah, takde timbang rasa lah.. Haih.
Tapi nak tahu ape yang lagi bahaya?
TERANG-TERANG PUJI ORANG LAIN YANG BUAT BENDA SALAH!
-Ar. Azizul-