30/04/2024
Saya Kongsikan 5 Amalan Supaya Kita Sentiasa 'Dikejar' Rezeki.
Pernah tak rasa susah & s**ar? Perasaan yang semua perkara kita buat, jadi βstuckβ
Bisnes tak menjadi..
Ada kenderaan, kenderaan eksiden..
Ada duit, duit hilang..
Pinjam duit ingat boleh bayar, tapi akhirnya kena kejar ahlong tak kesudahan..
Ada kawan, kena tikam dari belakang..
Ada saudara ingat ada tempat meluah, tapi lain p**a jadinya, kutukan yg kita dapat..
Kadang-kadang rasa penat dan lelah dah dengan jalan hidup yang Allah bagi.
Orang kata redha jela...
Tapi, sampai bila nak redha? Sampai mati?
Kalaulah ada 'magik' yang boleh berlaku. Boleh ubah semua ni 360 darjah sekelip mata. Alangkah baiknya.. Kan?
Rezeki kita ini sahabat sekalian, tidak HANYA ditentukan sekuat mana usaha kita sahaja.. Tetapi BERAPA BERKAT usaha itu.
Guru saya pernah berpesan, orang yahudi kejar βBANYAKβ, orang Islam kejar βBERKATβ. Sebab bila berkat ia akan banyak dan paling penting ia mudah.
Jadi bagaimana untuk dapat magik dalam hidup?
Amalkan 5 amalan ini ;
1. SEDEKAH - Beri sampai hati menggeletar. Sifir Allah 1-1 = 10. Beri dulu baru Allah gandakan!
2. TAHAJJUD - Buat challenge 30 hari. Paksa diri untuk bangun. InshaAllah klu mampu konsisten selama 30 hari ni, ianya akan melekat untuk hari2 seterusnya..
3. JAGA IBU BAPA - Apa yang buatkan mereka happy giler2? Buat yang tu! Kalau nak rezeki yang tanpa disangka-sangka, buat suprise kepada ibu ayah, suprise yang mereka tidak sangka!
4. ISTIGHFAR ! - βMohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (p**a di dalamnya) untukmu sungai-sungai.β (Quran, surah Nuh, 71 : 10-12)
5. MAAFKAN SEMUA ORANG - Ya walaupun ianya berat, tapi kena buat! Sebab dalam silaturrahim ada rezeki.
Amalkan 5 amalan ini dulu.
Tak perlu banyak. Yang penting, buat dengan hati yang IKHLAS. InsyaAllah, dengan buat perlahan-lahan, anda akan mula ber β β.. Magik akan berlaku!
Moga bermanfaat!
-FahdiGhazali-