21/08/2026
Ada customer yang datang sekali, ada customer yang kembali berkali-kali.🤍
Hari ni rasa sangat bersyukur dapat deliver kereta kepada Prem & Yoges, dua customer yang memang sangat baik dan cukup saya hargai.
Perkenalan kami sebenarnya dah bermula sejak zaman saya di Consomac. Masa tu, Prem pernah rekemen makcik dia untuk beli Axia dengan saya. Dari situ, hubungan sebagai customer terus kekal sampai ke hari ini.
Yang paling buat saya terharu, dari makcik… sampailah akhirnya Prem sendiri beli dengan saya, kemudian belikan p**a untuk isteri dan adiknya.
Bagi saya, bila customer lama masih kembali dan terus memilih kita untuk urusan pembelian kereta, itu satu tanda bahawa mereka berpuas hati dengan layanan, service dan kepercayaan yang kita berikan selama ini.
Terima kasih Prem & Yoges atas kepercayaan yang tak pernah putus. Saya mungkin hanya menjual kereta, tapi hubungan yang terjalin dengan customer itulah yang paling saya hargai.
Semoga dimurahkan lagi rezeki korang sekeluarga, permudahkan segala urusan dan terus diberikan kesihatan serta kebahagiaan.
Alhamdulillah untuk semua🤲