13/01/2026
Alhamdulillah, Majlis Annual Dinner JB Bergabung 2025 telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna pada 06 Disember 2025, bertempat di Suasana Suites Hotel, Johor Bahru, dalam suasana yang elegan dan penuh kemeriahan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang sudi meluangkan masa untuk hadir serta memeriahkan majlis ini. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan staf dan jawatankuasa yang telah berganding bahu, bertungkus-lumus dan bekerjasama dalam menjayakan majlis ini dari awal hingga ke akhir.
Semoga kenangan indah ini terus terpahat dan menjadi pemangkin kepada ukhuwah, kerjasama serta semangat kekitaan yang lebih erat pada masa akan datang. Terima kasih atas sokongan dan kebersamaan semua. πβ¨