Servis Troubleshoot Johor Bahru

Servis Troubleshoot Johor Bahru Menjalankan servis troubleshoot masalah pendawaian rumah seperti db box trip, kipas, lampu, soket tidak berfungsi.

Kami juga membuat servis pemasangan pelbagai seperti kipas, lampu, suis, soket, water heater.

⚠️Adakah rumah anda mengalami masalah kabel cair, soket cair, db trip? Ia mungkin ada kesilapan pada penggunaan breaker ...
28/07/2024

⚠️Adakah rumah anda mengalami masalah kabel cair, soket cair, db trip? Ia mungkin ada kesilapan pada penggunaan breaker pada db atau penggunaan saiz kabel yang tidak sesuai

📌Periksa specs pendawaian rumah anda

Db box
1) Suis utama
•63A - 16mm² kabel utama
•40A/32A - 10mm² kabel utama

2) Rcd/rccb/elcb
•100mA - litar lampu/kipas/litar aircond
•30mA - litar soket
•10mA - litar pemanas air (water heater)

3) Mcb
•6A - litar lampu/kipas/doorbell
•20A - litar soket/litar aircond/litar pemanas air

Saiz kabel
1) 1.5mm² - lampu/kipas/doorbell
2) 2.5mm² - soket 13a/aircond
3) 4mm² - pemanas air (water heater)/litar pemasak





💡Tips and tricks!! "Db trip. Kenali simptom." KABEL (LIVE-NEUTRAL) SHORTING1) Mcb jatuh/trip apabila on suis2) Mcb jatuh...
12/07/2024

💡Tips and tricks!!

"Db trip. Kenali simptom."

KABEL (LIVE-NEUTRAL) SHORTING
1) Mcb jatuh/trip apabila on suis
2) Mcb jatuh/trip apabila on soket

Cara menaikkan semula mcb
1) Offkan suis/soket yang menyebabkan mcb trip
2) Naikkan semula mcb yang jatuh
3) Jika masalah berlarutan, jangan guna suis/soket tersebut

KABEL (LIVE-EARTH) SHORTING
1) Rccb/elcb jatuh apabila on suis/soket
2) Rccb/elcb jatuh/trip secara tiba-tiba tidak kira masa
3) Satu rumah blackout

Cara menaikkan semula rccb/elcb
1) Offkan kesemua breaker(main switch, rccb, mcb)
2) On dahulu main switch, kemudian diikuti rccb/elcb
3) kemudian on mcb satu persatu.
4) Jika mcb berkenaan yang on dan rccb trip, maka anda perlu biarkan mcb tersebut dalam keadaan off.
5) Ulang semula dengan menaikkan semula rccb, dan on kan mcb yang berikutnya

KABEL (NEUTRAL-EARTH) SHORTING
1) Rccb/elcb jatuh/trip secara tiba-tiba tak kira masa
2) Satu rumah blackout
3) Masalah ini kebiasaannya memerlukan emergency troubleshoot
4) elcb tidak dapat dinaikkan walaupun kesemua mcb dalam keadaan off
5) Jika berlaku shorting yang amat sedikit, iaitu ia mengambil masa untuk trip. Multimeter tidak mampu untuk trace kabel yang menyebabkan shorting
6) Hanya alat insulation tester sahaja mampu mengesan. (Gambar 2)

Cara menaikkan semula rccb/elcb
1) Anda hanya perlu naikkan semula rccb/elcb yang telah jatuh
2) Jika masalah dibiarkan berlarutan, lama kelamaan elcb akan lebih kerap trip, sehingga tidak boleh dinaikkan semula

Selain itu, breaker yang sudah terlalu lama juga boleh menyebabkan masalah trip, iaitu bukan daripada masalah kabel shorting. Maka penggantian breaker baru perlu dibuat.

Jika anda ingin menyelesaikan masalah seperti di atas, anda boleh menghubungi kami 011-6939 0792

Bagi kerja-kerja troubleshoot, kami menggunakan alat pengujian seperti gambar 2. Alat pengujian ini (insulation tester/megger tester) dapat membantu trace kabel yang shorting/bermasalah.

*breaker - main switch, rcd, rccb, elcb, mcb
*shorting - short-circuit, litar pintas
*Db - distribution box, kotak db, kotak fius agihan, breaker box







Skudai, Taman Universiti, Mutiara Rini, Kangkar Pulai, Pulai Indah, Pulai Utama, Tampoi, Plentong, Pasir Gudang

Servis troubleshoot db trip1) db trip secara tiba-tiba2) On suis lampu/kipas terus trip3) elcb trip/rumah blackout4) elc...
12/07/2024

Servis troubleshoot db trip

1) db trip secara tiba-tiba
2) On suis lampu/kipas terus trip
3) elcb trip/rumah blackout
4) elcb trip tidak kira masa (sejam, seminggu, sebulan)

Jika rumah anda mengalami masalah seperti di atas, boleh hubungi kami 011-6939 0792






Skudai, Taman Universiti, Kangkar Pulai, Pulai Perdana, Pulai Indah, Tampoi, Plentong, Pasir Gudang

Address

Johor Bahru
81300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Servis Troubleshoot Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share