Mini Botani SJKC Cheah Fah

Mini Botani SJKC Cheah Fah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mini Botani SJKC Cheah Fah, Gardener, Johor Bahru.

Mini Botani SJK(C) Cheah Fah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan penggunaan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian.

Pengumpulan hasil tanaman oleh murid-murid di bawah pimpinan guru ✌️Sayur-sayuran yang segar telah dibungkus dan dijual ...
08/11/2024

Pengumpulan hasil tanaman oleh murid-murid di bawah pimpinan guru ✌️Sayur-sayuran yang segar telah dibungkus dan dijual kepada guru-guru setamatnya aktiviti kutipan hasil tanaman di taman botani.

Syabas kepada usaha dan sumbangan yang mantap daripada pihak PIBG untuk meningkatkan kualiti dan mutu tapak penanaman mi...
23/10/2024

Syabas kepada usaha dan sumbangan yang mantap daripada pihak PIBG untuk meningkatkan kualiti dan mutu tapak penanaman mini botani SJKC Cheah Fah🙏🙏 Kerjasama daripada pelbagai pihak dalam usaha penjaminan kualiti tapak eko botani sekolah kita amatlah dihargai ❣️

♻️【CERAMAH COMBAT PLASTIK】♻️🔅 Unit Kelestarian SJK(C) Cheah Fah dengan kerjasama Sunway Iskandar telah mengadakan sesi p...
23/10/2024

♻️【CERAMAH COMBAT PLASTIK】♻️

🔅 Unit Kelestarian SJK(C) Cheah Fah dengan kerjasama Sunway Iskandar telah mengadakan sesi perkongsian mengenai plastik. Ini merupakan salah satu inisiatif dibawah Sekolah Polisi Plastik. Perkongsian disampaikan oleh En.Tey Boon How dari Heng Hiap Industries Sdn.Bhd.

🔅Objektif utama perkongsian diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang jenis- jenis plastik dan kesan plastik kepada alam sekitar.

🔅 Diharap agar semua murid dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi agar sekolah bebas plastik dapat diwujudkan.

🍂🍂PROGRAM PENGKOMPOSAN SJK(C) CHEAH FAH 2024🍂🍂Tahniah diucapkan kepada Pengawas Kitar Semula  SJK(C) Cheah Fah Tahun 4,5...
23/10/2024

🍂🍂PROGRAM PENGKOMPOSAN SJK(C) CHEAH FAH 2024🍂🍂

Tahniah diucapkan kepada Pengawas Kitar Semula SJK(C) Cheah Fah Tahun 4,5 dan 6 kerana berjaya menjayakan Program Pengkomposan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Huszalina Hussin dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pihak Sunway Iskandar di atas segala ilmu dan kerjasama yang diberikan.

🪴Program ini merupakan sebahagian daripada Program Kelestarian sekolah yang dirangka bertujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai pengkomposan yang bukan sahaja dapat dilakukan di sekolah tetapi dapat diaplikasikan juga di rumah.🪴

Penanaman pisang organik di tapak mini botani Cheah Fah akhirnya membuahkan hasil 👍 Kegembiraan mengumpul hasil tanaman ...
23/10/2024

Penanaman pisang organik di tapak mini botani Cheah Fah akhirnya membuahkan hasil 👍 Kegembiraan mengumpul hasil tanaman buah-buahan dikongsi bersama guru dan murid-murid👏👏👏

Bermulanya aktiviti penanaman sayur-sayuran di mini botani SJKC Cheah Fah
23/10/2024

Bermulanya aktiviti penanaman sayur-sayuran di mini botani SJKC Cheah Fah

Tapak penanaman yang siap sedia dengan baja kompos✌️ Nampaknya usaha daripada pelbagai pihak telah membuahkan hasil 👏👏👏
23/09/2024

Tapak penanaman yang siap sedia dengan baja kompos✌️ Nampaknya usaha daripada pelbagai pihak telah membuahkan hasil 👏👏👏

Aktiviti susun bata dan persediaan tanaman dijalankan dengan lancarnya dalam masa yang singkat iaitu bermula dari 18 hin...
23/09/2024

Aktiviti susun bata dan persediaan tanaman dijalankan dengan lancarnya dalam masa yang singkat iaitu bermula dari 18 hingga 22 Ogos 2024.

Aktiviti pengumpulan enzim telah dijalankan mulai 11 hingga 15 Ogos 2024.
23/09/2024

Aktiviti pengumpulan enzim telah dijalankan mulai 11 hingga 15 Ogos 2024.

Perbincangan penyediaan tapak rumah hijau dan mini kebun telah dijalankan oleh penyelaras program kelestarian, Cikgu Moh...
12/09/2024

Perbincangan penyediaan tapak rumah hijau dan mini kebun telah dijalankan oleh penyelaras program kelestarian, Cikgu Moh bersama kontraktor pada 14 Ogos 2024.

Agenda pertama bagi Mini Botani Cheah Fah iaitu taklimat tentang geran IPRK telah dibentangkan oleh ketua penyelaras pro...
12/09/2024

Agenda pertama bagi Mini Botani Cheah Fah iaitu taklimat tentang geran IPRK telah dibentangkan oleh ketua penyelaras program , Cikgu Moh Hiong Ming kepada semua guru Cheah Fah pada 25 Julai 2024.

Address

Johor Bahru
79100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mini Botani SJKC Cheah Fah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category