Malaysia Dan Johor Bahru MDJB

Malaysia Dan Johor Bahru MDJB Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Malaysia Dan Johor Bahru MDJB, Landscape Company, Johor Bahru.

ASEAN menyambut baik Pelan Komprehensif 20 Perkara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memastikan wilayah Gaza ...
26/10/2025

ASEAN menyambut baik Pelan Komprehensif 20 Perkara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memastikan wilayah Gaza yang ditindas oleh Rejim Zionis Israel, dapat mencapai keamanan yang berkekalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi ASEAN berkata, pelan itu membuka ruang dan harapan untuk dunia menyaksikan penyelesaian konflik yang paling rumit.

“Mengenai Gaza, kami menyambut baik pelan komprehensif anda untuk menamatkan konflik Gaza. Ini memberikan dunia sececah harapan, walaupun dalam konflik paling rumit," katanya.

Malaysia Dan Johor Bahru MDJB

Usai menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Damai Thailand–Kemboja, saya bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald...
26/10/2025

Usai menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Damai Thailand–Kemboja, saya bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, mengetuai delegasi masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pertemuan ini memperkukuh hubungan diplomatik yang telah terjalin sejak tahun 1957, sambil membuka ruang baharu bagi memperdalam kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan, pertahanan serta teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Saya turut menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dua hala ke tahap Comprehensive Strategic Partnership, serta dalam menjayakan pelbagai inisiatif serantau termasuk usaha memperkukuh keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara.

Saya juga menegaskan komitmen Malaysia terhadap pelaksanaan Pelan Damai Gaza, termasuk memastikan laluan bantuan kemanusiaan tidak dihalang dan proses pembinaan semula wilayah berkenaan dapat dilaksanakan segera demi keadilan dan maruah rakyat Palestin.

Malaysia akan terus memimpin dengan prinsip, bekerjasama atas dasar saling hormat, memperkukuh perdagangan bebas dan menjunjung keamanan sejagat, selaras dengan semangat Malaysia MADANI.

Dalam kesempatan ini, kami turut menandatangani Framework Agreement on Reciprocal Trade (ART) dan Memorandum of Understanding on Critical Minerals, sebagai langkah strategik memperkukuh keterjaminan rantaian bekalan serta manfaat bersama antara kedua-dua negara.

Saya mendoakan agar hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat terus diperkukuh demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Trump atas kesudian berkunjung ke Malaysia dan atas komitmen beliau dalam mempererat persahabatan antara kedua-dua negara.

//

This meeting further strengthened the diplomatic ties that have existed since 1957, while opening new avenues to deepen cooperation in trade, investment, energy, education, defense, as well as digital technology and artificial intelligence (AI).

I also expressed my appreciation for the United States’ continued support in elevating bilateral relations to the level of a Comprehensive Strategic Partnership and in advancing various regional initiatives, including efforts to strengthen peace and stability in Southeast Asia.

Malaysia also reaffirmed its commitment to the implementation of the Gaza Peace Plan, ensuring that humanitarian aid routes remain unobstructed and that the reconstruction process of the region can proceed swiftly, in the interest of justice and the dignity of the Palestinian people.

On this occasion, both sides also signed a Framework Agreement on Reciprocal Trade (ART) and a Memorandum of Understanding on Critical Minerals, as a strategic step to enhance supply chain resilience and promote mutual benefits between the two nations.

Foto: Afiq Hambali, Izzuddin Abd Radzak
Malaysia Dan Johor Bahru MDJB

26/10/2025
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, percaya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak akan berganj...
25/10/2025

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, percaya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak akan berganjak dengan hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain 'Malaysia Abroad' menjelang Tribunal Bola Sepak badan induk dunia itu, Jumaat depan.

Malaysia Dan Johor Bahru MDJB

Malaysia berharap rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dapat dimuktamadkan, sekali gus mengekalkan kelebih...
25/10/2025

Malaysia berharap rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dapat dimuktamadkan, sekali gus mengekalkan kelebihan eksport negara dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) ke pasaran tersebut.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rundingan itu berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, namun beliau optimis hasil perbincangan akan memberi manfaat jangka panjang kepada negara.

Malaysia Dan Johor Bahru MDJB

Address

Johor Bahru
81750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Dan Johor Bahru MDJB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share