Arah Jernih - Firdaus

Arah Jernih - Firdaus SALURAN TERSUMBAT | CCTV INSPECTION | GREASE TRAP | STP
πŸ“ Selangor | Putrajaya | KL
⏳ Isnin-Sabtu (8.30PAGI-5PTG) LEBIH INFO KLIK ⬇️

πŸ“’ Sedang mencari peluang kerja yang fleksibel?Kami mencari Part-Time Admin Assistant untuk menyertai team kami! Jom sert...
30/07/2026

πŸ“’ Sedang mencari peluang kerja yang fleksibel?

Kami mencari Part-Time Admin Assistant untuk menyertai team kami! Jom sertai kami dan dapatkan pengalaman dalam menguruskan tugasan harian pejabat serta belajar perkara baharu bersama.

πŸ“© Hantar resume anda ke:
[email protected]

πŸ“’ Kami sedang mencari Intern Assistant Marketing!Jom sertai team kami dan dapatkan pengalaman menarik dalam dunia market...
22/07/2026

πŸ“’ Kami sedang mencari Intern Assistant Marketing!
Jom sertai team kami dan dapatkan pengalaman menarik dalam dunia marketing. ✨

Jika anda berminat untuk belajar, berkembang dan mencuba perkara baharu bersama kami, kami alu-alukan penyertaan anda!

πŸ“© Hantar resume anda: [email protected]

πŸ“’ Kami sedang mencari Intern Assistant Admin!Jom sertai team kami dan dapatkan pengalaman dalam menguruskan tugasan hari...
22/07/2026

πŸ“’ Kami sedang mencari Intern Assistant Admin!
Jom sertai team kami dan dapatkan pengalaman dalam menguruskan tugasan harian pejabat serta belajar perkara baharu bersama kami. ✨

Jika anda berminat untuk menimba pengalaman dan berkembang dalam suasana kerja yang positif, kami alu-alukan penyertaan anda!

πŸ“© Hantar resume anda: [email protected]

KENAL PASTI PUNCA SEBENAR SEBELUM BERTINDAK Kejadian air bertakung di kawasan tapak atau ruang bawah bangunan bukan saha...
14/04/2026

KENAL PASTI PUNCA SEBENAR SEBELUM BERTINDAK
Kejadian air bertakung di kawasan tapak atau ruang bawah bangunan bukan sahaja menjejaskan operasi harian, malah berisiko menyebabkan kerosakan struktur, hakisan tanah serta isu keselamatan jangka panjang.
Tambahan p**a, keadaan dalaman saluran paip pembetungan adalah tidak boleh dinilai secara visual dari permukaan, sekali gus berpotensi menyembunyikan pelbagai kecacatan seperti rekahan paip, mendapan, pencerobohan akar, atau halangan pepejal.
Bagi memastikan diagnosis yang tepat dan berasaskan data, pasukan operasi Arah Jernih melaksanakan CCTV Pipeline Inspection menggunakan sistem kamera berdefinisi tinggi yang direka khusus untuk pemeriksaan dalaman saluran paip.
Pendekatan ini juga membantu mengelakkan kerja pengorekan secara rambang (trial & error), sekaligus meminimumkan gangguan kepada struktur sedia ada dan persekitaran.
Sumber gambar: Arah Jernih Resources.
Ref: A26.B3
π—π—œπ—žπ—” 𝗔𝗗𝗔 π— π—”π—¦π—”π—Ÿπ—”π—› π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—œπ—§π—”π—‘ 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑, π—žπ—”π— π—œ 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨 π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—¦π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔
Klik link di bawah –
https://linktr.ee/arahjernih

ISU PIPELINE TERSUMBATMasalah sumbatan saluran paip pembetungan lazimnya bermula dengan tanda awal seperti aliran air ya...
08/04/2026

ISU PIPELINE TERSUMBAT
Masalah sumbatan saluran paip pembetungan lazimnya bermula dengan tanda awal seperti aliran air yang semakin perlahan, diikuti takungan air serta penghasilan bau yang kurang menyenangkan. Keadaan ini menunjukkan berlakunya pengump**an sisa seperti lemak, pepejal terampai, atau mendapan di dalam saluran paip yang mengganggu aliran normal sistem kumbahan.
Pasukan operasi Arah Jernih telah dipanggil ke sebuah unit pangsapuri bagi menjalankan pemeriksaan teknikal secara menyeluruh. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sekatan dalam saluran paip yang menyebabkan aliran tidak efisien.
Bagi menangani isu tersebut, kerja-kerja high-pressure water jetting dan flushing telah dilaksanakan bagi memecahkan serta menyingkirkan sumbatan yang terkumpul di dalam pipeline. Proses ini memastikan dinding dalaman paip dibersihkan dan aliran kembali kepada kapasiti optimum.
Setelah kerja pembersihan selesai, pasukan kami menjalankan ujian β€œtest & run” bagi mengesahkan bahawa aliran air telah kembali lancar tanpa sebarang halangan, serta memastikan sistem beroperasi dalam keadaan stabil dan selamat digunakan.
Penyelenggaraan berkala adalah kunci utama dalam mencegah masalah sumbatan daripada berulang serta mengelakkan risiko limpahan kumbahan yang boleh menjejaskan kebersihan dan keselesaan penghuni.
Sumber gambar: Arah Jernih Resources.
Ref: F26.B9
π—π—œπ—žπ—” 𝗔𝗗𝗔 π— π—”π—¦π—”π—Ÿπ—”π—› π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—œπ—§π—”π—‘ 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑, π—žπ—”π— π—œ 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨 π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—¦π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔
Klik link di bawah –
https://linktr.ee/arahjernih

MULA DENGAN BAU… RUPANYA GULLY TRAP TERSUMBAT! Pelanggan hubungi kami kerana terdapat bau busuk dari luar rumah dan alir...
03/04/2026

MULA DENGAN BAU… RUPANYA GULLY TRAP TERSUMBAT!
Pelanggan hubungi kami kerana terdapat bau busuk dari luar rumah dan aliran air yang tidak lancar. Pada awalnya kelihatan seperti masalah biasa, namun selepas pemeriksaan lanjut, punca sebenar dikenal pasti daripada gully trap yang telah lama tersumbat.
Apa itu gully trap?
Ia adalah sistem saliran yang berfungsi menapis kotoran seperti sisa makanan, pasir dan bahan pepejal, serta menghalang bau busuk daripada naik semula ke dalam rumah.
Team kami menjalankan pemeriksaan di lokasi dan mendapati terdapat longgokan kotoran yang menghalang aliran. Kerja pembersihan dilakukan bagi memastikan saluran kembali berfungsi dengan baik.
Alhamdulillah, selepas kerja siap β€” bau busuk hilang dan aliran air kembali lancar. Kawasan juga menjadi lebih bersih tanpa takungan air kotor, dan pelanggan berpuas hati dengan hasilnya.
Ini membuktikan bahawa pemeriksaan berkala sangat penting agar masalah kecil tidak menjadi lebih serius.
Sumber gambar: Arah Jernih Resources.
Ref: F26.B1
π—π—œπ—žπ—” 𝗔𝗗𝗔 π— π—”π—¦π—”π—Ÿπ—”π—› π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—œπ—§π—”π—‘ 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑, π—žπ—”π— π—œ 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨 π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—¦π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔
Klik link di bawah –
https://linktr.ee/arahjernih

RAKAN TEKNIKAL DIPERCAYAI DIANTARA PENGURUSAN STRATA & ARAH JERNIH RESOURCES!Bayangkan ini, anda baru balik kerja, naik ...
18/03/2026

RAKAN TEKNIKAL DIPERCAYAI DIANTARA PENGURUSAN STRATA & ARAH JERNIH RESOURCES!
Bayangkan ini, anda baru balik kerja, naik lif, dan tiba-tiba terasa bau kurang menyenangkan dekat kawasan manhole di kediaman anda tinggal. Memang menyakitkan hidung! Biasanya, bau ini bukan sekadar β€œnasib buruk”, namun ia petanda saluran paip pembetungan/ kumbahan sudah tersumbat dengan sisa kotoran yang terkumpul dalam paip.
Kalau dibiarkan, aliran kumbahan akan tersekat. Lama-kelamaan, air kumbahan boleh melimpah ke kawasan sekitar, menyebabkan lantai basah, kawasan kotor, dan paling penting, menjejaskan keselesaan dan kesihatan semua penduduk. Masalah kecil hari ini boleh jadi bencana besar kemudian hari.
Unit Operasi Arah Jernih sentiasa komited memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik demi keselesaan penghuni. Walaupun kerja pemulihan perlu dijalankan pada waktu malam, pasukan kami tetap bersedia turun ke lokasi di sebuah Pangsapuri terletak di Klang, bagi menjalankan pemeriksaan serta kerja pembersihan dengan teliti. Usaha ini dilakukan supaya gangguan kepada penghuni dapat diminimumkan dan masalah saliran dapat diselesaikan dengan segera serta selamat.
Sumber gambar: Arah Jernih Resources.
Ref: J26.B15
π—π—œπ—žπ—” 𝗔𝗗𝗔 π— π—”π—¦π—”π—Ÿπ—”π—› π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—œπ—§π—”π—‘ 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑, π—žπ—”π— π—œ 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨 π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—¦π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔
Klik link di bawah –
https://linktr.ee/arahjernih

SALURAN YANG BEKERJA DALAM DIAMDi deretan β€˜shoplot’ yang sentiasa sibuk dengan pelanggan, dapur restoran bekerja tanpa h...
12/03/2026

SALURAN YANG BEKERJA DALAM DIAM
Di deretan β€˜shoplot’ yang sentiasa sibuk dengan pelanggan, dapur restoran bekerja tanpa henti. Minyak masakan digunakan setiap hari, air mengalir tanpa putus, dan sisa makanan terus masuk ke dalam sistem saliran.
Namun, saluran paip pembetungan bekerja dalam diam. Sedikit demi sedikit, minyak, lemak dan sisa makanan mula melekat pada dinding paip. Lama-kelamaan, mendapan ini akan menebal dan menyempitkan laluan air.
Apabila sistem akhirnya tidak mampu menampung lagi, aliran menjadi perlahan, bau tidak menyenangkan terhasil, dan dalam kes yang lebih serius, berlaku limpahan dari β€˜floor trap’ atau β€˜manhole’ berhampiran premis.
Hakikatnya, masalah ini bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia terbina sedikit demi sedikit tanpa disedari. Sebab itulah penyelenggaraan berkala bagi saluran paip pembetungan di kawasan β€˜shoplot’ yang menjalankan operasi F&B sangat penting. Tindakan awal bukan sahaja mengelakkan sumbatan, malah membantu memastikan operasi perniagaan kekal lancar, bersih dan selamat.
Sumber gambar: Arah Jernih Resources.
Ref: O25.B10
π—π—œπ—žπ—” 𝗔𝗗𝗔 π— π—”π—¦π—”π—Ÿπ—”π—› π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—œπ—§π—”π—‘ 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑, π—žπ—”π— π—œ 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨 π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—¦π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔
Klik link di bawah –
https://linktr.ee/arahjernih

OPERASI SEHARIAN MEMBONGKAR PUNCA SUMBATANSeawal pagi, pasukan operasi Arah Jernih telah digerakkan ke sebuah pangsapuri...
10/03/2026

OPERASI SEHARIAN MEMBONGKAR PUNCA SUMBATAN
Seawal pagi, pasukan operasi Arah Jernih telah digerakkan ke sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur bagi menangani masalah sumbatan pada sistem pembetungan yang berpunca daripada sebuah manhole. Pada pandangan awal, ia kelihatan seperti kes sumbatan biasa.
Kerja dimulakan dengan pemeriksaan menyeluruh di sekitar kawasan serta pembersihan awal bagi menilai keadaan sebenar aliran pembetungan. Namun semakin lama pemeriksaan dijalankan, semakin jelas bahawa masalah yang dihadapi bukanlah kes biasa. Sumbatan yang berlaku kelihatan berulang dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih walaupun beberapa usaha pembersihan telah dijalankan. Dari pagi hingga lewat petang, pasukan kami terus berusaha menjejaki punca sebenar gangguan aliran tersebut. Setiap petunjuk kecil diperhatikan, setiap laluan saliran diperiksa dengan teliti, sehinggalah akhirnya pasukan operasi mengesan sesuatu yang mencurigakan jauh di bawah permukaan tanah.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tanda-tanda kerosakan pada paip pembetungan yang dipercayai telah pecah. Keadaan ini menyebabkan mendapan dan sisa terkumpul di dalam saluran, sekali gus menghalang aliran air daripada bergerak dengan lancar dan menjadi punca utama kepada sumbatan yang berlaku.
Bagi menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh, kerja-kerja pengorekan terpaksa dijalankan bagi mendedahkan bahagian paip yang rosak. Setelah lokasi kerosakan dikenal pasti, paip yang pecah tersebut diganti dengan paip baharu bagi memulihkan semula fungsi sistem saliran.
Sumber gambar: Arah Jernih Resources.
Ref: J26.B6
π—π—œπ—žπ—” 𝗔𝗗𝗔 π— π—”π—¦π—”π—Ÿπ—”π—› π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—œπ—§π—”π—‘ 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑, π—žπ—”π— π—œ 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨 π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—¦π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔
Klik link di bawah –
https://linktr.ee/arahjernih

SIKAP "TUNGGU SUMBAT BARU BERTINDAK" PUNCA UTAMA SALURAN ROSAKSistem 'manhole' bukan sahaja terdapat di kawasan perumaha...
06/03/2026

SIKAP "TUNGGU SUMBAT BARU BERTINDAK" PUNCA UTAMA SALURAN ROSAK
Sistem 'manhole' bukan sahaja terdapat di kawasan perumahan, malah turut menjadi komponen penting dalam sistem saliran di kawasan perindustrian seperti kilang atau 'detached factory'. Namun begitu, masalah yang berlaku di dalam saluran ini sering tidak disedari kerana kebanyakan sumbatan dan mendapan berlaku di bawah tanah, jauh daripada pandangan pada paras permukaan.
Antara punca utama ialah sikap segelintir pihak yang menganggap kerja penyelenggaraan tidak perlu dilakukan selagi tiada masalah. Pendekatan β€œtunggu tersumbat baru bertindak” akhirnya boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius serta kos pembaikan yang lebih tinggi.
Tanpa pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala, mendapan sisa dan kekotoran boleh terkumpul secara perlahan sehingga menjejaskan aliran sistem saliran. Oleh itu, langkah pemeriksaan dan servis awal amat penting bagi mengelakkan risiko limpahan serta gangguan operasi premis.
Baru-baru ini, pasukan operasi Arah Jernih telah menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan servis 'manhole' di sebuah Kilang di Shah Alam bagi memastikan sistem saliran berada dalam keadaan baik, bersih dan berfungsi dengan lancar.
Sumber gambar: Arah Jernih Resources.
Ref: J26.B9
π—π—œπ—žπ—” 𝗔𝗗𝗔 π— π—”π—¦π—”π—Ÿπ—”π—› π—•π—˜π—₯π—žπ—”π—œπ—§π—”π—‘ 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑, π—žπ—”π— π—œ 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨 π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—¦π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—šπ—˜π—₯𝗔
Klik link di bawah –
https://linktr.ee/arahjernih

Address

G-5 Kompleks Enigma Jalan Puteri 3A/5 Bandar Bukit Mahkota
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60149439474

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arah Jernih - Firdaus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Arah Jernih - Firdaus:

Shortcuts

Share

Category