10/11/2022
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Sedikit perkongsian mengenai Hari Jumaat (Kelebihan & Sunnah)
Hari Jumaat mempunyai beberapa keistimewaan. Salah satu keistimewaan yang ada pada hari Jumaat ialah, sepertimana yang telah dijelaskan oleh Nabi SAW;
✅Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam A.S, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga, pada hari itu dia dikeluarkan dari syurga. Tidak akan berlaku hari qiamat melainkan pada hari Jumaat.
(Hadis Riwayat Muslim)
Antara beberapa amalan sunnah yang dianjurkan oleh Islam supaya kita semua mengamalkannya di hari Jumaat, serta memiliki keistimewaannya berdasarkan dalil ialah:
✅ Perbanyakkan selawat kepadaku pada setiap Jumaat. Ini kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat. Sesiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku.
[Hadis Hasan lighairihi, RiwayatI Al-Baihaqi]
✅ Membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari oleh cahaya di antara dua jumaat. [Hadis Sahih Riwayat Al-Hakim]
✅Memperbanyakkan doa pada hari Jumaat. Terdapat hadis yang menerangkan waktu doa seseorang itu mustajab adalah selepas waktu Asar, pada hari Jumaat. Nabi SAW bersabda:
Pada hari Jumaat terdapat dua belas masa, padanya terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba yang Muslim berdoa kepada Allah, melainkan Allah akan memakbulkan doa itu. Berusahalah mencari waktu tersebut pada hujung waktu Asar. [Riwayat An-Nasai’e, hadis hasan]