08/01/2021
Ciri Kontraktor | Apa DOKUMEN penting untuk berurusan dengan Kontraktor?
Seperti admin janjikan semalam, hari ini admin cerita tentang dokumen apa yang perlu ada untuk kita dan kontraktor supaya urusan kita mudah dan teratur.
Mesti ada yang tertanya tanya apa lagi eh nak buat lepas dah lantik satu kontraktor ni. Tak kan diam je tahu tahu rumah kita siap kann? Haa takpe, meh admin rungkaikan.
(1) Quotation (Sebut Harga) dan Agreement
Quotation ini akan diberikan oleh pihak kontraktor untuk rujukan pelanggan. Dokumen ini sangat penting sebelum kerja kerja construction dijalankan.
Tapi sebelum pelanggan bersetuju dengan harga-harga yang ditawarkan di dalam quotation, jangan lupa untuk check pastikan quotation itu lengkap dengan tarikh, tanda tangan atau cop syarikat serta ada term of payment. Sekiranya semuanya lengkap dan harga yang ditawarkan sesuai dengan bajet pelanggan, baru lah turunkan tandatangan pelanggan.
Jadi, kerja kerja akan dimulakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, tapi sekiranya terdapat tambah kerja kerja, pihak kontraktor wajib untuk mengeluarkan quotation tambahan.
(2) Invoice
Invoice akan dikeluarkan oleh pihak kontraktor setelah kerja kerja siap dijalankan. Masa ni, pelanggan perlu pastikan invoice dan quotation adalah tally. Sekiranya tidak tally, pelanggan berhak untuk laporkan kepada Tribunal Pengguna.
(3) Resit
Dan yang terakhir adalah resit. Resit ini akan dikeluarkan setelah pembayaran lengkap diterima oleh pihak kontraktor. Kesemua dokumen yang diterima dari kontraktor perlu disimpan supaya jika ada berlaku isu isu berbangkit, dokumen dokumen ini akan dirujuk semula.
Okay itu sahaja untuk topic dokumen. Harap jelas lah yaa. Kalau ada apa apa keraguan, boleh je nak tanya admin. Jangan lupa nantikan next posting dari admin.