Projek Pembetungan Kuantan

Projek Pembetungan Kuantan Projek Pembetungan Kuantan merupakan Projek Kerajaan di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Jalur Cahaya telah dilantik sebagai kontraktor utama bagi Projek Pembinaan Loji Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Bandar Kuantan, Pahang ..

29/02/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga Kuantan.
Untuk makluman anda, pihak kontraktor akan membuat penutupan jalan sementara bagi memberi laluan kepada kerja- kerja kecemasan untuk membaiki Jalan Mendap di hadapan traffic “light” Kg Pak Mahat.

*Jangkaan waktu penutupan jalan selama 2 jam bermula pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam*

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh hubungi HOTLINE kami di talian 0124448296. Kesulitan sekarang demi kesenangan dan keselesaan masa hadapan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga Kuantan yang dikasihi,Untuk makluman anda semua, pihak kontraktor Proje...
15/12/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga Kuantan yang dikasihi,

Untuk makluman anda semua, pihak kontraktor Projek Pembetungan Kuantan sedang membaik pulih jalan Teluk Sisik berhadapan dengan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia akibat dari mendapan jalan. Proses membaik pulih ini dijangka akan selesai pada hari ini, Jumaat 15 Disember 2023.

Pihak kami juga ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi sepanjang proses membaik pulih dijalankan dan di atas kesulitan yang dialami oleh penduduk Kuantan.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh hubungi HOTLINE kami di talian 0124448296. Kesulitan sekarang demi kesenangan dan keselesaan masa hadapan.

17/01/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga Kuantan yang dikasihi,

Untuk makluman anda semua, pihak kontraktor Projek Pembetungan Kuantan telah membaik pulih dan menurap jalan di sepanjang Jalan Pelindung 2 pada hari ini, 17 Januari 2023.

Pihak kami juga ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi sepanjang proses membaik pulih dijalankan dan di atas kesulitan yang dialami oleh penduduk Kuantan.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh hubungi HOTLINE kami di talian 0124448296. Kesulitan sekarang demi kesenangan dan keselesaan masa hadapan.

16/01/2023
16/01/2023

Facebook Twitter Instagram Youtube Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff Oleh : Fansurina Abdullah KUANTAN, 16 JANUARI 2023 : Kerja-kerja pemasangan paip pembentung sepanjang 66 kilometer di seluruh Daerah Kuantan telah siap sebany...

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Kuantan Kami ingin memaklumkan pengguna jalan raya di Bandar Kuantan tentang p...
18/06/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Kuantan

Kami ingin memaklumkan pengguna jalan raya di Bandar Kuantan tentang penutupan susur jalan (U-Turn) Di Jambatan Tanjung Lumpur menghala ke arah bandar yang bermula 19 jun 2022 sehingga 21 jun 2022. Ini adalah kerana kami akan menjalankan kerja-kerja pemasangan paip merentasi Sungai Kuantan menggunakan kaedah HDD

Pihak kami ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi hotline kami di talian +60 12-444 8296

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,Kami warga Projek Pembetungan Kuantan dengan seikhlas hati, ingin mengucapkan Se...
01/05/2022

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Kami warga Projek Pembetungan Kuantan dengan seikhlas hati, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

Kami mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada anda semua khususnya masyarakat yang berada di Kuantan.

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak 1443H/ 2022M Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyu...
02/04/2022

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak 1443H/ 2022M

Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, semoga kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan bertakwa.

Ikhlas dari warga Projek Pembetungan Kuantan

Salam Sejahtera kepada warga Kuantan yang dikasihi,Untuk makluman anda semua, pihak kontraktor Projek Pembetungan Kuanta...
24/03/2022

Salam Sejahtera kepada warga Kuantan yang dikasihi,

Untuk makluman anda semua, pihak kontraktor Projek Pembetungan Kuantan telah membaik pulih dan menurap jalan di Jalan Gambut dan Jalan Dato’ Bahaman pada hari Rabu, 23 Mac 2022.

Pihak kami juga ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi sepanjang proses membaik pulih dijalankan.

Pihak kami ingin memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh penduduk Kuantan. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh hubungi HOTLINE kami di talian 0124448296. Kesulitan sekarang demi kesenangan dan keselesaan masa hadapan.

Address

Kampong Kuantan
25100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Pembetungan Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category