05/04/2022
Kenapa perlu Dolomite?
Dolomite paling baik digunakan untuk mengurangkan
keasidan tanah atau meningkatkan pH tanah. Mulakan
dengan ujian pH tanah dan sekiranya tanah anda
mempunyai pH yang kurang dari 5.0, anda boleh
gunakan dolomite untuk meningkatkan pH tanah ke
pH 5.0 hingga pH 6.5 kerana pada kadar pH inilah
penyerapan nutrien adalah pada tahap optimum!
Kenapa perlu Dolomite?
Apabila penyerapan nutrien berada di tahap yang baik,
segala baja yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh tumbuh-tumbuhan. Ini akan meningkatkan
hasil serta kualiti tanaman yang diusahakan!