28/03/2024
*SESI LIBAT URUS CIDB BERSAMA PEMEGANG TARUH INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA*
Tarikh : 27.3.2024
Tempat: Hotel Tenera Bangi, Selangor.
Objektif Sesi Libat urus interaktif dua hala ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas dan cadangan tambahan terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Pihak CIDB. Terdapat 5 Cadangan iaitu :
1. Sekatan Sistem CIMS kepada kontraktor berstatus Dorman yang tidak mengistiharkan projek dalam tempoh 2 tahun berturut turut.
Cadangan dari PERKOBF ialah : sekiranya kontraktor yang tidak mempunyai projek dibenarkan mengistihar yang mereka telah berusaha mencari projek dengan mengemukakan bukti masuk sebutharga dan undi.
2. Mewajibkan sekurang kurangnya seorang Personel Teknikal.
Cadangan dari PERKOBF : mengekalkan syarat sedia ada di mana kontraktor yang melebihi 15 tahun tidak diwajibkan mempunyai Personel Teknikal.
3. Mewajibkan Penyelia Tapak Bertauliah (Pentauliahan Melalui Program Akreditasi Penyelia Tapak Binaan oleh CIDB) utk Kontraktor G1.
Cadangan dari PERKOBF ialah :
PERKOBF tidak bersetuju dan membantah 100% cadangan ini.
4. Tempoh MCORE mengikut tahap. MCORE tahap 1 akan dapat setahun sahaja, MCORE tahap 2 dan keatas akan dapat 3 tahun.
Cadangan dari PERKOBF ialah:
Tidak mewajibkan Kontraktor memohon MCore. CIDB seharusnya memberi pilihan kepada kontraktor kerana sijil Mcore ini tidak diguna pakai secara menyeluruh oleh Agensi dan Jabatan.
5. CQMS - G1 Bumiputera tidak terlibat.
Walaupun sesi libat urus ini hanya meliputi 5 cadangan ini, tetapi PERKOBF MALAYSIA tetap membawa isu isu lain seperti.
1. Tidak memaksa Kontraktir G1 (Bumiputera) naik gred
2. Pendaftaran G1 (Bumiputera) dibekukan bg menyekat lambakan kontraktor dan kartel.
3. Perkobf mohon agar caj Permohonan Mata CCD disemak semula utk persatuan.
4. Mohon agar bayaran untuk Sijil SKKP dikurangkan atau tiada bayaran dikenakan kerana untuk menyertai kursus SKKP ini kontraktor perlu bayar RM470.00
Isu dan cadangan ini juga telah diserahkan secara hardcopy kepada Tuan Haji Razuki Ibrahim, Timbalan Ketua Eksekutif 1, CIDB Malaysia.