20/11/2019
Selain dari untuk mengelakkan dari haiwan berbisa, ianya juga perlu untuk keselamtan ahli keluarga anda.
Tempah slot servis potong rumput dan pangkas pokok kami.Bekerja setiap hari dan cover seluruh Pulau Pinang.
Terus tekan button untuk hubungi kami.
Menghindarkan Ular: Nasihat daripada Pakar Biologi Haiwan Liar.
Bagi kebanyakan orang, melihat ular di sekeliling tepak perkhemahan adalah mimpi ngeri. Malangnya banyak pihak memanfaatkan ketakutan kepada ular untuk menjual produk atau perkhidmatan yang tidak berkesan, dan dalam sesetengah keadaan mereka mungkin mengesyorkan penggunaan produk yang meningkatkan bahaya kepada ahli keluarga dan haiwan peliharaan.
Sebagai permulaan, kemungkinan ular yang muncul di kawasan anda bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:
- lokasi anda (utara dan selatan).
- landskap sekitarnya (bandar dan luar bandar).
- kehadiran sumber air (kolam, tasik, sungai).
- Penyelenggaraan tapak perkhemahan.
Jika anda mencari ular di dalam atau di sekitar rumah anda, bertenang dan ikuti petua di bawah:
Perlu Buat... (Pengurus Tapak Perkhemahan)
* Rumput hendaklah dipotong kerap dan pastikan ia pendek. Ular kurang cenderung bercengkerama dan bergerak melalui rumput pendek kerana ia meningkatkan pendedahan mereka kepada pemangsa. Rumput pendek juga menjadikan ular lebih mudah ditemui oleh manusia.
* Elakkan kerap menyiram rumput anda. Penyiraman rumput dan taman anda boleh menarik spesies mangsa (Cacing, siput babi, katak) yang menarik ular mencari makanan.
* Pastikan pokok dan pokok renek dipangkas. Potong pokok dan belukar dengan mewujudkan ruang cabang 24-35 inci dari tanah. Ini akan menghapuskan ruang untuk ular beristirehat dan memudahkan ular dilihat dari jauh.
* Pindahkan tempat makan burung/ayam. Burung/ayam adalah seringkali meninggalkan sisa makanan/bijirin yang tersebar di bawah tempat makan mereka. Makanan di tanah menarik tikus untuk datang makan sisa-sisa tersebut, yang boleh mengumpan ular mencari makanan.
* Pasang tiang/rumah burung hantu/helang. Burung hantu dan Helang adalah pemangsa ular semula jadi yang boleh tertarik ke kawasan perkhemahan adanya rumah/tiang bertenggek. Ianya harus diletakkan di kawasan terbuka sehingga burung hantu/helang mempunyai pandangan yang baik kawasan sekitarnya.
* Makanan haiwan perliharaam. Meletak makanan haiwan peliharaan di luar boleh menarik serangga dan tikus yang boleh menarik ular. Jika makan di luar adalah perlu, pastikan untuk membersihkan makanan yang tidak dimakan dengan segera. Simpan makanan haiwan dalam bekas dengan penutup yang ketat.
* Pindahkan kayu anda. Simpan kayu api, kayu yang berlebihan, dan jenis serpihan lain dari kawasan perkhemahan anda. Tempat simpanan kayu dan kayu api, serpihan adalah tempat terbaik untuk ular untuk bersembunyi.
* Fikirkan sebelum merekakan lanskap. Elakkan menggunakan batu besar di lanskap anda. Bahan-bahan ini menarik ular dan mangsa mereka, dan boleh membuat habitat pembiakan. Sebaliknya, gunakan batu yang lebih kecil seperti batu kerikil atau batu sungai. Elakkan kolam ikan kerana ciri-ciri air ini menarik ular.
* Perbaiki retak/celahan pada bangunan. Perbaiki/tutup lubang retak ataupon celahan bangunan kerana tempat-tempat ini merupakan tempat yang ular suka untuk bersembunyi. Retak dan celah ini boleh digunakan oleh ular dan makhluk kecil lain bersembunyi/bersarang.
* Pagar. Tidak ada cara pasti menghindarkan ular, tetapi apabila semua perkara telah gagal pagar wajib di pertimbangkan. Pagar harus ditanam beberapa inci ke dalam tanah, dibina dengan menggunakan jaring .25 " ataupon jaring kecil, dan melengkung di bahagian atas untuk menghalang ular dari naik ke atas.
Jangan Buat...
* Jangan menggunakan ubat gegat. Bahan aktif di dalam ubat gegat adalah naphthalene ( https://en.m.wikipedia.org/wiki/Naphthalene ) atau paradichlorobenzene ( http://npic.orst.edu/factsheets/PDBgen.html ). Bahan kimia ini beracun kepada serangga dan mamalia tetapi tidak berkesan kepada ular ( https://www.researchgate.net/publication/237287086_WHAT_YOU_WANTED_TO_KNOW_ABOUT_ALL_YOU_EVER_HEARD_CONCERNING_SNAKE_REPELLENTS ). Naphthalene boleh menyebabkan kesakitan kepada manusia, dan pernah dikaitkan punca kematian kepada kanak-kanan . Menggunakan ubat gegat sebenarnya mendedahkan keluarga kepada risiko. Jangan gunakan ubat gegat.
* Jangan gunakan belerang. Banyak produk penghalau ular menyatakan bahawa belerang menghalau ular. Malang sekali belerang tidak berkesan menghindkarkan ular malas membazirkan duit. Ini ada video pendek menunjukkan keberkesanan bahan kimia kepada ular https://youtu.be/eQ8bXLPQrTU .
* Jangan menggunakan perangkap lekat di luar. Perangkap yang dipasang di luar menangkap semua jenis haiwan walaupon bukan sasaran, yang membawa kepada kematian yang perlahan dan kejam. Ini adalah video pendek menunjukkan bagaimana melepaskan haiwan dari perangkap lekat. https://youtu.be/HWKyAPIUlls .
* Tolong jangan membunuh ular kecuali terpaksa atau memudaratkan, halau ular dengan menggunakan paip air yg kuat bg menghalau ular mencari habitat yang lain.
Selamat berkhemah, semoga di permudahkan.