24/05/2026
Sistem Torrens dalam Pemilikan Tanah di Malaysia
Sistem Torrens ialah sistem pendaftaran tanah yang digunakan di Malaysia untuk menentukan hak milik tanah secara sah melalui pendaftaran rasmi. Malaysia menerima pakai sistem ini melalui Kanun Tanah Negara 1965.
Sistem ini berasal dari Australia dan diasaskan oleh Sir Robert Richard Torrens pada tahun 1858. British kemudian memperkenalkannya di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan
Ciri utama Sistem Torrens di Malaysia
1. Pendaftaran adalah segala-galanya
Hak milik tanah hanya diiktiraf apabila didaftarkan.
2. Semua urusan seperti pindah milik, gadaian, pajakan dan kaveat mesti didaftarkan
3. Hak milik tidak boleh disangkal (indefeasibility)
4. Nama yang tercatat dalam geran dianggap pemilik sah.
5. Dilindungi di bawah Seksyen 340 Kanun Tanah Negara, kecuali dalam kes tertentu seperti penipuan atau pemalsuan.
6. Dokumen hak milik dijamin kerajaan
7. Geran tanah menjadi bukti utama pemilikan.
Pembeli tidak perlu menyiasat sejarah tanah terlalu jauh.
Dua prinsip utama Sistem Torrens
1. Prinsip Cermin (Mirror Principle)
Daftar hak milik “mencerminkan” semua maklumat penting tanah:
a. nama pemilik
b. keluasan
c. lokasi
d. syarat tanah
e. gadaian/kaveat
f. Pembeli boleh melihat status tanah terus melalui geran atau carian rasmi
2. Prinsip Tabir (Curtain Principle)
Pembeli hanya perlu bergantung kepada maklumat dalam daftar hak milik dan tidak perlu menyiasat sejarah lama tanah tersebut.
Kebaikan Sistem Torrens
1 Pemilikan tanah lebih jelas dan selamat
2. Mengurangkan pertikaian hak milik
3. Memudahkan jual beli dan pinjaman bank
4. Rekod tanah lebih tersusun dan standard
Contoh mudah:
Jika Ali membeli tanah daripada Abu:
tandatangan SPA sahaja belum cukup
nama Ali mesti didaftarkan di Pejabat Tanah
selepas pendaftaran selesai, barulah Ali menjadi pemilik sah menurut Sistem Torrens.
Kesimpulannya selagi nama anda tidak tertulis di atas geran, anda masih belum memiliki tanah tersebut kerana sebarang perjanjian bertulis mengatakan tanah itu milik masih boleh dicabar di mahkamah.
Oleh sebab itu elakkan membeli lot lidi dan sebagainya.