16/06/2022
SJKP
Apa Itu SJKP?
Isu kekurangan kebolehupayaan rakyat yang tidak bergaji tetap untuk membeli hartanah bukan benda yang baru dibincangkan.
Ia sudah dibentangkan dalam Rang Undang-Undang Perbekalan 2008 di Dewan Rakyat pada tahun 2007. Dari situlah wujudnya SJKP ini!
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah sebuah skim perumahan bertujuan untuk membiaya warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membeli rumah pertama.
Contohnya golongan petani, pekerja gig dan pengusaha kecil yang ingin memiliki rumah SJKP seperti perumahan kos rendah atau sederhana sama ada yang sedang dalam fasa pembinaan, siap sepenuhnya, lelong mahupun rumah yang terjual.
Dalam Bajet 2022 kali ini, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2 billion kepada bank untuk membiaya pinjaman rumah SJKP.
90% daripadanya adalah dalam bentuk pinjaman manakala 10% perlu mendapatkan deposit dari luar.
sjkp, permohonan rumah skim jaminan kredit perumahan, rumah sjkp, sjkp bank muamalat, sjkp bsn
Pengumuman sebegini sudah tentu membuatkan anda lebih bersemangat untuk mencapai impian memiliki rumah pertama anda kan? Bak kata pepatah, ibarat bulan jatuh ke riba!
Tetapi, sebelum putih mata, lebih selamat jika anda periksa dahulu syarat-syarat dan kelayakan permohonan rumah SJKP ini, sebelum mulakan proses permohonan.
Siapa Yang Layak Mohon SJKP?
Walaupun SJKP diperkenalkan untuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap, itu tidak bermaksud semua orang layak memohon tau.
Alamak, ada had minimum pendapatan ke? Ha, kalau nak tahu, jom kami kongsikan syarat-syarat permohonan!
Syarat asas
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pendapatan kasar minimum RM1,000 sebulan
Kurang 65% pendapatan kasar untuk pembayaran bulanan pinjaman
Tinggal dalam lingkungan 20km dari cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat
Jenis pendapatan
Pendapatan tidak tetap seperti petani, peniaga kecil, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain
Pendapatan tetap tetapi daripada jumlah peruntukan SJKP RM300 juta pertama sahaja
Jenis pinjaman
Pinjaman individu
Pinjaman bersama untuk adik beradik atau anak-ibubapa yang semuanya masih tidak memiliki rumah
Jenis hartanah
Rumah pertama untuk kediaman kos rendah/sederhana/mampu milik
Untuk didiami, bukan hartanah komersial
Jenis projek hartanah
Projek baru
Projek dalam pembinaan
Projek sudah siap
Rumah lelongan
Kecuali rumah dibina atas tanah sendiri
CCRIS & lain-lain
Rekod tunggakan CCRIS kurang 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
Tiada rekod kewangan negatif lain dalam 24 bulan terkini
Jika anda melepasi semua kriteria kelayakan permohonan rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini, peluang anda untuk memiliki hartanah pertama ternyata cerah!
sjkp, permohonan rumah skim jaminan kredit perumahan, rumah sjkp, sjkp bank muamalat, sjkp bsn
Cop! Anda mesti tertanya-tanya adakah pembiayaan SJKP ini mempunyai sebarang terma pembiayaan atau tidak kan?
Jawapannya, sudah tentu ada, seperti di bawah:
Marjin pembiayaan
100% hanya untuk pembiayaan maksimum RM300,000 (termasuk MRTA/MRTT)
Jenis pembiayaan
Sah untuk pembiayaan berjangka sahaja
Tempoh pembiayaan
35 tahun atau;
Usia pemohon 65 tahun, mana paling awal
Kadar faedah
Mengikur Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi kewangan yang menawarkan pinjaman.
Insurans
Wajib ambil MRTA/MRTT
Lain-lain
Deposit wajib selama 3 bulan bayaran bulanan
Nampaknya anda sudah tak sabar-sabar nak rebut peluang permohonan rumah skim jaminan kredit perumahan ini. Jangan risau, senang je cara nak mohon.
Hanya pastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap tersedia, anda sudah layak digelar sebagai tuan tanah!
Cara Mohon Rumah Skim Pinjaman Kredit Perumahan (SJKP)
Kenalpasti jenis rumah yang ingin dibeli dan dapatkan dokumen perumahan yang berkaitan seperti draft perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada pihak yang dibenarkan seperti Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih.
Surat wajib mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
Suami isteri yang mempunyai pendapatan berasingan perlu mendapatkan dua surat pengesahan.
Bawa penyata gaji dan penyata KWSP jika anda kakitangan yang bergaji.
Sediakan dokumen sokongan bagi sumber pendapatan.
Contohnya, penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen jual beli.
Bawa semua dokumen yang dinyatakan ke mana-mana cawangan institusi kewangan yang menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk membuat permohonan seperti SJKP Bank Muamalat atau SJKP BSN.
Permohonan SJKP ini hanya boleh dibuat secara fizikal di institusi kewangan terpilih sahaja tau. Jangan p**a anda tercari-cari mana-mana pautan untuk memohon secara atas talian ya!
Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda institusi-institusi kewangan yang menawarkan permohonan rumah skim jaminan kredit perumahan ini. Teruskan membaca!
15 Institusi Kewangan Yang Sertai SJKP
Sebelum itu, anda tahu tak apa sebenarnya hubungan SKJP ini dengan pihak institusi kewangan?
Kalau nak tahu SJKP akan memberikan jaminan kepada pihak bank bagi membolehkan mereka menawarkan pembiayaan perumahan kepada golongan tertentu.
Sebab itulah anda hanya boleh memohon skim ini di institusi kewangan sahaja. Pastikan anda tidak tertipu dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai ejen SJKP!
Senarai insititusi kewangan yang mengambil bahagian setakat November 2021 adalah seperti di bawah:
Affin Bank
Affin Islamic
Maybank
Maybank Islamic
Alliance Bank,
Alliance Islamic Bank
Bank Muamalat
Bank Rakyat
Agro Bank
AmBank Group
AmIslamic Bank
Bank Islam
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Hong Leong Bank
Hong Leong Islamic Bank
Menariknya, setiap bank tersebut menawarkan pelbagai produk skim pinjaman perumahan yang tersendiri hasil kerjasama SJKP dengan konsep, peratus caj atau yuran dan cara pembayaran yang berbeza-beza.
Contohnya produk SJKP Bank Rakyat;Pembiayaan Perumahan-i SJKP, SJKP Bank Muamalat; SMART Mortgage SJKP, SJKP Maybank dan banyak lagi!
sjkp, permohonan rumah skim jaminan kredit perumahan, rumah sjkp, sjkp bank muamalat, sjkp bsn
Kalau nak tahu, BSN dan Bank Islam antara bank yang terawal menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan. Kemudian, barulah bank-bank lain mula menyusul. SJKP Bank Muamalat antara yang terbaru!
Oh ya, SJKP juga tidak akan mengenakan apa-apa syarat terhadap pemohon tau. Segala terma akan diserahkan 100% pada institusi kewangan yang bekerjasama dengan SJKP.
Jadi, jika semuanya bergantung pada pihak bank, siapa p**a yang menguruskan operasi SJKP ini? Ha, sebenarnya SJKP sendiri telah melantik Prokhas Sdn Bhd sebagai pihak yang diamanahkan untuk menguruskan segala operasi harian SJKP.
Bolehkah Guna SJKP Untuk Rumah PR1MA?
Ya anda boleh mendapatkan pembiayaan perumahan untuk Rumah PR1MA menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan ini.
Projek pertama yang mendapat pembiayaan SJKP adalah Residensi Larkin Indah dan akan diperluaskan ke semua projek PR1MA seluruh negara!
Jom Rebut Peluang Keemasan Ini!
Memandangkan bajet SKJP sudah meningkat sehingga RM2 billion pada tahun hadapan, ini bermakna semakin banyak pembelian rumah boleh dibiayai menerusi SJKP.
Tambahan p**a, sebanyak RM1.5 bilion juga akan diperuntukkan khas bagi pembangunan projek perumahan mampu milik sudah pasti dapat mengisi keperluan rakyat untuk mendiami rumah sendiri.
Sudah penat menyewa! Anda bukan tak mampu bayar balik pinjaman, cuma susah nak dapatkan kelulusan pinjaman sahaja. Jadi, inilah masanya untuk anda bertindak demi merealisasikan impian anda dan keluarga.
Masih tak yakin dengan keputusan anda?
Jangan risau, hubungi sahaja pihak SJKP di portal rasmi mereka untuk maklumat lanjut. Selamat berjaya!
(c&p)
berminat?. boleh hubungi kami :
www.wasap.my/60139831305/hilmiPTT