Bina Rumah Kota Bharu

Bina Rumah Kota Bharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bina Rumah Kota Bharu, Contractor, Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

07/06/2024

KEPADA YANG NAK BUAT RUMAH, APA YANG ANDA KENA TAHU TENTANG TEMPOH MENYEDIAKAN LUKISAN BINAAN?

Biasanya selepas arkitek dilantik untuk sesuatu projek ,katalah design banglo, masa yang paling ditunggu oleh klien ialah proposal design. Waktu tu lah peluang arkitek untuk impress klien. Nak goreng design waktu ni la kita goreng haha.

Revision design pertama di hantar, ok klien happy tapi makcik belah bini dia p**a ada komen, ada lagi sikit nak kena repair. 2nd revision, ok abang dia p**ak komen. Revision ke 3 p**a ada anak sedara baru habis part 1 arkitek komen. Akhirnya selepas revision design ke 10 selepas 3 bulan, design yang di persetujui semua pihak setel.

Arkitek baru nak rilek sekejap. Tiba-tiba mesej masuk, " so bila boleh mula kerja ni?" Aik baru semalam lock design dah nak suruh jalan kat site? Macam mana ni?

Arkitek kata" Sabar tuan, drawing baru nak buat ni"

" Aik yang 10 revision design tu bukan drawing ke, kan gambar lawa-lawa presentation design tu dah ada, boleh gerak lah tu". Klien kata macam tu p**a.

A = " Itu bukan construction drawing tuan".

K = "Oh yeke, aduh lambat la arkitek ni. Macam kena scam je saya ni"

Pulak.

**********************************************************************

Itulah benda biasa yang berlaku. Kebanyakan klien ingat selepas dapat gambar design rumah yang diimpikan, dah boleh start construction.

Belum lagi ya. Ada satu lagi step yang klien tak perasan, iaitu tempoh dimana arkitek atau designer perlu menyiapkan lukisan-lukisan atau drawing supaya kontraktor boleh buat di tapak sebagaimana design yang di persetujui klien.

Inilah tempoh menyediakan dokumen kontrak. Di sini lah arkitek akan keluar kan segala detail drawing yang diperlukan untuk diguna oleh kontraktor.

Ya gambar design rumah memang dah setel. Tapi spesifikasi barang, saiz tiang, saiz tingkap berapa tinggi, dan banyak lagi ukuran, semua tu kontraktor nak tahu. Waktu ni dah bukan nak tengok lawa ke tak rumah tu, waktu ni nak tengok ukuran. Berapa kaki, berapa milimiter, siling berapa kaki tinggi, detail-detail macam ni.

Disarankan kepada kita untuk memberi masa yang cukup untuk arkitek prepare lukisan-kukisan ini. Bagi la sebulan dua. Nak rushing apa, rumah nak pakai 100 tahun, tak kan tunggu drawing siap 2 bulan tak boleh tunggu. Kan ? :)

Apa kebaikan jika klien memberikan tempoh yang cukup untuk menyediakan drawing?

- Kerja di tapak lebih lancar kerana maklumat lengkap dan drawing cukup.
- Estimate kos akan lebih tepat atau at least tak lari jauh. Dari sini la klien boleh tengok perlu tambah atau tolak kos.
- Kurangkan tambahan kos atau VO kerana semua benda kebanyakan dah disusun dari awal dan kos boleh dikira lebih awal
- Kalau ada dispute atau tak puas hati, ada drawing untuk rujuk.
- Program kerja lebih tersusun

Ok apa yang akan jadi jika klien rush nak suruh mula construction tanpa set drawing yang lengkap?

- Kos meletup kerana banyak detail drawing tak sempat buat. Estimate kos lari jauh.
- Risiko salah bina di tapak tinggi.
- Banyak tambahan kos kerana tak sempat kerana arkitek tertinggal detail yang penting
- Delay kerja di tapak berlaku
- Kontraktor akan tunggu saja di tapak sampai drawing sampai, apa kerja pun tak boleh jalan.

***********************************************************************

Pentingnya siapa yang nak buat rumah untuk tahu bahagian ini. Bukan serah bulat-bulat suruh kontraktor pandai-pandai. Kejap lagi bila tak jadi, mula lah menuding jari kepada semua orang lain.

Sebab tu lah saya kata, nak jimat, jimat kat construction cost, bukan potong dekat konsultan, baik arkitek atau engineer.

Nak prepare drawing ada kos dia. Fee nak buat drawing RM 50,000 untuk buat rumah RM 1,000,000 (contoh saja). Tapi pasal nak jimat RM 50,000 tu, silap demi silap kontraktor, banyak kos tambahan, miscommunication, delay pasal tak cukup drawing, ada benda tak masuk, akhirnya kena tambah lagi RM 300,000 untuk siapkan rumah semua berpunca dari tak cukup maklumat/drawing tak cukup. Pernah dengar kes gini? Pasal dah banyak yang jadi la saya cerita sini.

RM 50,000 buat drawing dengan RM 300,000 kesilapan, mana lagi besar? Ha jawab lah sendiri. Cari lah runner bayar RM 1500 tu yang buat lukisan tu, dia pun dah RUN AWAY dah haha.

Memang sedikit kasar tapi kadang yang terkena ni bukan orang yang tak pandai. Pandai dah tapi memlilih untuk jadi cheapskate tak bertempat. Jadi silalah buat keputusan yang bijak.

Nak buat rumah, buat betul-betul dengan cara yang betul dan cari lah orang yang betul-betul nak buat kerja.

Harap membantu! :)

Ar.Ahmadkhairul Sabirin
Saya? lambat lagi nak buat rumah. lek lu.

*drawing sekadar hiasan untuk tujuan mendidik.

Sebelum buat pastikan:ASAS:1. Ada jalan keluar masuk, tapak rumah dalam kawasan taman, lagi cantik.2. Ada bekalan @ lalu...
06/02/2023

Sebelum buat pastikan:

ASAS:
1. Ada jalan keluar masuk, tapak rumah dalam kawasan taman, lagi cantik.
2. Ada bekalan @ laluan paip air ke tanah kita, kalau belum ada, kena mohon & ada kos.
3. Bekalan elektrik (TNB), -sama seperti perkara 2.
4. Tangki kumbahan & tangki overflow buat (tanam) di bahagian tepi atau depan, senang lori datang nak sedut keluar setiap 10 ke 15 tahun.
5. Tambun tanah rumah & keseluruhan kawasan rumah 2-3 kaki lebih tinggi daripada tanah org lain.
6. Lantai rumah p**a tinggi 2-3 kaki dari tanah -rumah bertambah tegap & hensem.
7. Tinggi siling dari lantai paling kurang 11ft (tingkat bawah) & 9ft (tingkat atas) -rumah akan nampak tegap & sado dari luar & aliran udara dalam rumah lancar, tak panas.
8. Kena selalu lawat tapak projek.Hari-hari datang lagi terbaik. Jangan datang tangan kosong, bawa la makanan & minuman, bina rapport dgn semua tukang rumah, barulah kerja menegur tambah senang.
9. Pastikan wireman guna barang2 tahan lama, bukan takat lepas Sirim.
10. Buat bilik dobi. -percayalah, sangat berbaloi.
11. Cat dalam dan cat luar adalah berbeza. Guna cat yang sesuai, jangan bantai ja. Cat jangan warna-warni. Guna cat yg berasaskan warna tanah/daun @ alam. (coklat,jingga, kelabu, hijau)
12. ada ruang stor simpan barang.
13. ada car porch
14. Setiap bilik ada akses bilik air.
15. Bagi yg s**a buat kenduri macam saya, pastikan ada tandas & bilik mandi di luar rumah untuk tetamu.
Selain tu, kalau ada family gathering, pasang pool, soopa d**a di luar rumah..senang kanak-kanak nak akses ke bilik air.

AKSESORI:
1. Table top di dapur ikut keselesaan isteri kita atau orang gaji.
2. Susun letak dan ketinggian sinki & table top dapur ikut kemahuan isteri. (hal ni jgn wat main 😅)
3. Soket peti ais, mikrowave, coway dll pastikan mencukupi.
4. ada blower fan di dapur.
5. pasang aircond siling, rumah nampak auto bertambah premium. -bincang siap2 dgn tukang rumah & pomen aircond untuk kerja2 awal piping dalam dinding & siling.
6. Install sistem security ke seluruh bahagian rumah. Semua tingkap, pintu & pintu siling pasang penggera. Bincang dgn tukang rumah & syarikat alarm security untuk kerja2 awal. -sebab wiring jalan dalam dinding, kena wiring alarm sebelum proses pluster dinding lagi.
7. Install CCTV ke ssmua bahagian luar rumah. -sama proses seperti perkara 6.
8. Install loceng dlm rumah awal2 sebelum proses pluster dinding.
9. Jgn lupa pasang sportlight paling kurang satu depan rumah & satu belakang rumah. Sangat berguna pada saat diperlukan.
10. Gunakan semua kabinet jenis melekat & build in -rumah tambah premium dan kemas, paling penting: jimat ruang, rumah nampak lagi luas.

SEMUA aksesori ni wajib buat sebelum atau semasa pembinaan rumah, kalau selepas rumah siap baru nak buat, dh terlambat sebab akan makan kos lebih tinggi selain rumah jadi tak cantik.

Sama-sama. 😉🙏đŸŧ

Credit to khairul lizam che ideris

Kali ni dia mari dgn drone tuan puan..Lokasi : kg tawang, bachokKeluasan : 3050sqftBo lah duk mikir lama2 nk buat rumah,...
10/01/2023

Kali ni dia mari dgn drone tuan puan..

Lokasi : kg tawang, bachok
Keluasan : 3050sqft

Bo lah duk mikir lama2 nk buat rumah, koho lama barang rumh koho naik â˜šī¸

Nok cepat , hello 📞 0199393333
Nok Whatsapp, survey2 sini
wasap.my/0139143333
wasap.my/01110307902
wasap.my/0199871444
wasap.my/0195411332
wasap.my/0198325293

Renovation office  # ARNI fesyen # cabang niaga baru
08/03/2019

Renovation office
# ARNI fesyen
# cabang niaga baru

Projek En. Azman di Kg. Sabak,Kota Bharu, Kelantan. Hanya menunggu untuk penyerahan kunci kepada tuan rumah ✅
02/11/2018

Projek En. Azman di Kg. Sabak,Kota Bharu, Kelantan.

Hanya menunggu untuk penyerahan kunci kepada tuan rumah ✅

Address

Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa
Kota Bharu
16100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bina Rumah Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bina Rumah Kota Bharu:

Share

Category