10/03/2020
Tips renovasi ruang dapur yang sempit.
Rumah anda mempunyai ruang dapur yang sempit dan terhad? Tak perlu risau.. Anda cuma perlu ikuti tips dibawah, nescaya ruang dapur yang sempit pun akan kelihatan luas dan cantik. 😉
1. Pemilihan warna cat dinding
Warna cat memainkan peranan yang penting untuk menampakkan ruang yang sempit supaya kelihatan luas. Pilih warna yang cerah dan lembut seperti putih atau pastel seperti baby blue, cream beige, soft silver, dan white sage.
2. Pantulan cahaya
Permukaan yang memantulkan cahaya dapat memberi illusi optik seolah-olah ruang yang sempit menjadi luas. Pilih jenis pintu kabinet dapur yang dapat memberikan pantulan cahaya secukupnya seperti daripada jenis formica atau kaca. Elakkan memilih pintu kabinet jenis solid wood atau melamine. Selain pintu kabinet, pemilihan jenis backsplash juga penting. Utamakan backsplash jenis kaca atau tinted mirror supaya ruang dapur bukan sahaja nampak luas, bahkan kelihatan kemas dan bersih seperti dapur chef-chef selebriti gitu!
3. Pencahayaan
Pilih pencahayaan jenis tumpu supaya ruang dapur nampak luas dan cantik. Gunakan lampu jenis downlight seperti di terdapat di galeri pameran berbanding lampu kalimantang. ketinggian siling dapur juga mestilah sekurang-kurangnya 8 kaki untuk memberi pencahayaan dapur yang optimum.
4. Pemilihan aksesori dapur
Berkenaan aksesori dapur p**a seperti peti sejuk, dapur memasak, oven, atau microwave, belilah saiz yang bertepatan dengan saiz ruang dapur anda. Jangan beli degan saiz yang terlalu besar kerana akan memakan banyak ruang dan menyebabkan ruang dapur yg telah sedia terhad menjadi semakin sempit. Biarlah bersaiz comel asalkan dapat berfungsi dengan baik. Ye dokk..ðŸ¤ðŸ™ˆ
5. Tempat penyimpanan
Elak meletakkan terlalu banyak hiasan tambahan di dapur. Simpan perkakasan dapur di dalam kabinet supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih.
Jangan pasrah sahaja jika anda memiliki ruang dapur yang sempit. Masih belum terlambat untuk mendapatkan dapur impian yang kelihantan luas dan selesa.
Kami di SWS creative builder menyediakan khidmat pemasangan kabinet, dan ubahsuai dapur. Jangan malu jangan segan, hubungi kami segera untuk mendapatkan sebutharga!