PEJUTA - Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia

PEJUTA - Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia The official page of PEJUTA Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (Association of Authorised Land Surveyors Malaysia)

πŸŒ™ Salam Aidilfitri 1447HPersatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilf...
18/03/2026

πŸŒ™ Salam Aidilfitri 1447H

Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli, rakan industri, serta masyarakat yang menyambutnya.

Di samping meraikan hari kemenangan ini, marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk bermuhasabah diri serta menyucikan hati daripada segala sifat mazmumah seperti hasad dengki, benci membenci, buruk sangka dan fitnah. Setiap amanah yang dipikul hendaklah dilaksanakan dengan adil dan berhemah demi memastikan kesejahteraan bersama sentiasa terpelihara.

Semoga kita semua terus dipandu untuk membina hubungan yang lebih harmoni berlandaskan keikhlasan dan saling menghormati.

Indah sungguh bunga melati,
Harum mewangi di tepi taman;
Syawal disambut penuh erti,
Moga silaturahim terus dieratkan.

Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) πŸŒ™βœ¨

Salam Ramadhan 1447H/2026Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramad...
18/02/2026

Salam Ramadhan 1447H/2026

Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa penuh rahmat, keinsafan dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.

Marilah kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadah, memperbaiki diri dan menyebarkan kebaikan sesama insan.

✨ π‘Ίπ’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒂𝒏 π’”π’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• π’Žπ’†π’π’‹π’‚π’π’‚π’π’Š π’Šπ’ƒπ’‚π’…π’‚π’‰ π‘Ήπ’‚π’Žπ’‚π’…π’‰π’‚π’ ✨

Selamat Tahun Baharu Cina!Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina ke...
16/02/2026

Selamat Tahun Baharu Cina!

Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikannya.

Semoga tahun baru dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan berterusan kepada anda dan keluarga. Diharapkan tahun baharu ini juga membuka lebih banyak ruang persahabatan serta memperkukuh jalinan kerjasama kita semua.

Gong Xi Fa Cai.

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2025PEJUTA merakamkan ucapan Selamat Hari Natal kepada semua yang meraikannya dan selamat b...
24/12/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2025

PEJUTA merakamkan ucapan Selamat Hari Natal kepada semua yang meraikannya dan selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia.

Teruskan keharmonian sepanjang cuti bersama keluarga dan sahabat handai. Sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi dituju.

Ikhlas daripada Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA)

11/11/2025
10/11/2025

SALAM TAKZIAH KEPADA LSr HAJI NORDIN BIN YAHYA ATAS PEMERGIAN ISTERI BELIAU KE RAHMATULLAH

Ψ§ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§ Ω„ΩΩ„Ω‘ΩŽΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ§ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ’Ω†ΩŽ
Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ اغْفِرْ Ω„ΩŽΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ§Ψ±Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ω‡Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΨ§ΩΩΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ§ΨΉΩ’ΩΩ ΨΉΩŽΩ†Ω’Ω‡Ω

Dukacita dimaklumkan bahawa Isteri kepada LSr Haji Nordin bin Yahya telah kembali ke rahmatullah pada hari ini (10 November 2025).

Urusan jenazah akan dilaksanakan selepas solat maghrib hari ini bertempat di Masjid Bukit Sekilau, Kuantan dan seterusnya pengebumian dilakukan di Tanah Perkuburan Hutan Setali, Kuantan, Pahang.

Didoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

HAPPY DEEPAVALI!In conjunction with the celebration of Deepavali, PEJUTA extends our heartfelt greetings to all who are ...
17/10/2025

HAPPY DEEPAVALI!

In conjunction with the celebration of Deepavali, PEJUTA extends our heartfelt greetings to all who are celebrating this meaningful occasion.

May Deepavali 2025 bring greater joy, peace and harmony to us.

Happy Deepavali and a wonderful festive holiday!

Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) merakamkan ucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Prof. Adj. ...
24/09/2025

Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) merakamkan ucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Prof. Adj. Datuk LSr Haji Johari bin Wahab, Principal AJ Surveyors (M) Sdn. Bhd. atas penghormatan beliau menyempurnakan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kali Ke-46, Sidang Ketiga pada 21 September 2025, bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Kuala Terengganu.

Sidang kali ini melibatkan seramai 573 graduan daripada lima program utama iaitu Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Geomatik, Diploma Senibina, Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Kejuruteraan Automotif.

Sebagai seorang Juruukur Tanah Berlesen dan Ahli PEJUTA, penghormatan ini bukan sahaja mengangkat nama beliau secara peribadi, malah turut mengangkat martabat profesion ukur tanah di persada akademik dan industri negara.

PEJUTA amat berbangga dengan pencapaian ini dan mendoakan agar YBhg. Prof. Adj. Datuk LSr Haji Johari bin Wahab terus diberi kekuatan dalam menyumbang kepakaran serta menjadi inspirasi kepada masyarakat, khususnya generasi muda.

Tahniah sekali lagi diucapkan!

18/09/2025

Assalamualaikum semua,

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) selaku PARTNER SPONSOR untuk STAROBW 2025! ✨

Setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan penganjuran STAROBW 2025, yang akan berlangsung pada 26–28 September 2025. πŸ™Œ

⏳ Tinggal 9 hari je lagi menuju OBW!

Jom daftar STAROBW 2025 sekarang:
πŸ‘‰ https://starobw2025.com/product/walk-in-package/



Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada Prof. Adj. Datuk ...
11/09/2025

Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada Prof. Adj. Datuk LSr Haji Johari bin Wahab (Johari Wahab) atas pelantikan beliau sebagai ahli CEO@Faculty Programme (CFP) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 9 September 2025.

PEJUTA menzahirkan rasa bangga atas pencapaian beliau yang menonjolkan kepakaran dalam bidang Geomatik serta memperlihatkan sumbangan signifikan profesion ukur kepada kemajuan akademik dan industri negara.

Semoga Prof. Adj. Datuk LSr Haji Johari terus diberi kesihatan yang baik untuk terus menyumbang ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Ikhlas daripada,
PERSATUAN JURUUKUR TANAH BERTAULIAH MALAYSIA (PEJUTA)

Salam Maulidur Rasul SAW 1447H / 2025M Salam Maulidur Rasul SAW kepada seluruh umat Islam walau di mana sahaja anda bera...
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul SAW 1447H / 2025M

Salam Maulidur Rasul SAW kepada seluruh umat Islam walau di mana sahaja anda berada. Sesungguhnya kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa cahaya rahmat dan teladan agung buat kita semua.

Di kesempatan ini juga, kami turut mengucapkan selamat bercuti dan berhujung minggu kepada semua. Semoga masa berkualiti bersama keluarga dan rakan dapat menambah kebahagiaan dan keceriaan.

Ikhlas daripada seluruh warga PEJUTA

Address

Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia, 2735A, Jalan Taman Permata 4, Taman Permata
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:00
Tuesday 08:30 - 05:00
Wednesday 08:30 - 05:00
Thursday 08:30 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+60341088540

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEJUTA - Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category