07/09/2021
BAHANA AIRCOND, ANAK MENGHIDAP BRONCHITIS.
Petang tu, kami lihat nafas Hana laju semacam. Otot jantungnya timbul tenggelam hingga nampak tulang rusuk.
Bimbang sesuatu yang buruk, segera kami ke klinik kesihatan.
Sampai di klinik, doktor sudah geleng kepala.
"Patut puan kena terus hantar ke hospital, tak perlu bawa di sini dulu."
Hana kemudiannya dihantar ke hospital dengan ambulans. Tangisannya semakin kuat.
Sampai di hospital, terus Hana dimasukkan ke dalam wad. Doktor sahkan Hana terkena bronchitis.
Selang dua bulan kemudian, bronchitis sekali lagi menyerang Hana. Terus kami bawa dia ke wad kecemasan hospital.
Ibu bapa mana yang tidak bimbang dengan tahap kesihatan anak?
Sedangkan kami menjaga Hana dengan cukup sempurna. Makan minumnya terjaga. Keluarga terdekat juga tiada yang merokok. Hand sanitizer sentiasa dibawa bersama.
Jadi, apa punca Bronchitis menyerang Hana?
Bimbang bronchitis kembali menyerang Hana, kami bertanya kepada doktor.
Dan soalan daripada doktor cukup menyentapkan kami:
"Sudah berapa lama air-cond rumah tidak diservis?"
Sentap. Memang pun selama kami membeli air-cond, tidak pernah lagi diservis. Tapi, apa kaitan air-cond dengan bronchitis?
Rupanya, air-cond yang lama tidak diservis menjadi 'lubuk' bakteria.
Sebenarnya, air-cond lebih baik daripada kipas kerana air-cond mempunyai filter yang menapis udara.
Tetapi apabila penyaman udara dibiarkan tanpa penyelenggaraan yang teratur, bakteria boleh membiak di dalam sistem penyaman udara.
Titisan air yang tercemar tadi akan disebar oleh penghawa dingin, menyebabkan penyebaran penyakit di keseluruhan ruangan bilik.
Lagi-lagi bayi di bawah usia 2 tahun yang mempunyai antibodi yang lemah lebih mudah diserang penyakit.
Tertunduk kami mendengarnya. Langsung kami tak tahu selama ini!
Keluar daripada wad sahaja, terus air-cond bilik kami diservis.
Mungkin bahana kami yang tidak servis air-cond, Hana yang tidak bersalah terpaksa membayarnya dengan penyakit bronchitis.
Alhamdulillah, kini usia Hana sudah mencapai 3 tahun. Tiada lagi bronchitis menyerang. Hati kami lega.
Buat ibu bapa, jika benar sayangkan anak, biarlah anak kecil kita menghirup udara yang segar.
Pastikan air-cond diservis 6 bulan sekali.
Jangan biarkan bakteria mahupun legion bersarang dalam air-cond.
Boleh terus klik link di bawah bagi membuat appointment servis air-cond anda:
>>>
http://tiny.cc/NurFattahAircondServices