Persatuan Penduduk Blok A,B&G Flat Taman Mulia

Persatuan Penduduk Blok A,B&G Flat Taman Mulia SEBAGAI MEDIUM PENGANTARA PERSATUAN-PENDUDUK DALAM MENYEBARLUAS INFORMASI/AKTIVITI PERSATUAN DEMI KEBAIKAN BERSAMA Sdn Bhd.

Persatuan Penduduk Blok A,B&G Flat Taman Mulia telah didaftarkan secara rasmi pada 2 Ogos 2010 di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan nombor pendaftarannya 1885-10-WKL. Perumahan ini merupakan projek perumahan swasta yang dibangunkan lebih 20 tahun dahulu (1993) di bawah kelolaan syarikat pemaju Central Malaya Construction Co. Berkeluasan 12,400 meter persegi, perumahan ini mempunyai tiga blok

(A, B dan G) dengan 240 unit rumah. Penduduk-penduduk di kawasan ini dianggarkan lebih 1,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu (60%), Cina (30%), India (8%) dan lain-lain (2%). Flat ini dikelilingi pelbagai fasiliti dan kemudahan awam seperti stesen LRT, masjid, pusat komuniti, hospital, sekolah, taman riadah, kompleks sukan dan sebagainya. Flat ini telah mendapat wajah baru berikutan dari kelulusan projek Tabung Penyengaraan 1 Malaysia (TP1M) yang merupakan projek pertama dilaksanakan di Parlimen Bandar Tun Razak. Di samping itu, flat ini juga telah menjalani proses pengantian sistem paip air melalui tabung yang sama.

PERBADANAN PENGURUSAN DAN PERSATUAN PENDUDUK FLAT TAMAN MULIA ADAKAN MESYUARAT AGUNG SERENTAKBANDAR TUN RAZAK 24 Mei – P...
25/05/2026

PERBADANAN PENGURUSAN DAN PERSATUAN PENDUDUK FLAT TAMAN MULIA ADAKAN MESYUARAT AGUNG SERENTAK

BANDAR TUN RAZAK 24 Mei – Persatuan Penduduk Blok A,B&G Flat Taman Mulia telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-16, manakala Taman Mulia ABG Management Corporation turut melaksanakan Mesyuarat Agung kali ke-10 bagi tahun 2026 dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekitaan.

Mesyuarat yang berlangsung secara serentak itu bukan sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan dan akta pengurusan strata, malah menjadi platform penting untuk penduduk bermuhasabah, berbincang serta menentukan hala tuju komuniti demi kesejahteraan bersama.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Haji Mohd Zainuddin Hj Amran daripada Pusat Mediasi Komuniti Madani Sejahtera, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan strata dan mediasi komuniti turut berkongsi ilmu dengan ahli mesyuarat yang hadir berkaitan usaha memperkukuhkan keharmonian penduduk serta meningkatkan kefahaman mengenai hak dan tanggungjawab pemilik unit.

Dalam mesyuarat tersebut juga, penduduk telah memilih barisan kepimpinan baharu bagi kedua-dua organisasi untuk meneruskan agenda pembangunan komuniti pada sesi akan datang.

Kejayaan pengurusan sesebuah komuniti tidak boleh dipikul oleh jawatankuasa semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan, kerjasama dan penglibatan aktif seluruh penduduk bagi mewujudkan persekitaran yang lebih aman, teratur dan sejahtera.





πŸ“’ PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Perbadanan Pengurusan Taman Mulia...
19/05/2026

πŸ“’ PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Perbadanan Pengurusan Taman Mulia ABG Management Corporation Kali Ke-10 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“οΈ Tarikh: 24 Mei 2026 (Ahad)
πŸ•š Pendaftaran: 11.00 pagi
πŸ•¦ Mesyuarat Bermula: 11.30 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Flat Taman Mulia, Persiaran Ikhlas

Semua pemilik petak/unit dijemput hadir bagi bersama-sama membincangkan hal berkaitan pengurusan dan pembangunan komuniti demi kesejahteraan bersama.

Kehadiran anda amat dihargai dan penting dalam memastikan pengurusan Management Corporation terus berjalan dengan baik selaras dengan Akta 757.

πŸ“Œ Sila lakukan pengesahan kehadiran melalui QR Code yang disediakan pada poster.

6 Tiang Lampu Solar, Malam Kini Lebih Bersinar! ✨Flat Taman Mulia kini lebih ceria dan selamat dengan pemasangan 6 unit ...
01/05/2026

6 Tiang Lampu Solar, Malam Kini Lebih Bersinar! ✨

Flat Taman Mulia kini lebih ceria dan selamat dengan pemasangan 6 unit tiang lampu solar di sekitar kawasan perumahan πŸŒ™πŸ’‘

Persatuan Penduduk Blok A, B & G Flat Taman Mulia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, khususnya YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas sumbangan yang amat bermakna ini πŸ™Œ

Inisiatif ini bukan sahaja menerangi kawasan pada waktu malam, malah memberi ketenangan dan meningkatkan tahap keselamatan buat seluruh komuniti.

Terima kasih atas keprihatinan demi kesejahteraan penduduk ❀️





MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERIAHKAN KOMUNITI FLAT TAMAN MULIAKUALA LUMPUR, 12 April – Majlis Rumah Terbuka Aidilfi...
13/04/2026

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERIAHKAN KOMUNITI FLAT TAMAN MULIA

KUALA LUMPUR, 12 April – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penduduk Blok A, B & G Flat Taman Mulia bersama Management Corporation telah berlangsung dengan meriah pada 12 April 2026 di Dewan Flat Taman Mulia, dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Majlis ini berjaya menghimpunkan penduduk setempat dalam suasana penuh keceriaan Aidilfitri, di samping kehadiran pemimpin masyarakat serta wakil-wakil agensi berkaitan yang turut memeriahkan acara. Keharmonian jelas terserlah melalui interaksi mesra, jamuan juadah tradisional serta semangat kebersamaan yang dipupuk sepanjang program berlangsung.

Penganjuran ini mencerminkan komitmen komuniti dalam memperkukuh nilai muhibah dan perpaduan. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menyumbang dalam menjayakan majlis ini.

Jom meriahkan suasana Aidilfitri! πŸŒ™βœ¨Penduduk-penduduk Flat Taman Mulia dijemput hadir beramai-ramai ke Rumah Terbuka Ray...
01/04/2026

Jom meriahkan suasana Aidilfitri! πŸŒ™βœ¨

Penduduk-penduduk Flat Taman Mulia dijemput hadir beramai-ramai ke Rumah Terbuka Raya Aidilfitri 🏑

πŸ“… 12 April 2026 (Ahad)
πŸ•‘ 2.00 petang – 5.00 petang
πŸ“ Dewan Flat Taman Mulia

Pelbagai juadah menanti, ukhuwah kita eratkan 🀝
Jumpa di sana! Jangan lupa ajak keluarga & jiran sekali! πŸŽ‰





Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 /1447 Hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat.Maaf Zahir & Batin
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 /1447 Hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat.

Maaf Zahir & Batin




Address

D/a. 1G-1 Blok G, Flat Taman Mulia, Persiaran Ikhlas, Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Blok A,B&G Flat Taman Mulia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Penduduk Blok A,B&G Flat Taman Mulia:

Share